Posts

Showing posts from June, 2014

hari pertama tarawih

Alhamdulillah.. Hari ni cukup menguji kesabaran.. Mengajar kakak berpuasa.. Walaupn usianya baru 5 tahun. Umi tabik..kerana mampu bertahan walaupun hanya halfday.. Heheh..apapun yang kakak buat adik akan join sekali.. Bersahur bersama berbuka bertarawih.. Alhamdulillah... Kakak dok siap pesan lagi..esok kalau Umi bangun pagi kejut kakak. Kakak nak puasa.. Insyallah ummi akan kejut kakak dan adik join ummi bersahur.. Sebab minggu ni ayah xde dan xdpt bersahur bersama.. Harap kita bertiga je. Sayang anak-anak ummi. P/s- railah pahala dibulan mulia ini..bulan yang penuh keberkatan yang penuh barakah.. Yang mengeratkan sirahturrahim dianalisa anak-anak dan juga ibu bapa yang lazimnya jarang solat bersama..

cintakan agama yg ada padamu..

Image
Ketahuilah..bila cinta mu pada agama hilang.. Maka hilanglah cintaku padamu.. Renung-renungkan dan selamat beramal

rindu ramadhan..

Image
Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum.. Dalam beberapa jam lagi kita akan menyambut ramadhan yang penuh dengan barakah.. Tiba-tiba hati rindu pada suasana kampung nun jauh di sabah.. Ah..bilakah aku akan dapat merasakan suasana berpuasa di kampung halaman sendiri.. Setidaknya..izinkan aku untuk meluangkan waktu dan masa berpuasa bersama adik-beradik ku yang masih ada di sana. Tolong fahami aku.. Aku ingin merasakan saat manis bersama adik-adikku sama masa aku waktu kecil.. Bersahur,berbuka dan bertarawih bersama.. Izinkan lah..walau sehari pun.. Rindu ramadhan 10 tahun yang lalu..

ketika rindu

Image
Ketika rindu datang bertandang.. Rindu nun yang jauh di sana Hanya doa mengiringi kalian.. Kerana cinta dan rindu makin menebal.. Semoga mak dan ayah berada dalam limpahan kurniaNya..

hidup terlalu singkat

Image

kenduri Yassin dan tahlil di rumah kak yah

Image
Kenduri Yassin dan tahlil ini diadakan pada petang tadi selepas waktu zohor. Alhamdulillah..majlis semua berjalan dengan lancar..  Air yg dalam kotak tu di bawakan dengan air Yassin. Haa.korang nak tahu dalam kenduri ni lelaki xde tau..jangan hairan..sebab ia memang khas untuk wanita..unikkan..  tuan rumah kak yah yang berdiri kat depan pintu dapur.. Rasanya dia perasan kot.aku tengah snap pic..hehhe Nilah..peneman setia aku saat nak p memana..aku ajaklah puteri kesayangan ni.walaupun dia xnak..tapi dia relakan.demi nak teman ummi. Eh..terselit pulak pic aku..ni keje kakak la ni..tengah makan sibuk je nak snap.. Selamat menyambut bulan puasa yang bakal menjelang tiba.. Lagi seminggu beb..

saat aku terleka

Image
Saat aku terleka Nah..kata tuhan.. Amik kau!!! Selama ini aku beri kau kesenangan Kau langsung tidak mahu bersyukur Aku berikan kau kesihatan Kau langsung tidak mahu beribadat kepadaku Aku berikan kau kebahagian Kau langsung alpha dengan dunia Kau lupa akan daku.. Kau lupa aku yang berikan  kesenangan kebahagian kesihatan Kau lupa aku hanya pinjamkan Agar kau bisa tahu kewujudan ku. Kau lupa kau hanya menumpang.. Aku sengaja memberi mu ujian sedikit ini Agar kau tahu kehadiranku Agar kau tahu betapa agungnya kurniaku Agar kau tahu erti bersyukur Agar kau tahu kewajipanmu Sebagai hamba kepadaku. Nukilan hana2014

selamat malam

Image
Selamat malam.sebelum tidur memaafkan sesama kita itu lebih baik.agar tidur levih tenang dan aman.insyallah.amin..

kereta idamanku

Image
Assalamualaikum.. "sehebat mana kita,inilah kenderaan yang akan membawa kita ke alam barzakh". Jadi xperlulah nak rasa irihati..kenderaan kita yang sama menuju alam barzakh..bukan BMW yang kau banggakan sangat tu..

