Thursday, January 01, 2015

RAUDHAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

YA ALLAH
berilah aku hati yang lebih yakin
hati yang jitu
yang dapat mencintaimu

Ya Wahhab
jadikanlah aku insan yang berilmu
yang merasai makna hikmah
dengannya aku mampu mendidik diri

YaLatif..
lembutkanlah akhlakku
ajarilah aku bagaimana untuk mengasihi manusia
dengan ikhlas
taampa mengharap balasan


Ya Hannan
Kurniakanlah aku hati
yang dapat merasai keindahan iman
yang dengannya aku mendapat ketenangan

Ya Rahman
jadikanlah aku anak yang solehah
isteri yang baik
ibu yang penyayang
agar rumahtanggaku menjadi syurga didunia
serta jambatan syurga di akhirat nanti.
AMINN