Posts

Showing posts from December, 2014

Last 31hr dalam 2014

Bismillahirahmanirahim Dan assalamualaikum..       Hari Ini adalah hari terakhir kita di tahun 2014… Sebelum 2014 melabuhkan tirainya tidak lama lagi.. Dikesempatan Yang  Allah beri pada Ku ini.. Aku ingin mencuri sedikit waktu untuk menyusun sepuluh jari tanda memohon kemaafan.. jika sepanjang Aku berada didunia blogger Ini. Pernah menyinggung Hati dan perasaan pada pembaca setiap blogger.. terkasar bahasa ataupun ayat-ayat yang tidak disengajakan.. yang Aku sedara maupun yang aku tak perasan...   Kita hanyalah manusia biasa yang takkan lari Dari melakukan kesilapan. Jika kita meyedari kesilapan memohon kemaafan lah selagi ada kesempatan.. jauhi ego yang hanya akan mendatangkan keburukkan apda dir dan orang lain.. SELAMAT DATANG 2015 !

Ramli awang murshid-RAUDHAH

Image
SINOPSIS RAUDHAH     Joker dan white- gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali.Joker adalah kontrak killer dan white adalah kontraknya.kod rahsia mereka mawar putih. Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah berkolar putih. Hubungan mereka retak setelah joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal joker sudah  mati!. Faris dan Hambali- dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup.Faris bergelumang dosa.Hambali pulak hamba yang taat. Setelah membilang tahun ,mereka bertemu semula di masjid negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu"taubat nasuha". Cinta- muncul secara misteri .Junaidatul al-fatiah merupakan tunangan Hambali.Dalam diam faris turut mencintai gadis itu.Kedua-dua lelaki ini menggelarnya " raudhah".seorang gadis di cintai dua lelaki,pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan.Tapi siap

BILA BERSENDIRI

Bila bersendirian Jangan rasa kesepian walaupun tampa teman kita tetap di perhatikan Dalam gelap atau terang ada mata yang sentiasa menjaga melihat perlakuan dan rasa mencatat dosa atau pahala Bila besendirian, jangan kata aku sunyi sebaliknya selalu bisikkan dalam hati pada diriku sentiasa ada pemerhati Bila bersendirian teruji keikhlasan tampa kejian atau pujian apakah terus ada kesetiaan berfikir dan berzikir dengan tulus kesunyian!.

Selamat tinggal 2014 !

Assalamualaikum dan selamat malam.. Lagi beberapa hari lagi tahun 2014 akan melabuhkan tirainya..tak terasa cepat masa berlalu..begitu pantas ia pergi.. 365 hari banyak kenangan manis dan pahit tercoret dan terpahat pada 2014. kenangan duka dan menyedihkan menggamit semua perasaan keluarga belah suami. Adalah saat perginya abah (bapa mertua) pada 15/12/2014 itu adalah tarikh keramat yang sukar untuk kami lupakan. Hari ini adalah hari yang ke15 perginya arwah abah yang meninggalkan banyak memori terindah bersama dengan cucu sulungnya yang kini berusia 6 tahun. Hari ini juga dia bersedih dan merindui atuknya. Hari yang ke 15 baru dia merasa sedih dan faham erti perginya atuk menghadap illahi. "Ummi kakak rindu atuk..atuk sayang kakak.. dia sakit.. pergi hospital lepas tu masuk kubur..". Ya allah sedih aku mendengar rintihan si kecil ini..Dalam memujuk keadaannya aku cuba menahan airmata sambil mencari kekuatan untuk menjawab dan memujuknya. "kakak atauk jumpa all

DOA ISTERI SOLEHAH

Image
"Ya allah,berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah, jika masih ada di langit maka segera turunkanlah untuknya jika tertahan didasar bumi, hanya engkaulah yang mampu mengeluarkannya, Ya allah, berkahilah rezeki yang di peroleh suami hamba mu agar membawa  kebaikan bagi kami sekeluarga di dunia dan akhirat.

Jikalau ada HATI,

Jikalau ada HATI, didiklah ia untuk mencintai perkara-perkara yang baik,sebelum ia MATI.. => Jikalau ada MATA, lihatlah perkara-perkara yang baik, sebelum ia BUTA.. => Jikalau ada LIDAH,tuturkanlah kata-kata yang baik, sebelum ia BISU.. => Jikalau ada TANGAN, gunakanlah ia kearah kebaikan,sebelum ia KUDUNG.. => Jikalau ada KAKI, gunakanlah ia untuk menuju kearah kebaikan, sebelum ia TEMPANG.. => Jikalau ada SAHABAT, kasihilah ia seperti mana kita mengasihi diri sendiri,sebelum ia PERGI.....

