Friday, January 16, 2015

minggu pertama di sekolah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Kakak Dan adik first day ke tadika

  Alhamdulillah.. Pagi jumaat Ini Allah masih memberiku ruang untuk bernafas lagi..Rasanya sudah terlalu lama Aku tak menghapdate blog kesayangan Ku Ini.
Al-maklum kesibukkan dgn anak-anak Nak ke sekolah  Dan waktu yg mencemburui kita.sentiasa membataskan segalanya.
   Rasanya masih belum terlambat bagi ana utk menghapdate cerita pertama anak-anak ana ke sekolah. Sizara baru berusia 4tahun ana dah masuk kan ke sekolah Tadika.
Hari pertama di sekolah ana ingtkan dia akan menangis..sebab Kat rumah dialah tukang nangis..cengeng..manja sume Ada kt dia..tetapi sangkaan ana meleset dia lagi suka ke sekolah.Yang kelakar sekolah Tadika tu dinamakan sekolah Tadika mickey mouse.. Aduh..memang letih jugak lah melayan karenahnya.
   Kakak OK lagi jadi tak berapa nak hairan ataupun excited sangat..sebab ni tahun kedua dia Kat Tadika.. Jadi dia dah biasa dengan keadaan Tadika tersebut..Tungguhlah..tahun depan masuk darjah satu.Confirm ana pening...ha Kat sini xde makanan free sume berbayar..
   Apapun Alhamdulillah.. Minggu pertama yang menyeronokkan BG anak-anak Dan memenatkan bagi ana.Sebab Nak prepare breakfast awak pagi utk anak-anak Dan menyiapkna diri utk ke opis. 

Inilah sedikit kisah kehidupan ana Dan anak-anak di minggu pertama sekolah.


Wednesday, January 07, 2015

Homemade pizza's

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Atas permintaan Anak-anak ana.malam semalam selepas balik Dari keje terus je p beli bahan-bahan Nak buat pizza.
Ni la..first time ana buat pizza..sebelum ni hanya beli je.

Tawakkallah jadi ke takkan..tapi rupanya senang je..hehehe..
Ana Nak kongsi bahan-bahannya:-
Bahan utk doh.
Tepung gandum 2 cawan
Air segelas
Minyan zaitun 1 penutup
Yis sepeket

Utk topping pulak :-
Nak instant Dan senang..ana beli sos prego,cheese,isi ketam,sausege Kalau nak lagi sedap blh letak mayo Dan pineapple dalam tin tu..haa..korang ratakan je Kat atas doh..

Lihat hasilnya..

Selepas men doh tutupkn doh ini Dan biarkan selamat 45minit.

Ni basil selepas doh tadi kembang..

Tadaa..dah siap tinggal Nak bakar je..

Dengan rasa bangganya..cehh..pas ni Ana tak taula pulak anak-anak nak request apa. Kakak Ada request suh buat donut cm Kat big apple tu..aduss..betul-betul menguji kesabaran ummi tau..
Tapi xpela atas permintaan suami Dan anak-Anak APA salahnya berkorban Kan.lagipun dah tugas ana sebagai suri rumahtangga.
Dapat pahala..heheheh

