Posts

Showing posts from March, 2015

Ceramah Dhuha-Ibu Maafkan aku !

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Alhamdulillah ! pada pagi ini kita bertemu lagi kali ini ceramah waktu dhuha bersama dengan ustazah nurul hidayah yang di adakan di surau al-islah. pjs 1 bertempat di taman sri manja off jalan klang lama. Menariknya pada tajuk kali ini membicarakan tentang topik IBU,MAAFKAN AKU! Cara penyampaian yang bersahaja kadangkala menggugat emosi kita sebagai anak dan ibu. Antara tanggung jawab sebagai isteri anak dan ibu terhadap anal-anak kita.Yang mana lebih utama. Sudah tentulah ibu didahulukan.kerana ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan melahirkan kita,membelai kita dengan penuh kasih sayang. Jika tak ada ibu kita takkan merasa kasih sayang. Serius ibu adalah yang pertama di dalam hati kita.Kerana kita juga adalah seorang ibu. Tidak banyak yang ingin aku kupaskan tapi cukuplah kita tahu yang ibu adalah insan pertama yang bertahta di hati selepas allah dan rasul. Oleh itu hargailah ibu kita selagi masih ada.

Baker Bersama abang brian master chef !

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Pada tarikh yang di janjikan 26.03.2015 hari jumaat malam sabtu  tu saya bersama  biras2 ke YOUNG CHEFF ACADEMY dekat desa sri hartamas yang di miliki sepenuhnya oleh Abang brian dari masterchef astro. Kat sini kami belajar membuat cookies saja di sebabkan baking ini  adalah percuma. So hanya satu cara saja yang di ajar oleh abang brian. Korang nak tau abang brian is very happening patutlah dia buka academy ni khas untuk kanak-kanak yang berumur 3-12 tahun . sangat menarik sekali..lain kali aku boleh hantar anak-anak dara aku ke class membaking kat sini ni. Mesti dorang teruja. me and my biras2 Me and abang brian Sebelum balik sempat juga pose jap kat reception ni. sorry ye..saya tak sempat naks nap pic cookies yang kita org buat ritu..

Nak anak lagi!

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nak anak lagi ! dalam tanyalah ustazah mengupas tentang isu-isu merancang keluarga yang sangat menarik bagi kita kaum hawa yang bergelar isteri. Cara bagaimana hendak menggunakan perancangan kehamilan,sedia atau tidak menerima kehamilan. sangat bermanfaat bagi saya. Bukan kita menolak rezeki yang allah bagi tapi sekurangnya biarlah kita dalam keadaan bersedia menerima kehadiran orang baru dalam hidup kita. Bukan ke anak itu adalah amanh dari allah s w  t . Sekiranya kita tak bersedia menerima orang baru dan tak merancang ..tup..tup mengandung lagi Kasihan kat baby kita. Aku dengar doktor ni cakap merancang kehamilan bukanlah sesuatu yang haram.Bila suami juga bersetuju atas sebab-sebab tertentu. Tapi ada sesetengah orang kata haram. Menolak rezeki allah. Dah kalau tiap tahun beranak pastu anak pun tak terjaga macamana lagi bukan kah kita menyusahkan diri sendiri dengan kesihatan yang tak menentu Bukan kah itu mengabaikan amanah

Bento 26.03.2015

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Bekal bento anak-anak ke sekolah semalam tak berkesempatan nak update kat blog. Fried rice teddy and sotong terdampar (sausage). Sibuklah sangat kan ,...bukan apa sejak dari semalam sibuk dok mencari barang dapur untuk sebulan dua ni. Al- Maklum lah dah nak GST ni banyak benda nak kena restock balik. Makanan untuk freezer bagi anak-anak bawa ke sekolah.

Apa yang aku buat ni!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Setiap hari rutin harianku camnilah bangun seawal lima pagi untuk menyiapkan sarapan dan bekal suami dan anak-anak hantar dan amik anak balik dari sekolah. Pastu sediakan makan tengahari. Kadang bukan nak merungut jadi suri rumah ni. Terfikir kenapa tak lama dulu aku berhenti kerja dan mengabdikan diri untuk menjadi suri rumah tangga. Kan ke banyak dapat pahala. Belipat ganda yang allah berikan pada kita. Yelah kadang-kala kehidupan kita tak pernah rasa cukup dengan ekonomi yang makin menjadi-jadi.Harga barang makin naik.tapi gaji tak naik-naik. sekarang ni kecoh pasal GST ! Hurm aku tak tahulah nak kabo camane??? Ada sesetengah alim ulama berpendapat gst haram hukumnya. Bab ni aku tak arif sangatlah.. Apa yang aku niat biarlah aku berkerja tampa gaji untuk suami dan anak-anak menguruskan mereka. Aku inginkan pahala menuju akhirat. Sekurang-kurangnya tak lah aku sama hanyut dengan arus kehidupan. Memanglah nak cakap tak cukup.

Kampung Bangau-Bangau semporna terbakar !

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم sumber metro Semporna: Lebih 3,000 penduduk di kawasan setinggan Kampung Bangau-Bangau, di sini, tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Dianggarkan lebih 500 rumah terbakar dalam kejadian 2 pagi di perkampungan atas air itu, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.02 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian. "Anggaran awal lebih 500 buah rumah musnah terbakar dan kebakaran kini dapat dikawal. “Anggota bomba mengalami masalah bekalan air dan terpaksa menggunakan bot awam untuk mendapatkan air laut," katanya ketika dihubungi, pagi ini. Laporan dari harian metro. Teringat masa kecik-kecik dulu..masa tu duk rumah setinggan lagi..Rumah dahlah rapat-rapat. Habis sume di jilat api time tu nama kampung BDC terle

Majlis perkahwinan Nabil dan Farhana

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Pada tarikh 22.03.2015 Majlis perkahwinan anak kak ina di adakan di flat taman sri manja dengan gilang gemilangnya.Mana taknyeh siap berarak di bawah pedang giteww..Class sekali !Aku tak mau melepaskan peluang berlalu begitu saja. Bertuah badan dapat diarak di bawah pedang dengan penuh kesopanan. Alhamdulillah tahniah juga kami ucapkan kepada nabil dan isteri kerana telah sah menjadi suami isteri yang sah.semoga sentiasa dalam limpahan kurnianya dan mendapat anak-anak yang comel giteww. sebahagian gambar yang dapat aku rakam kan semasa majlis diadakan persatuan penanggah taman sri manja. Bestkan kalau selalu ada majlis cam ni kita dapat berkerjasama dan bergotong royong.. Menjayakan majlis di samping mampu mengeratkan sirahtul rahim yang terjalin.

Bento 23.03.2015

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Petang ni baru dapat update kat blog pagi isnin ni anak-anak bawa bekal sausage cheese goreng. Bukan main suka lagi anak-anak siap suh buat lagi esok nak bawa g sekolah. hahahaha.. Esok kita tukar menu lain pula tak boleh bawa benda yang sama.. Ti ayah nak berfest pun boring asyik benda yang sama je buat. kita buat menu lain ye nak.. hehehehe

Fenomena Ekuinoks -Kosmo

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Pagi ni terbaca Kosmo online mengenai fenomena Ekuinoks yang akan berlaku dalam beberapa jam lagi. 20/03/2015 9:45pm KUALA LUMPUR - Seluruh dunia akan mengalami fenomena Ekuinoks yang berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa bermula tengah hari esok. Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd. Zamri Shah Mansor berkata, fenomena itu berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa untuk mengubah kedudukannya dari hemisfera Selatan Bumi ke hemisfera Utara setelah enam bulan berada di hemisfera Selatan. "Ketika ia berlaku, mereka yang berada di atas atau berdekatan dengan garisan Khatulistiwa terutamanya di kawasan Pontianak, Indonesia akan mendapati matahari berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari, bergantung kepada waktu tempatan masing-masing. "Ketika matahari tegak di langit, orang ramai tidak dapat melihat bayang-bayang mereka seperti kebiasaan," katanya pada sidang

Bila Mata Tak nak tidur !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Aku pelik dengan mata sendiri ni dahlah bangun awal tido pulak lambat. Taknak pulak tido siang ada saja keje nak di buat. Badan aku dah naik letih dah asyik buat kerja kat rumah ni. Super womanlah katakn aduh... Tidurlah wahai mata esok banyak lagi kerja yang menanti. Bagilah rehat kan badan dan otak ni. Jma dudah menghampri pukul 1 pagi tapi masih juga segar. Nasiblah cuti sekolah kalau tak..alamatnya..!!! Sendiri mahu ingatlah..

Puas !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Alhamdulillah! dah tiga hari juga lah aku mencari template utk blog aku ni. Maklum lah aku bukan terer sangat pasal nak tukar template ni. namun aku berjaya juga akhirnya.Walaupun tak cantik !! Tak berapa cantik sangat sekurang-kurangnya aku puas dengan hasil tangan sendiri aku mampu menukarnya yeayy. kenapa aku pilih cup cake sebagai template ?? Sebab aku dan anak-anak suka makan cupcakes. hehehe.

Blog Under Renovation !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Sudah dua hari ini aku sibuk mencari template yang menarik untuk blogku ni. Namun tiada satu pun yang berkenan di hati. Rasanya aku dah bosan dengan template lama. Rasa sayang nak tukar sebenarnya tau..Kerana template  itu adalah hasil tangan dari mawar aku sangat sayangkannya. Disebabkan dari template itulah aku banyak belajar cara berblog. Maaf ye,. Aku terpaksa mencuba template yang baru untuk aku kembali berblog dengan semangat !. Entah lah ke aku cepat bosan..hahahaha Singgah kat blog kengkawan yang lain..sume comel-comel belaka.. Nak juga lagi comel. Semoga theme n tempalate ini mampu meberangsangkan untuk aku kembali berblog semula.

Berdoalah !

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم BERDOALAH ! 

CHOCOLATE CHEESE BLUEBERRY

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Alhamdulillah !siap juga akhirnya chocolate cheese blueberry yang aku janjikan kat anak-anak pagi tadi. selesai meletakkannya ke dalam bekas.Tinggal nak sejuk bekukan kan freeze. Rasanya tak sampai sejam aku sejuk bekukan. Anak-anak aku tak duduk diam nak makan juga.sudahnya aku bagi lah. Sorang satu. Yang letak tooping blueberry to mostly sedap sangat. alhamdulillah !.Yang xde topping tu pun tidak kurang hebatnya.Habis jugaklah dok dimakan oleh anak-anak. Wah1 lepas ni boleh lah aku membaking saja,,,hahahahah.

Bersabarlah !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  sabar adalah sifat yang amat terpuji.Bersabar dari melakukan maksiat dan bersabar dalam melakukan ketaatan.Orang yang sabar akan di balas pahala dan kenikmatan syurga. sifat zuhud terhadap dunia adalh amat penting .Sifat ini akan menyebabkan manusia tidak tamak terhadap dunia. mengingati akhirat akan menyebabkan hati kemanusiaan akan menjadi tenang.Apabila hati mengingati akhirat,manusia cenderung untuk bersedia menghadapiya dengan mebuat pelbagai amal ibadah.

Cuti sekolah !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Cuti sekolah ni tak tahu nak bawa anak-anak pergi kemana? ayah mereka pun xde cuti..maklumlah nak GST ni,kena clear kan sume barang yang lama. akupun asyik masak je kat rumah..Duk pening-pening layan karenah budak dua orang ni.. Ada saja keje nak di buat. Takpelh anak korang duk je kat umah teman ummi kita main masak-masak ye..hehehe SERONOK MASAK SEBAB ADA ORANG TOLONG MAKAN DAN KOMEN :)

Maafkan ku!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Aku bukanlah sebijak dan seterror belog lain. Yang pandai membuat entri,bercerita ttg kehidupan. Aku juga baru belajar tentang cara nak berblog kerana seronok berkongsi cerita.. sekiranya selama aku berada dalam dunia blog ni banyak mengguris hati dan perasaan orang lain. Maafkanku kerana aku tidak sempurna.. Aku cuba untuk menjadi yang terbaik.. namun siapalah aku hanya insan ynag tak sempurna Dalam dunia berblog ni banyak yang aku pelajari. Terima kasih semua.. Tiada ungkapan yang mampu aku luahkan.. sayang semua !

Jagung kukus berkeju

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Ha..sejak dah tak berkerja ni..asyik makan je kerja. Dahtu rajin pulak masak hehehe seronok sebenarnya dapat memasak untuk keluarga. Lagi seronok ada org tolong makan dan tolong komen. Hari ni anak-anak request jagung kukus. Aku suka letak chessdale sebab apa masih ada rasa susu. Kalau letak yg cheese tabur tu xberapa sangat. Resepinye senang je cam yang jual kat pasar malam tu. jagung kukus susu pekat cheese. cubalah!

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  As-Salam [Sila Klik Banner Diatas If Nak Join] Hadiah : RM50 Cash x 10 pemenang Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015 Giveaway Cash RM500 201 5 by  Emas Putih  ni disponser oleh  E mas Putih   ,  Zul Azizi  ,  Typical Mommy ,  Syira Lokman  ,  Cik Imm  ,  Syiera  ,  Budak Sepet ,  Yaya Natsumi  ,  Azaniss  ,  Fuza Musa  

Syukur andainya kita boleh bersyukur

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Sepatutnya ribuan ekor cicak berhimpun membuat bantahan dengan luapan emosi yang tidak dapat di bendung. masing-masing ikat kepala alah ramboo.ditangan mereka sepanduk yang tertulis  dengan cat sembur berwarna jelas. Jeritan bersimponggang memenuhi lorong-lorong dan jalan utama. berdozen-dozen polis simpanan terpaksa di kerah mengawal keadaan,apa yang pasti trak-trak membawa pergi ekor-ekor cicak  yang mudah putus akibat terpijak dan bersesak sesama sendiri. "kami mahu keadilan" "kami mahu keadilan !" Itulah laungan sejak tadi.Dipentas  utama menggunakan pembesar suara mudah alih ucapan ketua umum mula berkumandang bersahutan,tepukan dan pekikan  luahan rasa. "kita mahu keadilan paa hari ini.Bagaimana munkin cicak yang hidup merayap boleh  meneruskan hidup sedangkan semua makanan kita ialah serangga yang punya sayap.Ini tidak adil!" Jerit ketua umum cicak memuntahkan emosi membakar seluruh lorong d

18 Kelebihan solat tahajjud

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal. Doa dimakbulkan allah. memperolehi ketenangan jiwa Merasai diri hampir kepada allah SWT. Diberikan keistimewaan oleh allah SWT Memperolehi  pertolongan dan rahmat allah. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan Mencegah dosa dan menghindari penyakit Menjadi lebih disiplin dalam melakukan tugas Allah SWT  memudahkan menerima ilmu yang di pelajari Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yg lalai. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan. Orang yang bertahajjud menjadi kesayangan allah. Diberi keistimewaan yang orang lain yang tidak diperolehi. Mendapat kemuliaan allah swt  di dunia dan akhirat. meninggikan martabat seorang hamba disisi allah azza wa jalla. memudahkan hisab di akhirat dan melintasi titian siratal mustakim.

Buat Suami Tercinta !

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم peringatan buat para suami..hehehe.. Jangan suka sepah-sepahkan rumah

Lawatan ke rumah warga emas seri kenangan

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Alhamdulillah letih juga ye berjalan satu hari ni.Tapi seronok sebab dapat menambah pahala dan ilmu pengetahuan tentang kehidupan  sekeliling kita. Almaklumlah aku dah tak berkerja kan.Ada masa aku suka join aktiviti yang berfaedah camni. Bersama dengan jiran tetangga yang hadir ke rumah orang tua seri kenangan kat cheras. Ketika aku berada di sini bersama penghuni-penghuni yang seramai 230 orang.aku berasa sangat kerdil sekali..Kami saling bertanya khabar dan bersarapan bersama.Alangkah gembiranya mereka.saat kami hadir ke tempat mereka. dan saat mendengar taklimat daripada seorang kakitangan yang membimbing kami.Betapa sedih rasa hati ini.Kerana terlalu ramai anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah warga emas. atas alasan "xboleh nak jaga sebab berkerja ". Kalau kita fikir secara logik akal.mak ayah kita sanggup menjaga kita yang seramai 10 orang takkan mak dengan ayah yang hanya ada dua org tu, kita s

Bento Kakak n adik

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Haa.alhamdulillah dpt juga Aku menyiapkan sarapan utk Kakak n adik pagi tadi. Simple saja roti teddy+kismis+kek lapis Sarawak.

makaroni ayam cheese ummi

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Seawal jam 6pagi Aku sudah bersiap-siap menyediakan sarapan untuk suami Dan anak-anak sebelum Aku ke program seterusnya.. Makaroni ayam cheese Ummi Resepi ni main campak-campak je.. Meh Saya kongsikan bahan-bahannya:- Makaroni (dah di rebus) Cheese dar 2 keping Bawang merah/Putih 3 ulas Preggo cendawan Minyan utk menggoreng Dan sedikit perasa.. Ha pas tu goreng jelah cm goreng mse.. Resepi sangat sedap sekali Aku masak suami request lg suh masak. Hehhehe Hari ni penuh dengan aktiviti.. Takut tak sempat je Aku  menyiapkan yang mana perlu saja .balik nanti boleh sambung buat keje rumah yang xpernah habis. Aktiviti hari ni ke rumah orang tua,Anak yatim kemudian ke kilang cake lapis Sarawak di Batu caves. OK t Aku update lagi ya Nak gerak dulu

Bahaya Riba

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Semalam aku ada mendengar kuliyyah malam jumaat berkenaan dengan riba. permasalahannya di sini. Contoh Jika ASB di haramkan memakan dividen/Bonus yang ditawarkan sangat tinggi. Kenapa diantara kita yang masih ramai menabung atau masih menyimpan kat ASB. Terkadang permasalahan ini membuat kan otak kita ligat berfikir. Apa yang saya dapat tahu di kelantan,pahang,terengganu ASB tak diharamkan. Sebab kenapa aku pun tak pasti. Kita akan bertanya lagi dengan yang lebih arif.. Konfuse aku !

Antara kaedah bercinta lagi

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Berdoa kepada allah supaya mengilhamkan kata-kata yang baik dan menarik semasa atau untuk memulakan perbualan. menerima dan berkongdi hobi dengan pasangan ulas apa yang anda dengar,lihat atau baca dengan pasangan serta kaitkan dengan situaasi terkini dalam rumahtangga. sekali-sekala masak bersama resepi kesukaan jangan prasangka dan curiga,sebaliknya selalulah memaafkn,selagi pasangan tidak melanggar syariat. Amalkan peraturan 24 jam.Jangan biarkan gencatan suara melebihi 24 jam. tempoh-tempoh yang di rasakan sukar dalam perhubungan hendaklah diisi dengan amalan hablumminallah seperti solat,munajat dan taubat.Jangan selesaikan masalah dengan menambah satu masalah lain

Bento hari jumaat

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم pepagi tadi aku tak sempat nak update bento bekal anak-anak kat blog. yelah lepas pepagi sibuk kat dapur,siapkan mereka ke sekolah.Pastu nak basuh kain lagi nak kemas apa yang patut. Letih jugaklah..memasak untuk anak-anak balik sekolah nak makan tengahari. Ni pas amik balik dari sekolah..bagi anak-anak makan baru dapat buka laptop kejap.. BENTO HARI INI HANYA KUEY TEOW +NUGGET+PUDDING. ALHAMDULILLAH

Bento hari ini

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Alhamdulillah...pagi ni bento yang sempat aku buat meehon singapore nugget dan juga kismis coklat. anak-anak dara aku sekarang ni sume suka makan bila aku buat bento cam ni.. even,makan tengah hari pun siap request nasi mickey mouse.. heheehehhe.. Hati rasa puas bila mereka habiskan makanan yang aku siapkan untuk dorang..

Seronoknya jadi suri rumah

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Alhamdulillah..berkat dengan sokongan dan doa kepada yang maha esa. Akhirnya aku sebulat suara menjadi suri rumah tangga di samping itu menjalankan perniagaan secara online. Mesti ramai yang tertanya kenapa aku berhenti berkerja sedang kerjaya yang aku ada kira berjawatan jugaklah..tapi xdelah tinggi mana pun>(hehehehe). Dan mesti tidak kurang juga yang mengata..cukup ke dengan mengharap duit suami kalau tak berkerja sendiri? Senang je jawapan aku "Kita kena percaya Rezeki allah ada di mana-mana dan sangat luas,kenapa kita mesti mempertikaikan rezeki cukup ke tak?,sedang rezeki masing-masing allah dah aturkan sejak azali lagi.Jadi kenapa mesti ragu untuk membuat keputusan,asal tak berhutang keliling pinggang insyallah semua akan mencukupi". Rasanya aku dah puas berkerja dengan company.nak merasa jugak jadi suri rumah tangga. serius aku cakap menjadi suri rumah tangga kena perlukan mental yang kuat.sebab kerja rumah t

Hari terakhir di ASTRO

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Ari ni aku menghabiskan masa menyetelkan benda yang patut aku settlekan macam astro sebelum ni under employee pas ni kena tukar kepada regular before leave office..hukhukhuk..sedih jangan cakaplah.. Mesti aku rindu kat kengkawan aku pas ni.Tapi apakan daya ni dah keputusan yang aku buta..Banyakbenda aku belajar tentang astro selama berkerja kat sini.. Pahit manis gaduh dengan kengkawan seopis sudah menjadi lumrah kat opis.. Petang ni aku kena balik 3pm..sebab hati dah malas nak tolong buat keje lagi. Hehehe esok bermula lah episode aku menjadi suri rumah selama dua minggu sebelum raedy untuk berniaga.. Risiko juga yang aku ambil ni..berani berhenti kerja pas tu nak berniaga dan menjadi house wife sepenuhnya. Semoga apa yang aku rancangkan ini di permudahkan dan mendapat keredhaan dari-nya. Sekurang-kurang aku banyak amsa dekta rumah dan boleh menghabiskan masa p surau. Aku teringin sangat nak hari-hari p surau..Tapi

Mini Giveaway by Hani Rahman

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Syarat-syarat :- 1. Follow blog  Kisah Hidup Ku  &  Jom Bercontest 2. Add FB  Hani Rahman   & G+  Hani Fadhlina Abdul Rahman 3. Buat entry, buh banner kat atas tu & backlink ke entry nie ... 4. Tinggal kan link entry korang kat entry nie jer ... Hadiah :- Top up  RM10 × 2 Review blog/produk × 3 * Khidmat random.org akan digunakan ... * Senarai peserta akan diupdate ... Mari ler ramai-ramai memeriahkan suasana ...  Caranya mudah sahaja ...  Jangan lupa singgah jalan-jalan kat  SiNi  & Join contest kat  SiNi

CPUV DARI NUFFNANG !

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Alhamdulillah..walaupun baru sebulan dua join nuffnang..ni first time dapat CPUV dari nuffnang.walaupun ianya taklah seberapa tapi meningkat kan semangat dan memberiku keyakinan utk terus berblog..terima kasih nuffnang..

Suamiku Encik Perfect 10.