Alfatihah buat blogger syuhada

al-fatihah buat blogger syuhada.. Terkejut juga mendengar berita pemergian arwah dari blog mama. Sebelum ini aku memang ada follow juga berita yang arwah secara tiba-tiba pengsan dan koma sehinggalah harini beliau telah di jemput oleh sang pencipta. Sudah tentu sebelum ni kita mendoakan semoga beliau sedar dari koma dan kembali sihat seperti sediakala. Namun siapalah kita untuk menolak takdir yang maha esa. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman..

wanita maut digilis lori depan suami-HMetro

Image
Wanita maut di gilis lori depan suami. Kutip daging isteri.. Sepulangnya aku dari opis ku capai harian metro harini.muka surat depan menceritakan tentang wanita maut di gilis lori depan suami dan kutip daging isteri. Hatiku menjadi sebak dan sayu. Sayangnya seorang suami terhadap isteri hingga ketahap yang sukar untuk di tafsirkan. Semoga suami arwah sentiasa tabah bersabar dengan ujian yang maha kuasa. Sumber dari metro :- "hari saya sebak namun saya kuatkan semangat mengutip cebisan daging,jantung dan hati isteri yang hancur bertaburan diatasi jalan".kata Muhammad hafiz,28.sejurus melihat suri hidupnya noorshah ahmad,35.di gilis lori tanah selepas motosikal mereka bergesel dengan sebuah syarikat kereta,semalam. Sumber ni aku dapat dr Hmetro. Alfatihah buat arwah isteri beliau semoga tergolong dalam golongan orang yang beriman..

adohai!!

Bismillahirahmanirahim. Selamat malam. Selepas baik daripada sakit ni byk kerja yang aku kena buat.even doc bagi Mc two weeks.bosan..duk rumah tahap gaban.. Asyik termenung je layan perasaan..baik aku masuk opis.. Thanks utk sahabat-sahabat,boss and my family yg kat sabah tu pun risau keadaan aku. Alhamdulillah sekarang dah beransur baik.dun worry aku still makan medicine ikut hours yang doc sarankan. Adohai..cuma rasa hati ni xnak makan nasi nak makan sup jeh... Sape yg boleh tolobg harap tuk masakkan..huhu

selamat hari bapa

Image
Selamat hari 'bapa' saya ucapkan kepada ayah kerana sudi jadi ayah kepada dua orang cahaya mata yang comel dan sanggup melayan karenah kami bertiga selama 6tahun perkahwinan kita. Tiada ungkapan yang mampu kami ucapkan. Hanya kami doakan semoga ayah mampu mendidik anak-anak ayah jadi anak yang solehah berjaya dunia akhirat. Selamat hari bapa kepada bapa yang berada beribu batu jauhnya. Terima kasih kerana melayan karenah anak mu ini semasa kecil. Tiada siapa yg bisa menggantikan tempatmu di hari kami pa. Kau adalah papa nombor satu di hati kami. Semoga panjang umur dan sentiasa dalam rahmat Allah. Xlupa juga kepada abah.semoga dikurniakan kesihatan yg baik.. Nukilan hana 2014

tasbih dari kak ani

Image
Tasbih Alhamdulillah..terima kasih kak ani. Walaupun ianya kecil tapi amat bermakna untuk seuntai rantaian kasih memuji dan berzikir ke hadrat illahi.. Terima kasih yang tak terhingga Di atas sokongan dan dorongan akk yang selalu ada disaat aku sakit maupun aku sihat. Aku tidak mampu membalas jasa baik akak walaupun ianya hanya sekadar nasihat. Hanya Allah s w t yang membalasnya kak. Apalah dayaku hanya insan biasa. Terima kasih..semoga persahabatan kita kekal hingga ke jannah.amin

renungan malam

Image
Subhanallah walhamdulillah allahuakbar Ya allah permudahkn lah urusan kami. Permudahkanlah jalan hidupnya kami. Jadikanlah kami insan yang tabah dan redha dengan ketentuan mu ini. Hana2014

tazkirah pagi

Image
Sumber from fb Beautiful people are are not always good. But good people and are always beautiful. True. Renungan pagi hari