BUKAN MUDAH UTK TERSENYUM,SAAT HATI TERHIRIS

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan teriris... Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari itu bagian dari kasih Ilahi... Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita... Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk... Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari... Bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat...

Renungan

kita sibuk mencari dunia.. hingga terlupa akan akhirat.. kita sibuk mengejar harta.. hingga terlupa bekalan menuju akhirat... dunia dah semakin tua.. dunia dah hampir pada penghujungnya.. Zaman dah serba canggih.. anak-anak penuh dengan kemodenan.. segala kecanggihan membuatkan kita leka dengan dunia.. anak-anak dah lupa tanggungjawab pada mak bapa anak-anak dah semakin kurang ajar,menengking terhadap mak bapak.. dimana rasa hormat kita sebagai anak terhadap orang tua???? sehingga kita sanggup menderhaka terhadap mereka... seminggu bagaikan sehari sebulan bagaikan seminggu setahun bagaikan sebulan.. masa dah terlalu singkat.. masa takkan menunggu kita.. sedarlah wahai sahabat sekalian.. dunia dan masa tak menunggu kita.. berubahlah...kembali ke jalannya..

Rindu bertandang lagi

Image
Wahai Abah, Kerinduanku padamu bertandang lagi.. Tampa ku sadari. Semenjak permergianmu.. aku merasa kehilangan.. kehilangan sesuatu yang sangat bernilai harganya.. Abah.. Doaku tak pernah pudar buatmu.. Rinduku tak pernah hilang padamu.. tatkala diri ini bersendirian.. Terimbas memori indah bersamamu.. Abah, Saat aku menjadi menantumu dan mula mengenalimu, sedikit demi sedikit aku tahu tentang sikapmu, dikau seorang suka membuat jenaka dan selalu membuat pantun dua kerat, membuat semua orang yang berada di sekelilingmu rasa terhibur dengan caramu. Walaupun dalam keadaan sakit, kau masih kuat membuatkan orang di sekelilingmu tersenyum. Abah, Sungguh aku tak menyangka.. Begitu banyak yang kau pendamkan didalam hatimu. Sedih ku melihat keadaan mu semasa sihat, Makan minummu tak menentu.. sebab tu kau selalu berlalu dan keluar dengan kawan-kawanmu. menghiburkan hatimu.. Abah, Saat-saat terakhirmu aku sempat menatap wajahmu.. Namun aku seakan tak percaya yang dikau akan pergi

BUKAN MUDAH UNTUK JADI MUDAH

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan teriris... Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari itu bagian dari kasih Ilahi... Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita... Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk... Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari... Bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat... Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain Bukan membahagiakan diri sendiri... Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hinaTapi akan terasa INDAH kalau itu bagian dari penyucian diri... Dan ikhlas hanya mengharap ridlo Ilahi.. Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya... Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itu adalah awal dari kesuksesan kita.. Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan... Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itulah jalan yang harus ditempuh... Untuk

Panduan Pendidikan kanak-kanak islam

Sedikit renungan bersama Pendidikan dalam islam kepada seorang muslim dimulai seawal tujuh tahun. Galakkan mengerjakan sembahyang patut di tekankan kepada anak-anak usia menjangkau 10 tahun. kanak-kanak yang mendi capai 10-12 tahun akan mengalami perubahan dalam kotak pemikiran mereka. Mereka mulai mampu menbezakan antara buruk dan baik. Pemisahan tempatan tidur perlu di lakukan ketika usia mereka menjangkau sepuluh tahun dan keatas.Pemisahan ini antara kanak-kanak lelaki dan perempuan dan juga antara anak-anak dan ibubapa. Pemisahan ini disebabkan kerana anak-anak mula mampu berfikir perkara yang baik dan buruk . Ketika itu sewajarnya,perasaan perlu di asuh dan di pupuk demi memahami sifat malu dalam batasan aurat sesama mereka. Galakkan ini sebenarnya dapat membina disiplin dan peribadi anak-anak dalam mengurus waktunya semenjak kecil. Beriltixam dengan waktu sembahyang lima waktu untuk mendidik anak-anak membina keperibadian yang cemerlang dalam berinteraksi dengan ma

