Hati Gelisah


    Assalamualaikum
     Pagi hari sabtu incik hubby kerja tinggallah aku dengan anak-anak dirumah..
Hari ini aku jadi super women hehehe..membersihkan rumah,masak memasak..Hari sabtu ni lah masanya untuk aku membalas dendam mengisi ruang bersama anak-anak comel ummi.

    Lebih kurang lima minit sebelum aku membuat entri ni.
Aku dapat panggilan dari husband aku yang mengatakan. Hari ini dia kerja sekerat hari.
Pagi tadi dia dapat panggilan dari hopital HKL. Yang mengatakan doctor nak jumpa semua adik-beradik belah suami. Entahlah..apakah berita yang akan doctor khabarkan sebentar lagi berkenaan dengan ayah mertua. Semoga beliau sembuh dengan kehendaknya.

   Sebab tak silap aku Hari khamis (PUBLIC HOLIDAY) baru-baru ini aku ada g tengok abah kat HKL. Alhamdulillah keadaan dah stabil sikit. Dia tak perlu guna alat bantuan pernafasan yang menyebabkan suara dia hilang buat seketika..



*semoga beliau cepat sembuh dan boleh balik secepat munkin..cucu-cucu pun dah lama tak jumpa atok.

Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Baby hat!

Item yang bakal ke pantai cahaya.