Tuesday, January 06, 2015

Nikab vs Malu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Renungkan:-
Ada seorang lelaki tanyakan pendapat saya
tentang calon isteri yang baik.
Saya senaraikan apa yang patut. Kemudian
dia berkata:
"Saya kalau boleh nak yang pakai purdah."
Ya, perkataan macam ni memang biasa
saya dengar. Tapi ada satu benda yang
mamat ni tak faham dan saya pun tanya.
"Tuan nak isteri yang BERPURDAH ke atau
isteri yang PEMALU?"
"Maksud ustad macam mana?" Jawabnya.
"Wanita yang pakai purdah, tak semestinya
wanita tu PEMALU, tapi wanita yang
pemalu, mesti dia pakai purdah." Saya
jawab ringkas.
"Erk.... macam mana saya nak tahu pemalu
ke tak calon yang saya pilih?" Dia tanya
lagi.
"Zaman sekarang ni, ramaaaaiiiii wanita
tutup badan dengan kain, tutup muka
dengan kain pun dah semakin ramai, tapi
yang sikit ni ialah wanita yang ada sifat
MALU seperti Sayyidatina Fatimah Az-Zahra
Radiyyallahu'anha yang TIDAK MAHU
LANGSUNG DILIHAT LELAKI DAN TIDAK
MAHU MELIHAT LELAKI.
Cuba tengok keadaan sekeliling, yang
berpurdah pun masih kenakan pakaian
terang macam pink, biru muda, fuhh nampak
comel tu kan...? Ada jugak yang berpurdah
hitam semua, tapi baik punya dia shoot
gambar lepas tu upload dalam fb bagi
tengok free kat lelaki ajnabi. Model yang
tayang bodi pun at least dapat bayaran,
diorang ni yang bajet solehah pulak bagi
tengok free? Mana maruah diorang?
Perempuan hodoh sekalipun, kalau diorang
berpurdah, nampak mata saja, memang jadi
seksi.... Awak tengok rasa bernafsu tak?"
Petir dari saya.
"Err... malu nak ngaku, tapi sejujurnya
memang nampak comel sangat dan rasa
'geram' timbul dalam hati." Jawab lelaki tu.
"Jadi apa gunanya mereka berpurdah? Baik
bogel je... tengok yang berpurdah pun rasa
'geram', tengok yang berbogel pun rasa
'geram'. Sebab itu di dalam mazhab Syafie,
pendapat yang paling rajih dan muktamad
tentang purdah ialah hukumnya wajib (rujuk
kitab fathul muin, iqna' dan lain-lain).
Manakala pendapat yang daif pula
mengatakan wajib hanya jika timbul fitnah,
dan fatwa daif inilah yang digunakan secara
meluas di Malaysia pada zaman ni. Bahkan
sebahagian ulama Syafi'eyyah berpendapat,
kalau nak pakai purdah tu, pakai full tutup,
bukannya bukak-bukak separuh (niqab
separuh) nampak dahi macam di Malaysia
(di Malaysia indonesia je wujud niqab
separuh pelik tu), bahkan mereka suruh
tutup mata dan tinggal satu mata sahaja
UNTUK MELIHAT JALAN BUKANNYA UNTUK
DILIHAT MATANYA.
Tapi sebenarnya, purdah, jubah, baju, dan
semua semua tu sebenarnya TAK PERLU
PAKAI PUN kalau perempuan tu PEMALU
DAN TAK KELUAR RUMAH. Sebab hukum
tutup aurat tu hanya disyariatkan bila
wanita bertemu lelaki ajnabi. Kalau duduk
diam dalam rumah seperti isteri-isteri dan
anak Rasulullah, perlu ke mereka tutup
aurat?
Jadi tanda "solehah" seseorang wanita tu
bukan terletak pada purdah atau tidaknya
dia, tetapi terletak pada SIFAT MALU dia.
Jangan tertipu dengan munafik-munafik di
fb." Saya jawab.
"Erm.. Baru saya sedar.. rupanya ramai
perempuan yang menutup aurat, bahkan
memakai purdah tapi TAK ADA SIFAT
MALU." Jawab dia,semakin faham.
"Ya, sebab itulah saya cakap, kalau nak cari
bini, bukan cari yang berpurdah, tapi cari
yang pemalu. Sebab kalau dia pemalu, dia
confirm akan pakai purdah dan malu nak
keluar rumah. Wanita pemalu juga tak akan
melihat lelaki dan tak akan menggedik
dengan lelaki.
Tapi kalau dia tak malu, walau pun dia
pakai purdah sejuta lapis, dia tetap suka
berselfie dan tayang bodi dan diri pada
lelaki ajnabi dalam fb dan hu ha hu ha
dengan lelaki bukan mahram. Macam tu ke
perempuan yang tuan nak pilih untuk jadi
ibu kepada anak-anak tuan?" Jawapan
penggulungan dari saya.
"Alhamdulillah ustad, saya dah faham...
doakan saya dapat jumpa permata macam
yang ustad syorkan..." Jawapan akhirnya.
Note: Ajarkan anak dan isteri kalian sifat
MALU kerana itulah satu-satunya mahkota
wanita terindah yang diajar Rasulullah
tetapi dihapuskan oleh wanita zaman ini.
Wahai wanita yang berakal... Deletelah foto-
foto korang tu. Jangan kecewakan
Rasulullah lagi dan lagi. Kalian mungkin
jahil, tapi kalian bukan bodoh yang tak
boleh diajar atau belajar sesuatu. Jadi
belajarlah sesuatu dari kalam ini dan
ubahlah. Tak cukupkah kes zina harian yang
kita dengar?
Jahil: Tidak mengetahui.
Bodoh: Tak boleh berfikir.
Selfie tu tak salah, selfie lah sampai lebam.
Yang salah ialah TAYANG BODI DEKAT
LELAKI AJNABI (walaupun badan dan muka
ditutupi kain, mata laki ada xray, dia tau
saiz korang sekali pandang).
(Ustaz Ibnu Batoota)  

