Saturday, January 03, 2015

Bersuci

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 




Bersuci boleh dilakukan dua cara.
Cara pertama ialah membersihkan kotoran dengan menggunakan air bersih seperti air laut
,sungai,salji,dan air tasik. Manakala cara kedua pula ialah dengan menggunakan  sesuatu yang kering(istinjak) seperti batu,tanah,debu,kayu dan tisu.
          Secara ringkasnya bersuci bererti membersihkan diri ,pakaian dan tempat dari hadas dan najis.Bersuci daripada hadas perlu kepada mengambil wudhuk,mandi junub atau bertayamum.Manakala bersuci daripada najis pula haruslah dengan menghilangkan kotoran yang melekat pada badan,pakaian dan tempat yang di cemari.