Saturday, January 03, 2015

Ziarah ke kubur arwah Abah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Gambar Hiasan



    Baru sekejap tadi ana balik dari ziarah kubur arwah abah kat damansara.
Hanya hari cuti je lah dapat pergi..Hari biasa memang ana tak berkesempatan.Di sebabkan kekangan waktu berkerja.
    Dah tiga hari kakak asyik rindu dengan arwah atuknya sampai demam.
Puas ana pujuk dia dan nasihatkan. "Kalau kakak rindu atuk,kena baca doa al-fatihah,biar atuk tenang disana". Ana tak tahulah dia faham ke tidak..
    Tadi masa kat kubur,ana suh dia baca al-fatihah alhamdulillah..Ana kata kat kakak "atuk dengar doa kakak,mesti atuk senyum". Tampa sepatah ucapan dia memerhati ana dalam keadaan sayu.
Aduh..anak sekecil nisa punya perasaan sedih dan dia mengerti yang atuk takkan hidup lagi.

   sekembali dari kubur tadi..
Ana biarkan dia ikut maksu dia. Biarlah asal dia tak sunyi. Kalau duduk dengan umi kang sedih pulak.Ummi ni dahlah kuat nangis gak mengalahkan budak kecil.