Wednesday, December 17, 2014

Tahlil hari kedua

ASSALAMUALAIKUM..

      Hari kedua tahlil abah diakan di masjid dan juga dirumah mak mertua.
Bergotong royong memasak bersama biras-biras.
Nasib baik mak punya menantu ramai. Dan boleh berkejasama di antara satu sama lain.
Segala keletihan dan kesedihan yang melanda diri dan yang yang lain taklah terasa sangat.

      Terkadang bila waktu mencuri masa ku,aku termenung seketika mengenangkan kenangan bersama arwah abah. Selama menjadi menantunya.Arwah banyak membantu aku kesana kemari.
Dia seorang yang bermurah hati dan juga seorang yang suka berpantun dua kerat.
Ada saja pantun yang mengusik jiwa di kalangan anak menantu ataupun saudara yang mengenali arwah abah. Terasa sungguh kehilangan abah. Tapi itu bukanlah mematahkan semangat untuk tidak meneruskan hidup sebagai hamba allah.

   Dan sejak dua hari ini. Kulihat perangai adik dah berubah.Mula menjadi cengeng.Pantang usik sikit menangis. Aku rasa dia rindu arwah atuk kot,
Sebab di antara ramai-ramai cucu dialah yang selalu mengingati atuk makan ubat. Setiap hari dan saban waktu.Tak payah bagitau adik. Dia tahu rutin harian dia.
Dan dia juga cucu yang paling manja dengan atuk. Marah la macamanapun dia tetap tak ambil hati.
Lagi di pujuk nya orang tu adalah.
    Waktu tengahari tu bawalah anak-anak ke kubur atuk.
Pertanyaan adik berbunyi begini "atuk kat mana?".Aku jawablah atuk kat dalam tanah.
Adik bertanya lagi"Kenapa atuk dalam tanah,dia tak nangis ke?".Pertanyaan itu kujawab dengan kelembutan untuk memberi kefahaman kepada anak-anak tentang yang hidup pasti akan mati bertemu tuhannya. "Atuk tak nangis,atuk pergi jumpa allah". Lepas tu adik diam.
Aku rasa kakak dia faham kot.Sebab masa kat hospital dia. Aku ada bagitahu kakak dan cuba jelaskan kat kakak kenapa atuk di bungkus pakai kain putih.
Agak janggal baginya untuk memahami.
Kenapa kita mesti jumpa tuhan. Itulah soalan yang sukar untuk aku mencari jawapan yang tepat.

      Walaupun kesibukkan membataskan waktu ku untuk menghapdate entri tentang abah.
Kugagahkan juga.
Aku bukan lah seorang blogger yang sangat hebat yang boleh menaip dan mencurahkan bait-bait kata yang indah sehingga mampu mengundang rasa suka,terpegun  kepada para pembaca yang singgah diblog ku ini.
Aku tidak kurangnya seperti kanak-kanak yang baru belajar bertatih untuk menjadi seorang blogger dan mempunyai teman blogger yang mampu berkongsi ilmu untuk belajar tentang dunia blogger. Berkongsi masalah suka dan duka.
   Atas rasa ingin belajar..
Biarlah aku relakan..