TAHLIL HARI KETIGA

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM. Alhamdulillah.      Semuanya berjalan dengan lancar,tiga hari berturut-turut mengadakan tahlil di surau dan di rumah. walaupun keletihan semuanya tetap bergotong-royong memasak di rumah mak mertua. Hari ketiga ni kami masak lebih sikit. Nasi lemak dan juga mihoon hantar dua masjid.       Hari ini boleh lah aku rehatkan diri sementara cuti ada lagi. Esok dah kena berkerja balik macam biasa. Terasa malas nak berkerja ingat nak sambung cuti lagi. huhuhu..sehari je kan..pas tu cuti balik..        

Tahlil hari kedua

ASSALAMUALAIKUM..       Hari kedua tahlil abah diakan di masjid dan juga dirumah mak mertua. Bergotong royong memasak bersama biras-biras. Nasib baik mak punya menantu ramai. Dan boleh berkejasama di antara satu sama lain. Segala keletihan dan kesedihan yang melanda diri dan yang yang lain taklah terasa sangat.       Terkadang bila waktu mencuri masa ku,aku termenung seketika mengenangkan kenangan bersama arwah abah. Selama menjadi menantunya.Arwah banyak membantu aku kesana kemari. Dia seorang yang bermurah hati dan juga seorang yang suka berpantun dua kerat. Ada saja pantun yang mengusik jiwa di kalangan anak menantu ataupun saudara yang mengenali arwah abah. Terasa sungguh kehilangan abah. Tapi itu bukanlah mematahkan semangat untuk tidak meneruskan hidup sebagai hamba allah.    Dan sejak dua hari ini. Kulihat perangai adik dah berubah.Mula menjadi cengeng.Pantang usik sikit menangis. Aku rasa dia rindu arwah atuk kot, Sebab di antara ramai-ramai cucu dialah y

Abah kembali kerahmatullah

Image
Assalamualaikum. Gambar ni aku amik pada 14.12.2014. Malam terakhir belaiu bersama kita Tiada ungkapan yang terluah untuk aku ungkapkan.. Setelah sebulan bertarung nyawa kat hospital akhirnya  pada 15.12.2014 abah telah kembali kerahmatullah.    Tengahari semalam aku dapat panggilan dari suami yang mengatakan doctor ada call bagitau " abah dah tenat". kami semua pun bergegas ke hospital. Yang aku terpaksa mengmbil teksi untuk ke HKL. Nasib baik opis aku tak jauh dr HKL. Tak sampai 10 minit. Sesampai nya di hopital aku tengok suamiku dah sampai dulu.Tampa membuang masa kami bergegas masuk ke wad CCU. Mendapatkan abah nurse yang menjaga abah tu cakap "bacalah yassin,pakcik ada lagi tu.Yassin ada kat dalam laci". Time tu otak aku tak boleh pikir apa sebab,aku nampak bacaan  denyutan nadi pada mesin itu tinggal 1;2  . Nurse pun tutup semua langsir. Aku tengok keadaan suami masa tu dah tak menentu di hadapan abah.Aku cuba memberi sedikit keku

TUDUNG AIDIJUMA

Image
Assalamualaikum-- wohoo.. Lagi stock tudung aidijuma. aku rasa dah berlambak kat dalam drower tudung aku di penuhi dengan koleksi bawal aidijuma. tapi xpela..untuk kepuasan hati aku.. Aku beli guna duit sendiri.. nasib baik incik hubby tak bising.. kalau idak abih la.. hehehe.. Design aidijuma dah keluarkan design setiap minggu. Yang membuatkan kita makin menggila dengan aj. Apa yang aku boleh katakan belilah sehingga dah boring. eh..eh..aku ada pernah boring ke kalau pasal fashion ni?? tepuk dada tanya selera. Wanita dan fashion sukar untuk di pisahkan. apatah lagi bab tudung ataupun jubah. itu sudah semestinya.... ^^

FUNGSI JANTUNG

Kita makan jantung jalan. kita minum jantung jalan kita tidur jantung jalan kita mandi jantung jalan kita solat jantung jalan kita berjalan jantung jalan kita berhenti jantung jalan JANTUNG BERHENTI KITA JALAN 'INNALILLAHI WAINNAILAIHIRAJIUUN.