kisah wanita alim Dan wanita neraka

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kisah Wanita Alim dan Neraka
Diceritakan pada zaman Rasulullah, terdapat seorang wanita yang taat beribadah, tidak pernah meninggalkan puasa dan sering bangun malam untuk berqiamullail. Sampai waktunya, wanita itu meninggal dan jenazahnya diuruskan oleh para sahabat. Sepanjang urusan tesebut, sahabat berkata-kata sesama mereka “Wanita ini bakal masuk syurga kerana amalan soleh yang telah dilakukannya di sepanjang riwayat hidupnya.”
Kesimpulan daripada kisah tersebut
amalan yang kecil dan kadang-kadang kita tak sedar pun kita sedang melakukan tersebut seperti mengata orang, mengumpat, mengeji, mengadu domba dan sebagainya boleh menghapuskan amalan-amalan soleh yang kita lakukan, contoh puasa dan solat malam.
Selalu kita sering terlepas pandang dan kadangkala tak sedar bahayanya tidak menjaga lidah ini. Mengumpat bukan sekadar terzahir di mulut malah boleh juga dengan hati.
Kekuasaan Allah membina neraka
Dari Hadith Qudsi
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka JahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah stiap pokok zarqum mempunyai 70000 rantai.
11.setiap rantai diseret oleh 70000 malaikat.
Istighfar dan bertaubat lah kita semua semoga dijauhkan daripada azab neraka Allah. Tiada yang lebih menakutkan daripada ditimpa kemurkaan Allah dan dihumban ke neraka.
Wallahu'alam.  

Sunday, January 04, 2015

Penjagaan Gigi Si manja

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


sumber Google



Disini ana nak bercerita tentang penjagaan gigi anak-anak ana.
Soal kebersihan memang ana titik berat kan dalam kehidupan seharian.Walaupun sibuk berkerja.Penjagaan gigi anak  ana utamakan.
Ana akan Pastikan gigi kedua puteri kesayangan  anak bersih dan diberus tiga kali sehari.
Mesti korang tertanyakan.Macamana ana nak jaga gigi mereka.
Macamni.sebelum ana pergi kerja ana akan kejutkan kedua-duanya untuk menggosok gigi.
Mau dengan tidak ana paksa juga mereka.Heee.
Untuk waktu tengahari pulak ana akan call mak mertua tanya .
Kakak dan adik dah gosok gigi ke.
Malam sebelum tido pun macam tu.
Kadang adik membebel jugak siap cakap "ummi adik xde gigipun nak gosok ke?".
"heheheh kena gosok juga,kalau tak gigi taknak tumbuh adik". Jawabku. Dalam keterpaksaan dia gosok juga.
P/S ;- Ana akan pastikan berus gigi di ganti sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.Jagalah gigi anak-anak kita kerana gigi yang cantik lambang personaliti yang menawan.Eceh..