FROZEN

Image
Nak bercerita tentang satu Disney kanak-kanak yang tengah famous pada saat ini.menjadi kegilaan dua orang puteri kesayanganku. Cerita berulang tayang kat astro best.aku rasa dah hafal jalan cerita frozen ini. Hurm.nasib baiklah astro free kat rumah ni.. Nak tengok seribu kalian x kisah.asal jangan berebut dengan ayah.sorang bola dua orang Disney. mengisahkan dua beradik puteri elsa dan puteri ana. Puteri elsa yang mempunyai kuasa salji Yang mampu membekukan semua benda dengan menggunakan kuasa salji. Puteri ana seorang yang peramah dan periang ingin memujuk kakaknya kembali ke alderland. Olaf adalah patung salji yang boleh berkata-kata "saya suka pelukan hangat". Cristoffer dan Sven yang suka mengembara sama-sama mencari ais batu untuk di djual. Aih..ntah betul ke tidak aku cerita ini..aku tengok sikit-sikit je.maaf ye kalau ada yang salah.sekali sekala layan cerita budak-budak ni seronok..

jangan tanya

Image
Selepas beristirehat dan mengisi perut Sempat lagi siapkan satu puisi Jangan ditanya pada bulan Bulan hanya bisa menerangi Bulan takkan bilang Jadi saksi derita itu Jangan di tanya pada mata Mata takkan bisa mengungkapkan Hanya bisa jadi saksi Pada derita masa lalu Jangan di tanya pada hati Tentang cerita itu Biarkan ia berlalu pergi Bersama dengan angin lalu Puisi hana 13/06/2014.

DIscharger from mariam ward

Image
Alhamdulillah Puji syukur pada yang esa Sementara tunggu pihak hospital Settle dengan insurans. Aku Layankan ni kejap  Sudah 3 hari menetap disini  Sakit sembuh makan minum disini Bersahabat dengan doc/nurse/sister dan misi  Dah jadi macam rumah sendiri  Dr jetha adalah yang terbaik  Dr merry pakar fisio yang paling peramah Melayanku dengan saksama Hari ini aku terpaksa discharge Meninggalkan wad yang aku diami selama empat hari tiga malam Berat rasa hati. Tapi itulah kehidupan Dah sihat kena keluar Bagi pulak penghuni lain untuk diarinya. Merawat segala kesakitan  Selamat tinggal mariam ward.   P/s-terima kasih yang tak terhingga buat warga kerja di hospital assunta. Terutama mariam ward.ualls da best.

x-ray

Image
Selepas jumpa doktor lebih kurang kul8.30 pagi.siap je mandi ada sorang nurse bawa ku g xray.sementara tengah tunggu result boleh lagi aku mengapdate heheh. Boring tunggu punya pasal. Ha..nurse tu tengah print dan check result sebelum di bawa kepada doktor jetha yang merawat aku sebelum ni.. Hopefully ok lah..boleh aku balik arini.. Rindu kat puteri-puteri kesayangan beta..sob..sob..sob..

world cup 2014

Image
Assalamualaikum Selamat pagi Pagi buta aku dah start mengupdate blog. Aku masih lagi di hospital assunta. Masih mendapatkan rawatan cam biasa. Aku nak cerita sikit pasal world cup ni. Dah nak start.. Sal bola ni aku memang x minat sangat. Tapi kalau laki aku sanggup berjaga malam asal dapat tengok bola. Nak tau kita orang selalu berebut remote. Aku jarang jugalah nak tengok cerita atau drama ke. Kadang je kalau minat.. Tapi bab anak-anak mereka suka layan citer kartun..haa mau dengan tidak terpaksa gaduh dengan ayah dulu. Kesian jugak.. Ni aku masih kad wad apalah cita anak aku kat umah tu. Gaduh dengan ayah ke? Sorang nak tengok kartun,sorang nak tengok bola. Haishh.nasib korang lah nak oi dah piala dunia bermula .sume demam bola. Kat sini aku attach sekali jadual siaran bola sepak piala dunia.. Sekian.