cekodok susu

Image
Assalamualaikum.. Pagi tadi aku sempatlah buat kakak cekodok susu. Resepi ni anak sedara suami aku bagi senang dan sangat mudah. Anak-anak amat sukakannya. Bahan-Bahan;- Tepung gandum Susu pekat Air panas Dan minyak panas untuk menggoreng. stails aku tak follow sukatana aku main agak aje. kalau nak manis boleh letak susu lebih.Kalau nak yangs edang tak yah letak banyak susu tu. gaulkan dengan air panas pas tu bulat kan goreng kedalam minyak panas. Hidangkan..   Haa.. tak susahkan..cam anak-anak aku memang tak suka makan bawang mereka lebih gemar benda yang manis-manis. SELAMAT MENCUBA.

JALAN-JALAN SUNWAY LAGOON

Image
seronok adik dapat jenjalan kat sunway lagoon time ni adik berusia dalam setahun lebih.. eih,,adik gelilah dengan ular ni..emm cantik juga awek ni.. seronok rasanya dapat naik kereta sorong ni.Boleh usha-usha teddy bear. Ummi dengan ayah pun tak payah lah nak dukung adik.. Time ni kakak suka ikut opah kemana saja opah pergi.. Bila dah besar panjang tak nak ikut opah sebab opah dah punya ramai cucu. So kakak terpaksa lah join Ummi dan ayah..

JALAN MENUJU CINTA ABADI

Assalaumalaikum. Muhasabah diri jalan menuju cinta abadi.. Sekiranya seorang perempuan tidak menemui lelaki yang sesuai dan baik untuk di jadikan teman hidup.Adalah lebih baik dia menjaga diri dan tidak berkahwin dengan lelaki yang tidak berakhlak dan tidak beragama. Hidup merupakan pinjaman dari allah s.w.t Janganlah menyeksa diri hanya kerana lelaki yang tidak taat pada agama. Dapatkah dia menyejukkan hati ini andai dia seorang yang tidak menunaikan solat dan tidak tahu tanggungjawabnya sebagai suami? Dapatkah kita mendiamkan hati yang meronta-ronta untuk berubah menjaadi hamba yang taat pada ALLAH. Sedangkan sisuami tidak mengizinkan sedemikian kerana dia ingin kita bergaya,berhias sehingga menolak tepi batasan aurat yang digariskan. Sanggupkah kita mengorbankan keinginan semata-mata kerana permintaanya itu. Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.Jika masih tiada bererti belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.Kalau panjang jambatannya,jauhlah pe

SHOPPING KAT KLCC

Image
ASSALAMUALAIKUM.. Semalam hari jumaat.. time lunch sempat pulak aku merayau dengan partner kat KLCC.Cuci mata jap tetiba nampak sale kat VINCCI. Woww..sales kau jah mau tak rambang mata aku time tu..sume kasut aku nak beli.heee Tetapi entah kenapa aku berkenan pulak dengan kasut warna Biru. Sume nak warna biru kau. kasut wegdes yang aku pancing kat VINCCI. Nampak cam unik je dan simple. Dan lagi satu..ish.ish..ish..ni boleh pakai g majlis kenduri handbag kan VINCCI. Memang woww cakap hang..memang cantik dan selesa. Lagi stu tahan lama.. Honestly aku berkenan yang ni tapi size kaki aku takde..mybe ukan rezeki aku.. Tak apalah aku amik pic jadikan kenangan abadi kat blog aku..     Sebenarnya aku nak habaq sikitlah..wanita dengan fesyen memang sukar di pisahkan. Setiap minggu design terbaru ada aje yang di beli.Ini aku belum hupdate lagi tudung aidujuma yang berlambak dan setiap keluaran aku miliki..     Nasib baiklah aku berkerja xdelah nak harap dui

Hati Gelisah

    Assalamualaikum      Pagi hari sabtu incik hubby kerja tinggallah aku dengan anak-anak dirumah.. Hari ini aku jadi super women hehehe..membersihkan rumah,masak memasak..Hari sabtu ni lah masanya untuk aku membalas dendam mengisi ruang bersama anak-anak comel ummi.     Lebih kurang lima minit sebelum aku membuat entri ni. Aku dapat panggilan dari husband aku yang mengatakan. Hari ini dia kerja sekerat hari. Pagi tadi dia dapat panggilan dari hopital HKL. Yang mengatakan doctor nak jumpa semua adik-beradik belah suami. Entahlah..apakah berita yang akan doctor khabarkan sebentar lagi berkenaan dengan ayah mertua. Semoga beliau sembuh dengan kehendaknya.    Sebab tak silap aku Hari khamis (PUBLIC HOLIDAY) baru-baru ini aku ada g tengok abah kat HKL. Alhamdulillah keadaan dah stabil sikit. Dia tak perlu guna alat bantuan pernafasan yang menyebabkan suara dia hilang buat seketika.. * semoga beliau cepat sembuh dan boleh balik secepat munkin..cucu-cucu pun dah lama tak jumpa

