Abah kembali kerahmatullah



Assalamualaikum.




Gambar ni aku amik pada 14.12.2014. Malam terakhir belaiu bersama kita

Tiada ungkapan yang terluah untuk aku ungkapkan..


Setelah sebulan bertarung nyawa kat hospital akhirnya  pada 15.12.2014 abah telah kembali kerahmatullah.


   Tengahari semalam aku dapat panggilan dari suami yang mengatakan doctor ada call bagitau " abah dah tenat".
kami semua pun bergegas ke hospital. Yang aku terpaksa mengmbil teksi untuk ke HKL.
Nasib baik opis aku tak jauh dr HKL. Tak sampai 10 minit.
Sesampai nya di hopital aku tengok suamiku dah sampai dulu.Tampa membuang masa kami bergegas masuk ke wad CCU. Mendapatkan abah nurse yang menjaga abah tu cakap "bacalah yassin,pakcik ada lagi tu.Yassin ada kat dalam laci".
Time tu otak aku tak boleh pikir apa sebab,aku nampak bacaan  denyutan nadi pada mesin itu tinggal 1;2 . Nurse pun tutup semua langsir. Aku tengok keadaan suami masa tu dah tak menentu di hadapan abah.Aku cuba memberi sedikit kekuatan yang aku ada padanya ,walaupn sebenarnya aku juga tak kuat. Aku gagahi juga meneruskan bacaan sambil memberikan kekuatan padanya.

  Lebih kurang dalam 5 minit adik ipar aku pun sampai bersama isterinya.Time tu bacaan dah 0 yang memberi tanda dia dah kembali kerahmatullah. Doctor pun datang dan menyuruh semua orang yang berada di tempat abah keluar. Aku cuba berganjak sedikit demi memberi ruang doktor untuk check abah.
Time tu aku nampak doktor dah mencabut alat pernafasan dari mulut abah. Itu adalah isyarat yang abah sudah tak ada lagi tetapi doktor tak cakap lagi masa tu.
 Bila kami masuk balik ke tempat abah,barulah doktor tu cakap "sorrylah dik,pakcik dah takde".
Alangkah luluh hatiku pada saat itu.

   Mak pun datang aku lihat mak sangat kuat..menghadapi semua dugaan ini. Tak macam anak yang lain.. Adik ipar aku yang bongsu lagi lah tak boleh terima sebab dia adalah satu-satunya anak perempuan abah.

   Namun siapa kita untuk menolak segala kemunkinan yang berlaku.Kerana iulah takdirnya..
Kasihan pada cucu-cucu yang tak sempat jumpa atuk. Suami menguruskan apa yang patut kat hospital untuk membawa balik jebazah dan yang lain bersiap sedia untuk balik. Kerana nak di kebumikan pada hari yang sama selepas asar.

  Selepas urusan memandikan jenazah di masjid as-salam dan menatap wajah abah  untuk kali yang terakhir. Yang perempuan balik rumah menyiapkan apa yang patut untuk tahlil pada malam tu juga.

Alhamdulillah...selepas maghrib segala urusan pun dah selesai.Allah mempermudahkan segala urusan arwah.Arwah pergi dengan tenang dan aman.



sesungguhnya daripada dia kita datang kepada dia kita kembali.

Al-fatihah untuk abah.



Maaf jika entri ni tak sempurna..segala kesilapan yang berlaku dari tuan blog ni. Yang baik datangnya dari allah.









Comments

Salam takziah buat awak sekeluarga..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-fatihah..
Anonymous said…
al fatihah..

Popular posts from this blog

cinta sejati

Item yang bakal ke pantai cahaya.

Baby hat!