makan malam last di mariam ward #4

Image
Bismillahirahmanirahim Ok ni cerita petang tadi.selepas air di cabut dari tanganku. Aku cuba duduk di ruangan khas untuk tetamu. Tiba-tiba aku teringat macam pernah datang kat tempat ni. Aku cuba ingat kembali bila.? Rupanya kawasan ni pernah muncul dalam mimpi sebelum aku sakit.  Ni adalah ruangan untuk para pelawat pesakit dan di sebelah kanan itu chapel.  Dan yang ini laluan ke mariam ward.dan dilorongkan sebelah kanan itu bilik yang aku huni.heee Inilah makan malam ku yang terakhir di mariam ward.esok aku xkan menikmatinya lagi.kemukakan aku akan discharge.

cari surau

Bismillahirahmanirahim. Asar sudah hampir sampai ke penghujungnya.tapi aku masih belum menemui surau dimanakah letaknya.. Ya allah puas aku turun naik mencari surau.kata kat signboard level2 ada surau.apa yang kujumpa toilet dan delivery suites. Ah hatiku mulai gelisah.sejak air dah di cabut dari tanganku pagi tadi aku ingin solat. Malangnya..hanya chapel je aku jumpa. Ish..dimanakah surau ni.. Ya ampun bwrdosanya aku sudah berapa waktu aku tinggal kan sejak hari pertama masuk air kat tangan.. P/s:- tawakkal dan redha je..

aku di mariam assunta ward hari ke3

Image
Hari -ketiga Subhanallah walhamdulillah allahuakbar Allah masih sayangkan aku dan memberi aku nafas untuk terus hidup di muka bumi ini. Tiada ungkapan yang mampu aku luahkan.hanya puji syukur pada yang esa. Sarapan pagi yang aku pesan semalam chicken porridge dan tea.alhamdulillah.. Habis aku makan. 10.05am Doc jetha datang seperti biasa dia akan tanya keadaanku macamana.alhamdulillah sangat memberangsangkan batuk pun dah berkurangan.sesak nafas pun dah takde. Doc jetha pun ada ckp.esok kita akan biat xray lagi sekali kalau da ok boleh balikbpada hari yang sama. Mau terlonjak aku di buatnya.. Happy sangat dapat balik rumah sendiri. Rindu dengan anak-anak dan juga suami. setelah semalaman aku bergantung dengan dreep water sebanyak tiga botol. Finally..dreep tu dah di cabut dari tanganku..lega kerana tak perlula aku ke tandas dengan membawa botol.yang seakan membuat aku tidak selesa dengan keadaan itu.. Dengan hanya ada benda ini kat tanganku Bersyukur bolehlah jal

jangkitan kuman di paru-paru-monday#1

Bismillahirahmanirahimm Assalamualaikum.. Sejujur aku tak kuat nak mengupdate blog kesayangan ini. Namun ku gagahkan juga ingin berkongsi apa yang kurasa saat ini.. Sebenarnya sudah 3hari aku merasa dada sakit,sukar bernafas batuk Memula aku Aku ingatkan sakit biasa.. Lepas melakukan acg,xray paru-paru aku kena jangkitan kuman atau bahasa saintifiknya (pheounemia) Bukan main terkejut aku. Bila tengok xray separuh dari paru-paru-paru aku dah putih.. Atas saranan doc jetha aku di masukkan ke wad. Doc jetha ni sangat baik dan prihatin terhadap pesakitnya. 11.6.2014 3.40pm Aku telah dimasukkan ke mariam ward di assunta hospital yang paling dekat denga rumah aku.. Bolehlah suamiku ulang alik dr rumah-hospital-opis.. Aku tahu diapun sangat sedih. Sebab selepas aku keluar dari bilik doc jetha kulihat matanya sudah merah aku tahu dia cuba menahan airmatanya tumpah.. Aku cuba menenangkannya dengan membuat lawak.. Sejujurnya hatiku.juga tak mampu. Namun aku kena kuat Ini u

