tumbu bugis

Kalau di Semenanjung Malaysia,
lemang adalah makan tradisi yang selalunya dihidangkan pada hari raya
namun bagi suku kaum Bugis di sebelah Pantai Timur Sabah,
 hari raya tidak akan lengkap tanpa Tumbu Bugis.
Tumbu Bugis agak berbeza dengan lemang dari segi penyediaannya
namun ia seakan sama bentuknya ketika dihidangkan dan bahan utamanya
juga sama iaitu menggunakan beras pulut dan santan kelapa.

Aku sendiri sebagai anak Bugis turut tidak ketinggalan untuk mewarisi
resepi Tumbu Bugis kerana ini adalah makanan tradisi yang perlu
 dikekalkan untuk generasi akan datang.
Rasanya tidaklah sah menjadi Bugis kalau tidak tahu menyediakan
Tumbu Bugis atau hidangan wajib Bugis yang lain seperti Buras Bugis
dan Ayam Masak Lengkuas Bugis.

Ok bagaimana mahu menyediakan Tumbu Bugis. Berikut adalah resepi Tumbu
Bugis yang aku warisi daripada mak aku sendiri.

Bahan-bahan:

    2kg beras pulut,
    1/2kg santan pekat,
    garam.

Bahan-bahan untuk membungkus Tumbu Bugis:

    Daun pisang,
    Tali,
    Gunting.

Cara memasak Tumbu Bugis:
Rendam 20 minit beras pulut kemudian toskan. Santan kelapa dipanaskan sehingga naik minyak dan jugan lupa bubuh garam secukup rasa. Adunkan beras pulut dan
santan sehingga rata dan biarkan ia seketika di bekas yang rata untuk sejuk.

Selepas itu, sediakan bekas berbentuk bulat, kalau tiada, boleh gunakan batang bambu, saiz ikut selera anda.





Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Baby hat!

Item yang bakal ke pantai cahaya.