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Ayam Goreng Berempah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 





sumber Google



Petang ni kami agak lewat sikit untuk makan tengahari.Disebabkan dah bersarapan nasi lemak.
Jadi masih kekenyangan lagi.
selepas mencari sarapan pagi untuk suami dan anak-anak..Tetiba teringin nak makan ayam berempah.
Eh..try lah google resepinya. Ana bukan lah pandai sangat memasak masakkan semenanjung ni.
Itu pun belajar berdsarkan buku memasak ataupun sumber dari Google para blogger.
hehehehhe.

Nak dijadikan cerita selepas ana perap beberapa jam.Dalam pukul 3.00pm selepas solat  zohor tu.
Ana gorengla ayam yang dah di perap tadi.
Eh..eh..eh tak sampai lima minit pas gorengan pertama..
Tetiba ada tangan comel pulak amik ayam ni.satu demi satu di ambilnya.
siap cakap "Ummi sedaplah adik nak lagi".Wah punya bukan main pandai si kecik zara ni.
siap promot kat ayah dan kakak dia lagi.
Alih-alih ana tak sempat  nak snap gambar.Sudahnya ayam pun abis di makan macam tu je.
siap pesan lagi "Ummi nanti buat lagi ayam ni,adik suka makan".
Adeh anak ummi..suka sangat makan. Padahal resepi main campak-campak je..


Ana suka memasak bila ada orang tolong makan.
Macam zara suka makan suka komen. ^^.. 

Satu Anugerah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Dia anugerah paling berharga
.bayangan nurani dan pekerti kita
usah resah bila rasa tercabar bimbingi anakmu
dengan kasih dan sabar

pabila lemahnya hatimu
hubungkan dirimu dengan illahi
moga kau punya kekuatan
atau kasih sayang dengan maghfirahnya allah.

ketika ankmu di uji
ingatkanlah allah ada disisinya
ketika mereka di puji
ingatkan dirinya darimana asal usul kita

Dia anugerah paling berharga
bayangan nurani dan pekerti kita
usah resah bila rasa tercabar bimbingi anakmu
dengan kasih dan sabar.

Ini sifat murabbi
tampa rasa jemu dan ke ikhlasan diburu
dekatkan dirimu dengan yang maha esa
menjadi jaminan satu ketenangan.


Petikan dari buku;-Dimana dia di Hatiku.

Menjadikan suami sebagai tempat bergantung

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Selain suami ,munkin kita sendiri mempunyai masalah yang perlu di selesaikan.Oleh kerana itu
kita juga memerlukan seseorang yang bersedia mendengar dengan penuh perhatian keluhan kita pada semua masalah yang kita hadapi.
jika begitu maka jadikanlah suami kita sebagai orang pertama yang mendengar keluhan hati kita.

Pada masa ini munkin sudah menjadi trend,bahawa seorang isteri lebih merasa selesa jika mengadu pada kawan-kawan .kita seakan menemui tempat berlabuh yang tepat diluar sana semasa menghadapi badai kehidupan berumahtangga.
Mengapa perlu orang lain?
mengapa bukan suami kita yang dijadikan tempat bergantung yang pertama dalam masalah yang kita hadapi? Maka cuab kita renungkan sekali lagi.
Dengan menjadikan suami sbg orang pertama yang kita jadikan tempat mengadu maka dia akan berasa di hargai.
Kita perlu menyedari bahawa lelaki mana pun akan merasa bahagia jika wanita yang cintai memerlukannya.