aku di mariam ward

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah allah masih bagi aku bernafas lagi setelah menanggung sakit dada selama beberapa hari Masih lagi kisahku di ward mariam assunta. Hari kedua:-  Seawal 8.30am pagi misi sudah menghantar sarapan.  nilah menu pertama ku disini ward mariam ini.mula-mula xlalu jugak makan eoti ni..sebab awal sangat tapi jap lagi doc jetha nak datang periksa. 12.00 tengahari ni menu waktu lunch ikan sambal dan sayur.a Budak bulat dah sampai waktu tu lebih kurang dalam kul1tghari Ops..bulat tengah posing dengan ummi nak lepaskan rindu Posing bersama puteri-puteri kesayangan  Gambar ni aku amik dan kumpul dari pagi hinggalah kemalam.best juga duk cn layanan boleh tahan.makanan dalam satu hari sampai lima kali siap ada menu untuk esok.. Doc,sister and misi kat sini semua baik belaka.peramah.doc yang check aku time masa aku memula jumpa dialah juga yang merawat aku sampai masuk wad. Ps:- walaupun sweonom duk hospital tapi hati kat rumah.fikir pasal

jangkitan kuman paru-paru mariam ward#2

Image
Bismillahirahmanirahim. Syukur alhamdulillah Monday-9.44pm Malam pertama aku di mariam ward.room 4316-1 bilik yang menjadi saksi bahawa aku akan di rawat di sini.. Selepas beberapa saat aku baringkan tubuh badanku yang kepenatan sejak dr tadi menunggu bed yang tak siap-siap. Berserah saja pada yang esa.. Tak lama itu datanglah beberapa orang nurse ambil darah.memasukkan jarum di tangan belah kanan ku.  Air garam yang pertama yang disalurkan ke dalam tubuhku. Best la jugak ada tv.tapi aku xlayan sangat tv ni.

activities astro kasih rumah jagaan orangtua sejahtera

Image
Bismillahirahmanirahim. Kisah ni dah 3 hari berlalu baru ada masa nak update. Sekarang ni pun aku berada di hospital. Kenapa aku kat hospital jap lagi aku update. Nilah kawasan rumah jagaan orangtua sejahtera yang kitaorg cari hampir satu jam baru jumpa.even guna maps  ni tugas kita orang pas lap cermin mop lantai.hehe sempat lagi posing tu.. Hana and the geng.greenfield.  setelah keletihan kejap nak snap pic jap. Kat taman mini sejahtera.. Woh..ni memang dah keletihan gila..serius lepas siapk semua kerja..kita orang terus landing kat tepi pintu ni,jadila.. Sebahagian warga emas kat rumah jagaan orangtua.. Kenangan astro kasih..

check up budak zara kt UM

Image
Bismillahirahmanirahim.. Kisah check up on9.06.201. puteri kesayangan ni ingat nak update bila sampai opis.tapi x sempat.. Memandangkan banyak kerja dan staff pun kurang. Jadi aku terpaksa la menangguhkan dahulu. Banyak noh ragam dorang berdua ni.. Kalau depan camera Ummi pun join sekaki selfie sementara tggu doc panggil Anak bongsu ummi ni.mengada-ngada lebih dari kakak.. Ha ni kat dalam bilik dentist katanya nak buat cm mr bean..aduhai papela anak..janji bahagia.nasib baik tak nangis..kene sekolah dwk doc jangan susu malam.angguk je lebih doc ckp masuk telinga.sampai rumah kelaut terus minta susu..sabarjelah

lukisan pertama kakak

Image
Bismillahirahmanirahim Cuti sekolah ni aku takdapatla bawak anak-anak pergi bercuti.. Sebab aku tak dapat cuti.huhuhu Namun itu tidak mematahkan semangat kakak.. Bila aku dan suami sibuk berkerja Kakak&adik duduk di rumah mak Banyak jugalah Aktiviti yang mereka lakukan bersama opah. Melukis mengaji. Ha kat sini aku attach sekali lukisan pertama kakak yang betul-betul buat aku tertarik.. Dalam lukisan itu kakak kata itu adalah ummi dan ayah dengan belon-belon Alolo..comel sangat... Aku merasakan yang kakak minat dengan melukis dan mewarna.. Apapun alhamdulillah kakak sudah semakin bijak dalam menghafal al-quran Mewarna dan yang terbaru ji melukis.. Bila di tanya apa cita-cita kakak. Katanya nak jadi doktor. Ps- umm dan ayah sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kecemerlangan anak-anak ummi dunia dan akhirat..

crochet muffin

Image
Assalamualaikum  ha.cantikkan crochet muffin..ni dari belah tepi..kecik je dan cutekan ia sebesar duit lima puluh sen.. Sesuai untuk di jadikan cendera mata ataupun gantung kat keychen. Selamat mengait..