Hari kedua- Tambun ipoh

Image
Tada dah sampai tambun First time jumpa pasir nilah jadiknya.. ni dah kat kolam air panas..Rileks jap Adik dah start dah main pasir Dah tak nak naik dah.. Betapa sukanya adik bila jumpa air.tak pandang kiri kanan kau... Kakak dengan kengkawan Ummi Merajuk dengan kakak tak dapat pelampung Masa nak balik sempat lagi snap gambar kenangan dengan nanthini Kenangan Terindah buat kakak dengan kucing Besar Ummi pun nak jugak heheheh.

tune hotel ipoh perak-Hari pertama

Image
bismillahirahmanirahim. Tengah godek-godek laptop suami tetiba jupa gambar setahun lepas.. time tu bercuti dengan xfriend keja kat tune hotels dulu. Dekat R&R jambatan sungai buloh sebelum menuju ipoh. Time ni kakak baru 2 tahun lebih/Adik setahun lebih Anak manja ummi  Puteri kesayangan Ummi Ummi adik nak susu Time ni adik dah start nak merepeh.. Kakak time ni tengah cari ayah.Biasalah tido bawa ketiak ayah bila dah jalan jauh xde ayah..mulalah xtentu hala

Ibu Awie Meninggal dunia

Image
Bismillahirahmanirahim.. Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. gambar sumber google   Pagi tadi kita di kejutkan dengan kematian ibu penyanyi rock awie wings yang telah kembali kerahmatullah di sebabkan sakit tua dan selamat di kebumikan selepas solat jumaat tengahari tadi. Al-fatihah untuk arwah ibu Awie semoga beliau di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. dan takziah untuk keluarga awie semoga tabah dah redha dengan pemergian ibunda tercinta.

ingat 5 perkara sebelun 5 perkara !

Rebut 5 perkara sebelum lima perkara. Rasulullah s.a.w bersabda  yang bermaksud ;'Rebut lima perkara sebelum lima perkara,sebelum datang lima perkara,masa sihat sebelum sakit,k aya sebelum miskin,lapang sebelum sibuk,muda sebelum tua,dan hidup sebelum mati.' (Hadis riwayat al-hakim dan al-Baihaqi). Janganlah bertangguh-tangguh di dalam membuat kebaikan dan rebutla lima perkara sebelum lima perkara. Beribadatlah dan lakukanlah ibadat sunatdi samping ibadat fardhu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan. Bersedekahlah semasa masih kaya sebelum di timpa kemiskinan. Berzikirlah sewaktu mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukkan.misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja. Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda  dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak berdaya. Beramallah semasa disini(semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti ( sem

menikmati siput sedut kat restoran pantai dalam

Image
wahh..sedap si kakak menikmati siput sedut. inilah kali kedua kami kerestoran kat pantai dalam.. aku tak ingat nama retsoran ini.tapi  apa yang aku tau daripada incik hubby,restoran ini pernah masuk dalam rancangan jalan-jalan cari makan. yang bestnya kat restoran ni.. ada tiga bahagian duduk kat luar xde aircond.ada aircond dan juga VIP. harga makanan kat sini sangat berbaloi dan bermacam pilihan yang boleh kita pilih. hurm..sedapnya kakak menikmati siput sedut ni.. bila dah makan separuh..tersenyum sampai kat telinga .. *

