Saturday, February 28, 2015

usrah di surau al-muhajirin

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah.. Bersyukur atas kurniaan yang diberikan olehnya..
Kerana dia masih memberikan waktu utk aku menghadirkan diri ke taman-taman syurganya.

Semalam balik Dr kerja kerja..
Aku bergegas cepat balik rumah..sbb nak p usrah kat surau berdekatan rumah ni.
Yalah..kalau aku tak boleh hadirkan dari diri time maghrib..aku boleh try hadirkan diri waktu Isyak.
Hanya pas ni aku dah berhenti kerja..kenalah setiap hari aku hadirkan diri kesurau kecuali bendera Jepun..seronoknya ke surau ni niat kerana Allah satu,kedua seronok berjemaah dengan makcik-makcik kat surau. dan dalam masa yang sama boleh menimba ilmu jika ada majlis agama sebegini.
Usrah diadakan sebulan sekali..
Korang nak tau usrah ni sangat lah Best..sebelum ni kita dengar je artis buat usrah.Tapi yang ni kita alami sendiri.

Usrah ni bermaksud kekeluargaan..kita berkumpul beramai-ramai dan saling memberi pandangan pada kemusykilan dalam kehidupan seharian kita. Dan bertanya dekat ustazah pasal kemusykilan yang kita hadapi..




Friday, February 27, 2015

Hari Jumaat terakhir feb 2015

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Hari jumaat yang cukup indah dan penuh keberkatan.
semoga allah merahmati kita di hari-hari yang mendatang.
Sungguh aku terkesan dengan hari jumaat.
Bukan sebab apa setiap hari jumaat aku selalu berjalan kat ampang park dengan kawan-kawan.
melalui laluan pejalan kaki kat tabung haji.sebelum sampai ke ampang park.
aku dan kawan-kawan akan singgah di PNB menikmati nasi ayam meletopss yang memang femes kat
PNB ini.
serius..seminggu ni aku direct makan ayam kunyit tampa rasa jemu.
sebab ini adalah jumaat terakhir ku berkerja kat astro dan menikmati makanan kat sini..hihihii.


selepas ini aku akan menghabiskan masa aku menjadi house wife pulak.
masak dan buat activiti rumah..
Tiada makan kat luar dah,..hahahah.

korang tau tak..sebenarnya aku pun sedih gak..
tak dapat jumpa kawan-kawan lagi..bergurau..bersembang..bershopping.
hahahaha.
Namun apa pun aku sentiasa akan keep in touch with them.

Lagi-lagi kawan aku effa..
yang boleh di katakan sorang yang pendiam..
lagilah dia xde kawan..
hurm..xpelah..rezeki allah ada kat mana-mana.
jika umur panjang murah rezeki pasti kita akan berjumpa lagi..


Teringin nak makan Roti jala

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber google



Hurm..sejak akhir-akhir ni entah kenapa
tetiba pulak aku teringin nak makan roti jala dengan kuah kari.
aku try cuba guna encik google search nak cari resepi roti jala yang sedap ni..
hurm..kalau nampak sangatlah sedap..

Tapi apapun meh kita try cuba buat esok kan hari sabtu.
hehehe

kat sini aku nak share resepi



Bahan2 Roti Jala
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 ½ cawan air
  • 1 biji telur
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
  • 1 sudu kecil rata garam
  • sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)
Cara2nya
  1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
  2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
  3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
  4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
  5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
  6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
  7. Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda.
Bahan2 Kari Ayam
  • 1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
  • 3 biji kentang ~ didadu kasar
  • 1 ulas bawang putih*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 1 cm halia*
  • (tumbuk halus bahan2 bertanda*)
  • 4 sudu besar rempah kari ayam#
  • 2 sudu kecil serbuk cili#
  • sikit saja air asam jawa#
  • (campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)
  • 1 kotak santan segera/secukupnya santan
  • air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
  • sikit minyak
  • garam & perasa secukupnya
Cara2
  1. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk & bahan campuran rempah. Kacau2 & biar hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.
  3. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja kegemaran anda.
 



