Aku bukan summayahmu!


Suamiku,bunga semalam telah layu
Gugur daripada jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya

Mulutku kaku untuk merayu
Hatiku malu untuk terus memburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang ribdu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyuman dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi yasir
Walau kiranya..bukan aku summayahmu

Dalam tangis ku cuba tersenyum
Ketika kau bermusafir
Sepertinya siti hajar
Sewaktu di tinggal ibrahim

Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana ayurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka di pagari nikmat!.



Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Item yang bakal ke pantai cahaya.

Baby hat!