RENUNG-RENUNGKAN BAHAGIA SEORANG ISTERI 
TERLETAK PADA RUMAHTANGGA YANG SAKINAH.

Saturday, January 03, 2015

DEALOVA - ONCE

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati telah letih
Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati Oh……..
Bayangmu seakan-akan …………
Reff :
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu oh………..
Kau seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi


Ziarah ke kubur arwah Abah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Gambar Hiasan



    Baru sekejap tadi ana balik dari ziarah kubur arwah abah kat damansara.
Hanya hari cuti je lah dapat pergi..Hari biasa memang ana tak berkesempatan.Di sebabkan kekangan waktu berkerja.
    Dah tiga hari kakak asyik rindu dengan arwah atuknya sampai demam.
Puas ana pujuk dia dan nasihatkan. "Kalau kakak rindu atuk,kena baca doa al-fatihah,biar atuk tenang disana". Ana tak tahulah dia faham ke tidak..
    Tadi masa kat kubur,ana suh dia baca al-fatihah alhamdulillah..Ana kata kat kakak "atuk dengar doa kakak,mesti atuk senyum". Tampa sepatah ucapan dia memerhati ana dalam keadaan sayu.
Aduh..anak sekecil nisa punya perasaan sedih dan dia mengerti yang atuk takkan hidup lagi.

   sekembali dari kubur tadi..
Ana biarkan dia ikut maksu dia. Biarlah asal dia tak sunyi. Kalau duduk dengan umi kang sedih pulak.Ummi ni dahlah kuat nangis gak mengalahkan budak kecil.





Bersuci

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 




Bersuci boleh dilakukan dua cara.
Cara pertama ialah membersihkan kotoran dengan menggunakan air bersih seperti air laut
,sungai,salji,dan air tasik. Manakala cara kedua pula ialah dengan menggunakan  sesuatu yang kering(istinjak) seperti batu,tanah,debu,kayu dan tisu.
          Secara ringkasnya bersuci bererti membersihkan diri ,pakaian dan tempat dari hadas dan najis.Bersuci daripada hadas perlu kepada mengambil wudhuk,mandi junub atau bertayamum.Manakala bersuci daripada najis pula haruslah dengan menghilangkan kotoran yang melekat pada badan,pakaian dan tempat yang di cemari.

Friday, January 02, 2015

Pergi tak kembali

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



Lirik Lagu Pergi Tak Kembali - Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Thursday, January 01, 2015

RAUDHAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

YA ALLAH
berilah aku hati yang lebih yakin
hati yang jitu
yang dapat mencintaimu

Ya Wahhab
jadikanlah aku insan yang berilmu
yang merasai makna hikmah
dengannya aku mampu mendidik diri

YaLatif..
lembutkanlah akhlakku
ajarilah aku bagaimana untuk mengasihi manusia
dengan ikhlas
taampa mengharap balasan


Ya Hannan
Kurniakanlah aku hati
yang dapat merasai keindahan iman
yang dengannya aku mendapat ketenangan

Ya Rahman
jadikanlah aku anak yang solehah
isteri yang baik
ibu yang penyayang
agar rumahtanggaku menjadi syurga didunia
serta jambatan syurga di akhirat nanti.
AMINN

LEMBARAN BARU TAHUN 2015



Sebelum jari jemari ana ini terus menaip.
Ana ingin memulakan dengan membaca surah al-fatihah..




   Surah yang penuh berkah ini..
Hari pertama di tahun baru..semoga saja hari-hari yang mendatang bisa aku teruskan dan hadapi dengan hati yang tenang untuk meneruskan kehidupan dan melangkah mencari bekalan menuju akhirat..

  Tak terasa masa begitu cepat berlalu..usia pun semakin menginjak berusia..
tahun yang berlalu mengajar kita untuk terus matang dalam menjalani kehidupan ini..

semoga tahun 2015 mampu mencekalkan,mentabahkan hati yang kerdil dan rapuh ini..