6 december



Assalamualaikum dan selamat malam..
    Hee esok dah hari isnin ialah hari berkerja bagi yang berkerja dan bagi yang jadi suri rumah sepenuh masa tu ..setiap hari adalah hari yang istimewa bukan apa..mampu menguruskan rumah tangga dengan baik..Pepagi dah hantar anak-anak ke rumah mak mertua nasib baiklah dekat je..
kalau tidak..???

    Bagi yang berkerja macam aku ni  hanya sabtu dan ahad lah peluang aku uruskan rumah tangga,suami dan anak-anak yang sudah pasti tiada habisnya.hanya dapat berehat bila semuanya sudah selesai. Tapi sekejap jelah pas tu kene sambung balik buat kerja rumah. Inilah rutin hari-hari jika sudah berumahtangga.kadang-kadang tiada masa untuk diri sendiri..Semuanya tertumpu pada rumah tangga.

 
    Tapi hari ini selepas aku balik dari melawat abah kat hospital dan sempat bershopping kejap.
Tetiba petang pas maghrib tu aku rasa badan tak berapa sihat.
minggu lepas suami dan anak-anak demam. Now,my turn pulak ke?..adeh..kasihan suami dan anak-anak kalau aku yang demam.rumah akan jadi tunggang langgang.
Namun aku gagahkan juga memasak untuk makan malam..

  selepas semuanya selesai aku gagah kan menhapdate belog kesayangan ku ini..
walaupun sedikit jadikla.. untuk berkongsi apa yang aku rasa..


maaf jika sekiranya ada yang tak kena pada ayat-ayat ku.Kerana aku masih terlalu baru dan baru belajar cara-cara bagaimana nak berentri di blog sendiri.
Harap sekiranya..ada sesiapa yang boleh tegur kekurangan diri ini.

yang baik dari allah yang buruk dari tuan punya belog ini..


with Love
cik Hana
-

   






Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Item yang bakal ke pantai cahaya.

Baby hat!