Saturday, May 24, 2014

coklat cheese ball




Bahan2..
2 biji telur
300 gm gula castor
200 gm susu cair IDEAL
200 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder*
1 sdk baking soda*
50 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak
160 gm minyak jagung
180 gm air panas

Cara2nya..
1. Dalam mangkuk mixer, pukul telur dan gula sehingga sebati, tambah susu cair dan terus pukul sehingga kembang.
2. Tambahkan bahan2 kering yang di ayak, pukul guna mixer dalam kelajuan paling rendah selama beberapa saat.
3. Tuang minyak dan gaul sebati.
4. Akhir sekali tambahkan air panas dan gaul bagi adunan rata.
5. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 8 atau 9 inci yang telah digris dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 50 minit.
6. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
7. Dalam mangkuk besar, gaul2kan kek sehingga hancur dan tambahkan bahan2 frosting (resepi dibawah), pukul dalam mixer sehingga sebati.
8. Kepal2kan adunan sebanyak 50 gram, spraykan sedikit air masak ke kek (supaya chocolate chip boleh melekat pada kek), kemudian gaul2kan dalam chocolate chip.
9. Buat sehingga selesai dan susun dalam papercup yang sesuai. Adunan memperolehi sebanyak 29 biji.

Bahan2 frosting..
150 gm fresh cream
250 gm cream cheese
50 gm gula aising - ayakkan

Cara2nya..
1. Pukul fresh cream sehingga bertanduk.
2. Dalam bekas lain, pukul juga cream cheese bersama gula aising sehingga sebati.
3. Tambahkan freshcream dan pukul bersama sehingga sebati juga.

Time hari cuti ni aku teringin nak buat coklat cheese ball..sebelum ni aku selalu beli kat kedai kek.
Sekang aku nak try buat pulakk..
Apala rasenye yek kalau aku buat..
Kita tunggu dan lihat apa komen my princess's..


Sumber dari google..