menumpang kasih


Sabarlah wahai hati..
Aku tak tahulah nak mula darimana nak bercerita tentang kisahku ini..
Kerana aku bukanlah penyair ataupun pengarang..
Tapi aku ingin bercerita tentang kisahku..
Nak di jadikan cerita..aku bukanlah seorang yang suka bercampur dengan orang dan suka berkongsi peribadi dengan semua orang apatah lagi menjaga tepi kain orang..
Begini..ada seorang hamba Allah tak perlulah aku dedahkan namanya.tetapi ia ada pertalian saudara sebelah pihak suamiku..satu hari tetiba whatapps aku..yang sebelum ni memang xkan pernah hubungi aku.acapkali jumpa ada sj benda yang tak puas hati..memula nak pinjam buku ttg agama.nak belajar agama..alhamdulillah..aku ucapkan kalau dah berubah..
Keesokan harinya aku pun bagitau pinjam buku yang dia nakkan atas dasar nak berkongsi ilmu..aku taklah kisah sangat..
Tetiba satu hari dia cuba mengorek rahsia aku sekeluarga..ya kalau kami berkumpul dalam satu keluarga yang yang besar aku langsung xpnh membuka mulut utk bercerita mengenai hal rumahtangga anak-anak maupun kekurangan duit belanja.semua itu aku diamkan..
Tapi aku tak tahulah mungkin bagi dia sudah biasa berkongsi dengan saudara yang lain tentang rumahtangga.tentang duit tak cukup sehingga meraih simpati orang lain..
Ok nak dijadikan cerita hamba Allah ni pun koreksi hingga sampai ketahap yang tampa aku sedari soalannya mampu menyinggung sesiapa saja membacanya..
Perkataan itu akan aku ingat sampai bebila..
Betul aku bukanlah orang yang senang.hidup sebatang kara kat dunia ni.hanya bergantung harap pada suami dan keluarga suami..dan salahkah jika aku menumpang kasih mak mertua yang kurasa ibarat ibu kandung sendiri..
Perlukah duit yang kuhulur setiap bulan kepada kedua orangtua ku khabarkan pada mereka?
Perlukah barang dapur,harta benda yang aku berikan kepada beliau aku khabarkan kepada adik beradik yang lain?
Aku rasa tak perlu kerana bagiku apa yang aku berikan adalah ikhlas dari hati..kerana itu saja yang aku mampu..
Tapi itu semua tak pernah mereka ketahui kerana aku lebih suka memberi tampa pengetahuan adik beradik suami yang lain apatah lagi insan yang suka menjaga hal orang lain..
Betul..setiap kebaikan yang aku lakukan tak pernah di pandang.hanya bila sedikit saja kesalahan atau keburukanku akan jadi sebesar-besar gajah..akan di canang di Facebook atau seangkatan mereka yang suka menjaga hal orang lain..
Aku xpernah merungut tentang itu..cuma aku berasa sedih..
Aku telah cuba untuk menjaga hati semua pihak..
Tapi siapalah aku..hanya menumpang kasih orang lain...

Sedih sangat..



Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Baby hat!

Item yang bakal ke pantai cahaya.