si kecilku zara



Sebelum dan selepas pembedahan 



assalamualaikum..peace upon you.

si kecikku zara

Al-kisah;- 2 minggu berturut-turut aku ingatkan sakit mulut biasa (ulser mulut).
separuh muka adik dah membengkak..aku try lah bawa k klinik swasta (klinik ahmad shan )
yang aku biasa pegi dan berhampiran dengan rumah..doc pun bagi ubat tahan sakit.
Bengkak pun dah kurang.tapi bila ubat habis,mulut adik kembali membengkak.
adik dah tak lalu nak makan apatah lagi susu.Aku mulalah tak menentu.
risau dengan keadaan si kecik.

minggu ke 3-Pada hari rabu kebetulan suamiku kerja shift malam.
entah kenapa hatiku
tergerak menyuruh hubby bawa si zara g klinik kerajaan untuk periksa gigi di sebabkan gigi
semua dah rosak.
pada pukul 11.03am,hatiku tergerak nak call hubby bertanyakan keadaan adik.
Bagai di sambar petir aku rasa bila suami aku kata dapat surat untuk rujuk ke hospital
besar,kemungkinan besar akan ada pembedahan mulut didalam mulut ada kuman yang sedang membiak.
uh..tak terasa air mata jatuh berguguran..kenapalah anak sekecilku di uji.
aku rasa tak sabar nak balik dan nak tengok betulke ada surat untuk rujuk ke hospital pakar.

sesampai aku di rumah aku terus dapatkan si kecik terus memeluknya hiba.
suamiku pun menghulurkah sepucuk surat dari klinik tadi.
antara mau dengan tidak,rela dengan terpaksa..aku akur..
akhirnya..tampa membuang masa keesokan harinya aku terus bawa si kecil ke
hospital pakar kat UM.


kat UM;-selepas hampir menunggu selama satu jam setengah,kini tiba giliran adik pula.
setelah adik di baringkan dan doc memeriksa mulut terdapat satu kuman sebijik guli
berada di atas gigi antara gusi.
sedih tengok keadaan adik pada saat itu.
doc pun memberi appointment baru untuk membuat pembedahan mulut
membuang semua gigi yang rosak dan juga kuman yang sedang membiak di
gusi.

tarikh yang di janjikan -06.05.2014 adalah tarikh pembedahan akan di jalankan
ke atas adik.seawal pukul 8.00am aku sudah tiba di hospital.
tidak sampai berapa minit namanya sudah di panggil
ke dewan bedah..

aku terus membawanya ke dewan bedah.selepas menyalin semula pakaian yang di bekalkan
oleh pihak hospital.doc dah memberi keternagan semua berkenaan ubat tidur dan bius yang di berikan
kepada si kecil..barula aku bersetuju menandatangani surat kebenaran
pembedahan mulut itu.

dengan penuh tawakkal dan berdoa semoga semuanya
berjalan dengan lancar.
setelah hampir 2 jam menunggu akhirnya sikecilku zara keluar juga dari dewan bedah tu..
dalam keadaan mamai akibat penangan ubat tidur..
aku terus memeluknya dengan hati yang sayu penuh kesyukuran..

kerana si kecilku selamat walaupun gigi hilang 10 batang..hehehe

selepas 2 hari pembedahan itu di jalankan si kecil kembali ceria..
alhamdulillah..semakin aktif..
jangan tak tahu time celebration befday si kecil.
makan macam-macam..

di sini kupaparkan sekali gambar-gambar yang di ambil sebelum dan selepas
pembedahan itu di jalankan..
         

keadaan si kecilku yang masih mamai akibat ubat tidur
                                     

selepas dua jam dari pembedahan itu..adik dah kembali aktif..alhamdulillah..nasib baik tak kena admit.
tengah tunggu ayah amik kereta nak bawa adik balik.

sekian



Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Baby hat!

Item yang bakal ke pantai cahaya.