Love you MR.Arrogant! part 2

oleh: alisha kirana.
part-2

''tadi pagI datang opis,masa tengah bawak kereta,ada anjing melintas,aku pun brek la mengejut.
kang aku tak brek,mati pulak anjing itu.tak pasal-pasal anjing tu mati katak".

fiz menggaru-garu kepala macam tak faham.

"anjing yang mati ke katak yang mati ni?" terpacul soalan dari mulut fiz
yang memang blur .

"dua-dua tak matilah aku yang mati!"

"hah!"

"ish cuba dengar cerita aku elok-elok dulu."


"OK-OK sambung he-he."

"sebabkan aku nak mengelak dari terlanggar anjing tu,aku brek mengejut,lepas tu kereta belakang
aku hentam la kereta aku."

"oh jadi kereta belakang la langgar kereta kau,bukan kau yang langgar dia."

"ikut logik memang la,tapi ikut kesalahan,akulah yang salah>"

"hmm,betul betul betul!" fiz mengikut gaya ipn dalam kartun upin dan ipin.

"sekarang ni tuan kereta tu suruh aku bayar balik gantirugi kerosakan kereta dia."

"berapa dia minta?"

"rm5000."

"mak aih,mahalnya!ni kereta ke lori kontena?"

"dia bawak BMW,munkin mahal kot nak repair BMW,aku pun tak tahu.Aku ikut je
 apa yang dia mintak."

"lurus sangat la kau ni."

"aku tak mahu cari gaduh"

"habis mana kau nak cekau duit."

"itulah masalahnya sekarang aku pun tak tahu."

"ala,kau buat senyap ajelah,haha"otak fiz mula memberi idea jahat.

"tak boleh,handphone kau dalam bahaya!"

"hah?"

"aku cagar handphone aku,lepas kau bayar baru dia  pulangkan."

"ngokla kau ni"

"aku buntu!aku nak tempoh masa,tapi dia tak percaya,sebab tu aku cagarkan."

"berapa lama dia bagi masa?"

"sebulan."
"tak apa,relaks zaara,nanti kita sama-sama fikirkan eh.kau jangan risau,
aku akan support kau dan tolong yang termampu."

"thanks beb!"

"so sekarang ni kau dah jadi katak bawah tempurung la eh?"

zaara mengangkat kening,tidak faham.

"apa masuk soal katak lagi ni?"

"yela,kan kau dah tak ada handphone,macam katak bawah tempurung la,hahah

"Huh!"

saat fiz berlalu ketempatnya,zaara segera ke mengambil kad nama jejaka tadi dari dalam tas
tangannya.

"zafril irham."CEO irham holding.zaara membaca kad itu.

"Mak aih.CEO rupanya.tapi minta duit ounyalah cekik darah,macalah dia takde duit sendiri nak repair,
Dah tahu kaya,kasi kurangkanlah sikit duit tu.hampeh betul!" zaara mengomel dalam hati.

irfan merenung kereta yang kemek di hadapan.BMW putih itu di belek-belek dan di usap
perlahan.rasa tidak puas hati masih bersisa dalam dirinya.

"tak reti bawak kereta punya perempuan,suka hati aje dia langgar kereta aku".
irham mengomel sendiri sambil matanya meliar melihat sekeliling keretanya.
mencari lagi kecacatan yang munkin ada pada kereta mewahnya itu.

"nasib baik kereta BMW ni yang kena,memang nahaslah aku kerjakan."
irham masih tak berpuas hati.

"kenapa ni sayang ?"sherry yang datang entah darimana tiba-tiba memeluk belakang irham
tersentak irham dibuatnya.cepat-cepat dia meloloskan diri dari pelukan
gadis genit itu,rimas rasanya.

"tak ada apalah."irham malas nak melayan anak gadis rakan mamanya itu
yang memang menjengkelkannya.sudah berkali irham cuba lari dari cengkamannya
namun dia masih lagi terhegeh-hegeh menagih cinta dari irham.

"Eh,kereta you.kenapa ni irham?"sherry menghenjut bahu irham,mahukan kepastian.
Matanya yang tercalit tebal dengan mekap di kedip-kedipkan.
naik berpinar irham tengok,sekali pandang macam opera cina pula ada.

"ada orang langgar tadi,"irham bersuara malas tampa memandang sherry.

"hah,langgar?you ok tak ni?"sherry usap-usap bahu irham.seolah-olah cuba mencari
sebarang kecederaan pada badan jejaka itu.

"i ok lah,you jangana kacau i boleh tak?i dah lambat nak masuk kerja ni.nanti papa cari."

"ala,you ni, i ambil berat pasal you pun nak marah," sherry seakan merajuk.


"sorry,tapi  i ok,you tak payah risau sekarang i nak smabung kerja,boleh tak?"
irham cuba berlembut.anak gadis  rakan mamanya itu harus di jaga perasaannya,
kang tak pasal sherry mengadu pada mamanya.nanti siaplah irham kena dengar syarahan
mamanya sendiri.

sherry tu memang favourite mamanya untuk di jadikan memantu.
oyalah,pasti mama suka nak jodohkan irham dengan anak rakan karibnya sendiri.
Ayah sherry ,dato'Bakar ialah salah seorangrakan niaga irham holding,sherry pula menguruskan
butiknya sendiri,maklumlah anak orang kaya,pasti ibu bapa dapat
menanggungnya untuk membuka butik mewah itu.


mama irham selalu memaksanya untuk lekas berkahwin dengan sherry tapi irham yang belum
bersedia nak kahwin.Umur dah masuk dua puluh lapan tahun,tapi hatinya belum terbuka 
nak dirikan rumah tangga,yang difikirkan sekarang urusan bisnes keluarganya itu.

"Boleh,tapi nanti lunch dengan i ok?" sherry tersenyum menggoda.

"i try."

"ok!Nanti i jumpa you kat office you eh?pukul satu tepat."

"whateverlah,"irham cepat-cepat melangkah meniggalkan sherry
yang tidak berganjak di tempat letak kereta itu.

"mentang-mentanglah butik di depan irham holding ni aja,hari-hari kacau aku,
ada saja masanya nak menggangu kerja orang lain.'irham membebel sendiri.




--------------------------------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Item yang bakal ke pantai cahaya.

Baby hat!