Nikab vs Malu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Renungkan:-
Ada seorang lelaki tanyakan pendapat saya
tentang calon isteri yang baik.
Saya senaraikan apa yang patut. Kemudian
dia berkata:
"Saya kalau boleh nak yang pakai purdah."
Ya, perkataan macam ni memang biasa
saya dengar. Tapi ada satu benda yang
mamat ni tak faham dan saya pun tanya.
"Tuan nak isteri yang BERPURDAH ke atau
isteri yang PEMALU?"
"Maksud ustad macam mana?" Jawabnya.
"Wanita yang pakai purdah, tak semestinya
wanita tu PEMALU, tapi wanita yang
pemalu, mesti dia pakai purdah." Saya
jawab ringkas.
"Erk.... macam mana saya nak tahu pemalu
ke tak calon yang saya pilih?" Dia tanya
lagi.
"Zaman sekarang ni, ramaaaaiiiii wanita
tutup badan dengan kain, tutup muka
dengan kain pun dah semakin ramai, tapi
yang sikit ni ialah wanita yang ada sifat
MALU seperti Sayyidatina Fatimah Az-Zahra
Radiyyallahu'anha yang TIDAK MAHU
LANGSUNG DILIHAT LELAKI DAN TIDAK
MAHU MELIHAT LELAKI.
Cuba tengok keadaan sekeliling, yang
berpurdah pun masih kenakan pakaian
terang macam pink, biru muda, fuhh nampak
comel tu kan...? Ada jugak yang berpurdah
hitam semua, tapi baik punya dia shoot
gambar lepas tu upload dalam fb bagi
tengok free kat lelaki ajnabi. Model yang
tayang bodi pun at least dapat bayaran,
diorang ni yang bajet solehah pulak bagi
tengok free? Mana maruah diorang?
Perempuan hodoh sekalipun, kalau diorang
berpurdah, nampak mata saja, memang jadi
seksi.... Awak tengok rasa bernafsu tak?"
Petir dari saya.
"Err... malu nak ngaku, tapi sejujurnya
memang nampak comel sangat dan rasa
'geram' timbul dalam hati." Jawab lelaki tu.
"Jadi apa gunanya mereka berpurdah? Baik
bogel je... tengok yang berpurdah pun rasa
'geram', tengok yang berbogel pun rasa
'geram'. Sebab itu di dalam mazhab Syafie,
pendapat yang paling rajih dan muktamad
tentang purdah ialah hukumnya wajib (rujuk
kitab fathul muin, iqna' dan lain-lain).
Manakala pendapat yang daif pula
mengatakan wajib hanya jika timbul fitnah,
dan fatwa daif inilah yang digunakan secara
meluas di Malaysia pada zaman ni. Bahkan
sebahagian ulama Syafi'eyyah berpendapat,
kalau nak pakai purdah tu, pakai full tutup,
bukannya bukak-bukak separuh (niqab
separuh) nampak dahi macam di Malaysia
(di Malaysia indonesia je wujud niqab
separuh pelik tu), bahkan mereka suruh
tutup mata dan tinggal satu mata sahaja
UNTUK MELIHAT JALAN BUKANNYA UNTUK
DILIHAT MATANYA.
Tapi sebenarnya, purdah, jubah, baju, dan
semua semua tu sebenarnya TAK PERLU
PAKAI PUN kalau perempuan tu PEMALU
DAN TAK KELUAR RUMAH. Sebab hukum
tutup aurat tu hanya disyariatkan bila
wanita bertemu lelaki ajnabi. Kalau duduk
diam dalam rumah seperti isteri-isteri dan
anak Rasulullah, perlu ke mereka tutup
aurat?
Jadi tanda "solehah" seseorang wanita tu
bukan terletak pada purdah atau tidaknya
dia, tetapi terletak pada SIFAT MALU dia.
Jangan tertipu dengan munafik-munafik di
fb." Saya jawab.
"Erm.. Baru saya sedar.. rupanya ramai
perempuan yang menutup aurat, bahkan
memakai purdah tapi TAK ADA SIFAT
MALU." Jawab dia,semakin faham.
"Ya, sebab itulah saya cakap, kalau nak cari
bini, bukan cari yang berpurdah, tapi cari
yang pemalu. Sebab kalau dia pemalu, dia
confirm akan pakai purdah dan malu nak
keluar rumah. Wanita pemalu juga tak akan
melihat lelaki dan tak akan menggedik
dengan lelaki.
Tapi kalau dia tak malu, walau pun dia
pakai purdah sejuta lapis, dia tetap suka
berselfie dan tayang bodi dan diri pada
lelaki ajnabi dalam fb dan hu ha hu ha
dengan lelaki bukan mahram. Macam tu ke
perempuan yang tuan nak pilih untuk jadi
ibu kepada anak-anak tuan?" Jawapan
penggulungan dari saya.
"Alhamdulillah ustad, saya dah faham...
doakan saya dapat jumpa permata macam
yang ustad syorkan..." Jawapan akhirnya.
Note: Ajarkan anak dan isteri kalian sifat
MALU kerana itulah satu-satunya mahkota
wanita terindah yang diajar Rasulullah
tetapi dihapuskan oleh wanita zaman ini.
Wahai wanita yang berakal... Deletelah foto-
foto korang tu. Jangan kecewakan
Rasulullah lagi dan lagi. Kalian mungkin
jahil, tapi kalian bukan bodoh yang tak
boleh diajar atau belajar sesuatu. Jadi
belajarlah sesuatu dari kalam ini dan
ubahlah. Tak cukupkah kes zina harian yang
kita dengar?
Jahil: Tidak mengetahui.
Bodoh: Tak boleh berfikir.
Selfie tu tak salah, selfie lah sampai lebam.
Yang salah ialah TAYANG BODI DEKAT
LELAKI AJNABI (walaupun badan dan muka
ditutupi kain, mata laki ada xray, dia tau
saiz korang sekali pandang).
(Ustaz Ibnu Batoota)  

Popular posts from this blog

cinta sejati

Baby hat!

Item yang bakal ke pantai cahaya.