kisahku.

assalamualaikum peace upon you.

perkongsianku kali ni hanya untuk  meluahkan rasa yang terpendam didalam
hati sejak sekian lama.(cehh dengan nada kecewa ).
entahlah.. sejak sekian lama aku berdiam diri.
adalah hamba allah ini(tak perlulah aku dedahkan siapa dia )
biar hanya allah saja yang tahu..
aku bercerita bukannya untuk membuka pekung di dada ataupun mengharapkan simpati.
sekadar untuk berkongsi..
harap xdelah yang terasa kan.hehehehe. (sape makan cili dialah yang rasa pedas )

sebenarnya sudah lama aku perhatikan..
sejak dia menjadi sebahagian dari ahli keluarga kami..
aku xdalah nak menyimpan hasad dengki kat dia..
cuma aku pun taktau apa yang tak kena dengan dia..
asyik tak puas hati denganku..
munkin dia bengang kot dengan perangai aku yang suka diam.
taknak bercampur dengan mereka-mereka dan berkongsi cerita bab rumah tangga.
bab tu aku takkan dedahkan.itu antara aku dan suamiku.
aku bukanlah seorang yang suka menjaga hal orang dan bercerita mengenai
keaiban orang..
bagiku itu tak mendatangkan faedah..
munkin salah satu sebab dia suka bercerita hal keburukkan orang aku xda respon.
ataupun selama ni dia ada juga minta pertolongan kami.
bukan taknak tolong..kami orang pun susah jugak.
tapi ikut kemampuanlah.xdalah nak ikut orang.


aku baru perasan sejak dua menjak ni..
apa yang aku buat dia pun nak buat sama.
apa yang aku pakai dia pun nak pakai lagi up dari aku.
walaupun suami dia tak mampu still juga nak.. minta lah pertolongan sesiapapun.
asal dapat apa yang dia hajati..
aku tahu dia selalu usha FB aku..kalau dia usha belog aku..
aku tak kisah..peduli apakan..
malas nak layan..
satu hari tu entah kenapa dia gatal sangat..
dah unfriend aku kat FACEBOOK..pastu friend aku balik..
bengong..tak tahulah kenapadah  .bak kata pepatah''dah ludah jilat balik'.
bukan dia buat kat aku sorang,kat orang lain pun dia ada buat..

ha..kalau nak tahu..dia ni pandai buat cerita dan suka melagakan
orang..'aku tak kisahlah..sebab aku memang tak jaga hal dia dan suka hati dialah
nak bercerita hal orag lain.
tapi aku tak boleh tahan dia boleh lagakan aku dengan sedara yang lain..
dah pulak tu penakut pulak nak berdepan..
bila dah bercakap..
cakap je lah depan-depan kan..ni tak suka cakap belakang..
memang penakut lah jawabnya..cakap tak serupa bikin.
sebenarnya banyak lagi cuma ini je yang mampu aku kongsikan..
kang lelebih tak pasal-pasal aku dapat dosa free..

p/s; janganlah membenci orang lain kerana allah bagi rezeki tak sama.
bersyukurlah dengan apa yang ada..







Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Item yang bakal ke pantai cahaya.

Baby hat!