Posts

Showing posts from July, 2014

cenderahati Tadarrus

Image
Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah.. Di kesempatan ini masih belum terlambat untuk aku berkongsi cerita... Semasa di hujung puasa ritu..aku ada join Tadarrus al-quran anjuran taman dato harun. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..tahun ni tercapai juga hajat khatan quran.. Di atas aku selit kan sekali cenderahati dari pihak umno...Cantikkan.. Ha yang ni separuh drpada  geng kumpulan dari taman sri manja.. Eh..nak jugakk selit pic tu kan..hhahah

Program raya pertama

Image
Assalamualaikum semua.. Masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir bathin.. ##kosong-kosong ye.. Tema tahun ni...purple..jgn terkejut budak lelaki tu anak sedare yg suka ikut kami kemana sj berada.. Ok la.. Al-maklumlah sebelum ni x menyempat nak mengupdate blog dan juga melawat ke blog sahabat-sahabat kesayanganku... Insyallah..dlm aku bercuti rini..aku nk jenjalan jap.. Hehhe mana lagi nak beraya kt blog sahabat semua.. Ok dah..

Ramadhan ya marhabban..

Image
Bismillahirahmanirahim. Sedih ramadhan akan melabuhkan tirainya...dan Syawal akan menjelang tiba.. Ntah dan kutak pasti akan dapat bertemu dgn ramadhan lagi di tahun hadapan.. Sesungguhnya ramadhan kali ini sgt memberikan seribu makna..kerana aku berjaya menjadikan ramdhan tahun ini lebih baik dari tahun sudah.. Apapun aku sgt sedih.. Kerana ramadhan akan pergi.. Pergi yang tak pasti akan menjelma lagi.. Dan xpakai akan bertemu lagi di tahun hadapan... Dalam dakapan doa..kupasti ramdhan juga bersedih..kerana akan pergi.. Ramadan adalah sebaik2 bulan..di antara seribu bulan.. P/s- Syawal tahun ni ku sambut dengan bersederhana demi menghormati saudara seislam kita di di Gaza/Palestin.. Pray for gaza..

sedih tak tertahan

Image
Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum.. Disini aku nak berkongsi sedikit berkenaan dgn saudara seislam kita di Gaza dan Palestine..yg tengah bergolak.. Setiap kali aku buka fb.. Banyak yg post berkenaan dgn Palestine dan gaza.. Ntahla hatiku rasa sedih dan sebak seketika setiap kali menatap gambar yg sahabat-sahabat post..tak terbayang andai kita di tempat mereka. Yg setiap hari di bedil di bom oleh Israel laknatullah yg tak punya hati perut dan perasaan.. Sanggup menghancurkan sesama manusia.. Yang tak mengenal kanak-kanak pun sanggup di bunuh.. Ah..aku xtau apa nk gelarkan Yahudi ni. Manusia yg tak punya hati dan perasaan.. Semoga allah membalas kejahatan zionis laknatullah..

kopiah

Image
kopiah gaza ni aku buat khas untuk anak sedara..comelkan.. ha.. ni pun sama khas untuk anak sedara yang sayang sangat kt ayah dia.. yang ni dalam proses menyiapkan kopiah suami aku untuk raya ni..tema purple la katakan.

MH 17

Image
Dua hari lepas kita di kejutkan dengan BERITA pompuan dengan key lock. yang mengamuk di sesebabkan seorang uncle tak sengaja melanggar kereta peugot. hari ni kita di kejutkan pulak dengan berita MH 17 kena tembak. apapun pray for GAZA Pray for SABAH pray for MH 17 takziah dan al-fatihah kepada keluarga yang terbabit.

airmata syawal

Lirik Lagu Airmata Syawal - Siti Nurhaliza Sayu... hati ini makin sayup Rindu... terkenangkan desa permai Wajah ayah bonda bermain di mata Mengajak ku pulang ke desa Di hari bahagia hari raya Lama kutunggu Bertemu di pagi mulia Namun tidak kesampaian Airmata jatuh berlinangan Kuingin berulang manisnya bersama Menyambut hari bahgia Jarak memisahkan rindu pertemuan Bilakah hasrat jadi nyata Duhai ayah bonda ampunkan anakanda Tak dapat beraya bersama Jauh dari mata dekat dalam jiwa Teguh kasihku tidak berubah Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-airmata-syawal-siti-nurhaliza.html#ixzz37c7i9ZW4

tumbu bugis

Image
Kalau di Semenanjung Malaysia, lemang adalah makan tradisi yang selalunya dihidangkan pada hari raya namun bagi suku kaum Bugis di sebelah Pantai Timur Sabah,  hari raya tidak akan lengkap tanpa Tumbu Bugis. Tumbu Bugis agak berbeza dengan lemang dari segi penyediaannya namun ia seakan sama bentuknya ketika dihidangkan dan bahan utamanya juga sama iaitu menggunakan beras pulut dan santan kelapa. Aku sendiri sebagai anak Bugis turut tidak ketinggalan untuk mewarisi resepi Tumbu Bugis kerana ini adalah makanan tradisi yang perlu  dikekalkan untuk generasi akan datang. Rasanya tidaklah sah menjadi Bugis kalau tidak tahu menyediakan Tumbu Bugis atau hidangan wajib Bugis yang lain seperti Buras Bugis dan Ayam Masak Lengkuas Bugis. Ok bagaimana mahu menyediakan Tumbu Bugis. Berikut adalah resepi Tumbu Bugis yang aku warisi daripada mak aku sendiri. Bahan-bahan:     2kg beras pulut,     1/2kg santan pekat,     garam. Bahan-bahan untuk membungkus Tumbu Bugis:     Daun pisang,     T

Doa qunut nazillah

Image
Bismillahirahmanirahim.. Saat kita menikmati ramadhan karena. Saudara seislam kita di Gaza/Palestin di bedil lagi..angka kematian semakin meningkat.. Sedih dan pilu hati ini saat melihat mayat-mayat saudara seislam kita terbujur kaku dek serangan Yahudi israel laknatullah.. Sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan kemanusiaan.. Marilah kita sama-sama mendoakan agar Allah  membantu pejuang-pejuang islam kita di kita sana..agar Yahudi tewas. Janji Allah itu pasti.islam tetap akan menang dah termaktub dalam al-quran surah al-Israk.. Sahabat dan saudara seislam ku..jom sama-sama aminkan doa qunut nazillah.. Sekian

ACCIDENT JALAN OTHMAN

bismillahirahmanirahhim.. aku nak cerita pasal kes semalam aku balik keja. macam biasa husband aku akan ambil kat lrt taman jaya naik moto. biasanya kita orang ikut laluan moto. ntah kenapa semalam laluan moto jem gilerr. husband aku pulak nak cepat nak mengelak dari hujan. tetiba dia pun ikut laluan highway jalan jauh lah.. tetiba sampai kat selekoh tu nak ke round about. datang sebijik moto dengan laju dari arah belakang  menhentam moto yang aku naiki bersama dengan suami.. ya allah..tiada apa yang aku rasakan saat itu. dah  terseret kat tengah jalan.. aku cepat-cepat bangun nasib baik time tu kete xde.. aku tengok laki aku masih terbaring di atas jalan aku tarik suh dia bangun. takut kete lain langgar pulak.. nak tahu apa jadi dengan orang yang langgar kami tu.. dia lagi teruk..helmet dia dah kedepan. tau pulak dia salah.. bawa laju pas tu helmet tak ikat kuat. motor pun xde brekk. xtaulah suami aku settle kan apa kat orang india tu. nasib baik aku dan husb