10 HIJAB YANG MENGHALANG DARI MENDAPAT HIDAYAH ALLAH

1- الحجاب الأولHijab Pertama Jahil- Disebabkan keperluan Ilmu untuk mencapai hidayah, maka Ahli Sunnah mewajibkan menutut ilmu di atas setiap muslimin dan muslimat. الجهل بالله : ألاَّ تعرفه.. فمن عرف الله أحبَّه.. وما عرفه قط من لم يحبه.. وما أحب قط من لم يعرفه.. لذلك كان أهل السنة فعلاً طلبة العلم حقًا، هم أولياء الله الذين يحبُّهم ويحبُّونه؛ لأنك كلما عرفت الله أكثر أحببته أكثر.. قال شعيب خطيبُ الأنبياء لقومه: { وَاسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي رَحِيمٌ وَدُودٌ **[ هود: 90 ] . وقال ربك جلَّ جلاله: { إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَنُ وُدًّا **[ مريم: 96 ] . إنَّ أغلظ الحجب هو الجهل بالله وألا تعرفه؛ فالمرء عدو ما يجهل.. إن الذين لا يعرفون الله يعصونه. من لا يعرفون الله يكرهونه. من لا يعرفون الله يعبدون الشيطان من دونه. ولذلك كان نداء الله بالعلم أولاً: { فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَ

MEMBACA AL-QURAN

Image
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah SWT, al-Quran juga adalah senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir. Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah SWT (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul. Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunny

Kata-kata Hassan Al-Basri

Kata-kata Hassan Al-Basri : 1-Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis. 2-Kawam-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah SWT. 3- Mengumpul harta benda lebih buruk daripada minum arak yang mana adalah dilarang oleh Al-Quran. 4-Sesiapa yang memecilkan dirinya akan selamat, sesiapa yang memisahkan daripada dirinya dan nafsunya akan merasakan kebebasan. 5-Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan di situ dia membina Bangunan Akhirat adalah orang yang bijak. 6-Sesiapa yang mengenal Allah SWT  akan mengaggap dunia sebagai musuhnya dan sesiapa  yang cintakan dunia akan memusuhi Allah SWT. 7- Orang yang membuang amalan Rohaniah dan menggantikannya dengan amalan bermurah hati kepada dunia adalah orang yang rosak dan jahat. 8- Sesiapa yang cintakan emas dan perak akan dihina oleh Allah SWT  dan sesiapa menganggap dirinya pemimpin masyara

mensyukuri nikmat tuhan

Image
Bismillahirahmanirahiim.. apa yang kita miliki terkadang bukan yang kita sukai.. tapi bisa jadi itulah yang terbaik.. kita tidak tahu hakikat di sebalik itu.. munkin ada hikmah terindah di kemudian hari.. dikala tabir hati.. terbuka untuk bisa memahami ketentuan allah.. semoga kita mampu mensyukuri dan berbahagia dengan apa yang kita perolehi atas kesedaran bahawa apa yang ada pada kita itu.. semuanya adalah milik allah semata..aaminn.

kalimah Allah pada tudung aidijuma

Image
assalamualaikum dan selamat malam..     Masya allah.. Sekadar perkongsian untuk malam ni..kat design cetak tudung aidijuma terjumpa kalimah allah.. seperti dalam bulatan merah..munkin allah nak tunjukkan kat kita kot.. Tapi apa-apapun saya xberani nak komen lelebih..sebab saya juga peminat setia tudung bawal aidijuma..apa yang berlaku tu semua kehendak allah semata.. yang baik datang nya dari allah..yang buruk datangnya dari saya sendiri.. allahuakbar.. selamat malam bai  ^^..

Tips tutup aurat

..Set dalam minda yang kita nak berada di paras no 8 di mana kita menutup aurat sempurna dengan handsock serta stokin. ..Kalau ada baju seksi, simpan. Jangan buang sebab kalau gian nak pakai, pakai dalam bilik je. Jgn lupa, dgn family pun kena jaga aurat. .. Kalau banyak baju yg tak mengikuti syarak, simpan pakai tidur je. Belilah baju yg longgar. InsyaAllah, ada ganjaran berbelanja utk aurat. .. Tudung. Kalau mereka yg tidak bertudung, pakailah sebab rugi kamu tayang kecantikan kamu pada semua. Lagi cantik bila bertudung. ..Bagi mereka yg sudah bertudung, labuhkan. Kalau jarang, inner neck banyak skrg jual. Aurat sebenarnya bukan hanya menutup rambut sahaja. ..Bila bertudung, jgn pakai baju ketat, seluar ketat, sanggul tinggi. Salah tu sebab masih menampakkan susuk tubuh anda. ..Bertudung tapi lengan pendek? Kalau ada pakai handsock dgn baju pendek, masih dikira nampak bentuk tangan. Aurat tu wahai Hawa. ..Bertudung labuh tapi tidak pakai handsock atau stokin? Aurat perempuan