Thursday, February 26, 2015

seronoknya dapat makan Pizza

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah..Anak-anak dapat makan pizza 🍕 Delivery..tak Sempat bawa makan kata kedai..delivery pun jadilah.
Seronok tengok dorang lebih-lebih lagi adik yang memang sukakan pizza..

Wednesday, February 25, 2015

AMAL IBADAH KARENA CINTA ALLAH KEPADA KITA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sahabat dikasihi,
Kita tidak perlu menjadi seseorang yang ada kelulusan Phd atau Master, kita tidak perlu menjadi cantik atau kacak, kita tidak perlu menjadi seorang yang wajib kaya raya dan perlu ada kereta lamborghini untuk menjadi seorang hamba yang beriman dan melakukan setiap satu pekerjaan di dunia ini kerana Allah Ta’ala.
Cukuplah kita ada hati. Hati yang merendah kepada ALLAH SWT.
Betullah, kadang-kadang harta kekayaan yang ada di dunia hanya akan memberatkan lambung untuk beribadah. Namun sesekali, Islam bukanlah agama yang sangat kolot atau miskin sehingga mengharamkan penganutnya untuk menjadi kaya. Tetapi, manusia itulah sendiri yang sebenarnya perlu memandu setiap apa yang ada di dunia dengan sebaik-baiknya dan memastikan diri masih dilandasan yang Allah redha.
Hati sayu mengenangkan kisah Abdul Rahman bin Auf, seorang sahabat baginda yang setia dan kaya raya. Sanggup menginfakkan hampir keseluruhan hartanya di jalan Allah. Katanya, dia tidak mahu dirinya diberatkan dengan persoalan mengenai hartanya yang ada dihadapan Allah Ta’ala nanti. Peribadi yang sangat awesome, sungguh !
Hidup di dunia ini, kalaupun seluruh manusia menyanjung tinggi terhadap kita, tetapi kalau Allah Ta’ala tidak redha, maka akan ada kekosongan yang terbesar sekali dalam kehidupan kita. Hidup kita tidak akan bererti apa-apa pun.
Solusinya? Semuanya hendaklah berpaksikan ALLAH SWT.
JANGAN TERPEDAYA DENGAN DUNIA.
Dunia ini dihiasi dengan keindahan. Antara keindahannya adalah manusia itu sendiri. Ada orang, sanggup berhabis-habisan atau dalam erti kata lain, sanggup pulun habis untuk menarik perhatian manusia lainnya. Biar diirinya dikenali sebagai orang-orang yang baik walaupun hanya di alam maya. Bagi dirinya, cukuplah dia dikenali di alam maya sebagai seorang yang baik walaupun pada hakikatnya, dirinya tidaklah sebaik seperti apa yang dipertontonkan di alam maya. Sesuatu yang sukar difahami, bukan?
Mahukan perhatian manusia untuk tenang dalam kehidupan? Astaghfirullah.
Maka perlu kita ketahui, ketenangan itu adalah anugerah dan milik ALLAH. Ketenangan hanya akan diperolehi apabila kita dekat kepada pemberi ketenangan, pemilik kepada ketenangan. Maka kalau ada yang bertanya, bagaimana pula dengan orang yang tenang dalam kemaksiatan dan kepura-puraan? Maka percayalah, mereka sebenarnya sedang menipu diri sendiri. Walhal jiwa mereka itu sedang menderita.
“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut : ayat 64)
Dunia ini hanyalah dunia. Kebendaan dan nama akan ditinggalkan, tidak akan ada ertinya. Yang hanya akan berterusan dan membuahkan pahala hanyalah manfaatnya. Manfaat yang digunakan di jalan-jalan yang Allah Ta’ala redha dan suka.
“Hai manusia ! apakah yang telah memperdayakan kamu (dengan berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadiaan kamu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki. Dialah yang menyusun tubuhmu.” (Surah al-Infithar: ayat 6-8)
Bersihkan hati kita daripada pujian manusia atau kawan.
 tujuan kita adalah allah s w t , Inshallah...Semoga ALLAH merahmati....Aamiin Ya ALLAH.
Wassalam.

"THE HEAT IS BACK&IT'S ALARMING"

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم