kisah wanita alim Dan wanita neraka

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kisah Wanita Alim dan Neraka
Diceritakan pada zaman Rasulullah, terdapat seorang wanita yang taat beribadah, tidak pernah meninggalkan puasa dan sering bangun malam untuk berqiamullail. Sampai waktunya, wanita itu meninggal dan jenazahnya diuruskan oleh para sahabat. Sepanjang urusan tesebut, sahabat berkata-kata sesama mereka “Wanita ini bakal masuk syurga kerana amalan soleh yang telah dilakukannya di sepanjang riwayat hidupnya.”
Kesimpulan daripada kisah tersebut
amalan yang kecil dan kadang-kadang kita tak sedar pun kita sedang melakukan tersebut seperti mengata orang, mengumpat, mengeji, mengadu domba dan sebagainya boleh menghapuskan amalan-amalan soleh yang kita lakukan, contoh puasa dan solat malam.
Selalu kita sering terlepas pandang dan kadangkala tak sedar bahayanya tidak menjaga lidah ini. Mengumpat bukan sekadar terzahir di mulut malah boleh juga dengan hati.
Kekuasaan Allah membina neraka
Dari Hadith Qudsi
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka JahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah stiap pokok zarqum mempunyai 70000 rantai.
11.setiap rantai diseret oleh 70000 malaikat.
Istighfar dan bertaubat lah kita semua semoga dijauhkan daripada azab neraka Allah. Tiada yang lebih menakutkan daripada ditimpa kemurkaan Allah dan dihumban ke neraka.
Wallahu'alam.  

Popular posts from this blog

cinta sejati

Item yang bakal ke pantai cahaya.

Baby hat!