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Haa baru lepas layan SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 kat astro best. Cerita yang di adaptasi dari sebuah novel. Khabarnya masa citer ni kuar kat pawagam meletup-letup. Firstly,saya tak berapa faham sangat jalan ceritanya.Bila saya hayati..oh sedih juga. sangat sweet suami ku encik perfect 10.. Tapi korang nak tahu aku nak tengok citer ni kena berebut dengan anak-anak. yang lain nak tengok big hero 6 itupun dah berapa kali suscribe kat astro best. Bagilah ummi pulak layan citer ummi..huhuhu. Ada saja peel yang dorang buat kat depan mata aku time aku tengah layan citer tadi. Ha sekarang dah habis citer ummi..korang layan lah citer korang balik.. ummi nak layan blog..hehehehe.

Hati yang terluka

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Pada saat begini, masa yang aku rasakan sunyi ini,  aku sering isikan dgn kenangan dulu yang pernah menerjah jiwa dan minda aku. Ia sering kali tak pernah pergi walaupun aku puas menghalau nya,  ia datang saat aku bersendiri,biarlah dia datang menemani aku , mungkin dari perspektif negatif ia jahat, tapi biarlah aku putarkan untuk ke arah positif pula, ia sudah cukup baik dan berguna sebagai panduan jalan selamat menuju perjalanan berliku yang bakal aku hadapi nanti, itu pasti aku akan ingat dan akan kuat ku semat dalam jiwa dan mindaku. Setiap yang datang mungkin kita rasakan itu bebanan, tapi jika kita selongkarkan, kita pasti terjumpa hikmah disebaliknya..Seringkali aku cuba menipu hati ini untuk terus bahagia dan tertawa sendiri, melangkah dengan penuh semangat untuk terus hidup di bumi Allah ini, cuba sedaya upaya lari dari masalah yang terus membelenggu saban hari. Pada saat aku memerlukan, ia terus hilang, a

Penyebab isteri masuk neraka

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم tadi aku terbaca satu buah buku cerita  penyebab wanita masuk neraka, aku terkesan untuk berkongsi dengan rakan seperjuangan ciri-ciri golongan wanita tersebut ;- Tidak suka mengerjakan solat suka bercakap bohong pada suami suka berhias untuk selain suami Tidak mensyukuri nikmat kesenangan  yang di berikan oleh  suami suak mencari mush. tidak menghormati suami sombong terhadap musuh dan jiran. tidak takut kepaa allah walau sedikit pun tidak mahu mengaku salah walaupun melakukan kesalahan tidak mahu minta maaf kepada suami tidak mahu menerima nasihat dan teguran, degil dan keras kepala merasakn diri lagi baik dari org lain suka berfoya-foya malas melakukan perkara kebaikkan suka memandang rendah kepada orang lain. derhaka atau selalu menyanggah dan menyakiti hati ibu bapa mertua. menjadi punca sebab kenapa suami derhaka kepada ibu bapanya. tidak mahu melakukan sebarang perkerjaan kecuali berrehat dan bersennag-senang

Meraih cinta-mu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  ya allah ya tuhan ku aku berlindung daripadamu dari pada ilmu yang tak di amalkan aku berlindung kepada mu daripada ilmu untuk kemegahan jadikanlah ilmuku boleh memimpin diriku dan orang lain. Ya Allah ya tuhanku aku mohon kepada mu jiwa yang tenang lagi tenteram yang percaya pada pertemuan denganmu dan redha atas segala keputusanmu. usahlah kau palingkan hatiku setelah kau tunjuki dan berilah rahmatmu kerana kau adalah yang maha pemberi ya allah ya tuhanku kukuhkanlha imanku dari kemunkinan terpesong berilah aku petunjuk dari jalan yang sesat jadikanlah sebaik-baik umur ku pada penghujungnya dan sebaik-baik hariku adalah saat aku menemuimu. amin.

SEGMEN WWW.SITISHARINI.COM

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  CLICK BANNER TO JOIN! Assalamualaikum semua=) Cik Siti sedang melancarkan segmen bagi mewar-warkan penghijrahan storybyciksiti.blogspot.com ke www.sitisharini.com . Jemput join semua ye. Thanks!! =)) Tarik tamat: 15/03/15