seindah warna pelangi


      Saat pancaran cahaya matahari di biaskan oleh titiuk-titik air hujan,akan muncul warna pelangi yang sangat indah. Warna-warna pelangi itu seolah-olah menghipnosis hati yang memandangnya,mengalirkan untaian tasbih yang terucap dari bibir yang takjub. Kemudian selepas ini ramai dianntara kita yang berkhayal untuk dapat menyentuh warna-warni nan indah itu.
Bahkan ramai pula dari kita yang ingin meluncur di atas kelembutan warnanya.

      seperti warna pelangi-pelangi,wanita juga selalu ingin terlihat indah dalam pandangan manusia,menyejukkan hati semua orang yang mengenalnya dan membuatkan orang tenang menyayanginya.Namun perlu di ketahui untuk menjadi spektrum warna-warni pelangi yang indah itu,pancaran cahaya matahari memerlukan pensyaratan yang khusus.Oleh sebab itu bukan setiap hujan selalu di akhiri dengan warna-warni pelangi dan tidak semua mata mampu melihatnya.

     Demikian juga untuk kelihatan indah,menyejukkan hati,dan membuatkan orang tenang pabila melihatnya.seorang wanita memerlukan pengsyaratan khusus yang sesungguhnya tidak sukar di penuhi.kerana sesungguhnya setiap syarat itu telah allah anugerahkan kepada semua wanita. Namun seringkali hanya enggan mengasah,enggan memulakan dan enggan untuk berusaha menjadikan semua syarat yang allah anugerahkan itu seolah-olah sirna.



continue..




Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Item yang bakal ke pantai cahaya.

Baby hat!