Fenomena Ekuinoks -Kosmo

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Pagi ni terbaca Kosmo online mengenai fenomena Ekuinoks yang akan berlaku dalam beberapa jam lagi.




20/03/2015 9:45pm

KUALA LUMPUR - Seluruh dunia akan mengalami fenomena Ekuinoks yang berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa bermula tengah hari esok.
Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd. Zamri Shah Mansor berkata, fenomena itu berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa untuk mengubah kedudukannya dari hemisfera Selatan Bumi ke hemisfera Utara setelah enam bulan berada di hemisfera Selatan.
"Ketika ia berlaku, mereka yang berada di atas atau berdekatan dengan garisan Khatulistiwa terutamanya di kawasan Pontianak, Indonesia akan mendapati matahari berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari, bergantung kepada waktu tempatan masing-masing.
"Ketika matahari tegak di langit, orang ramai tidak dapat melihat bayang-bayang mereka seperti kebiasaan," katanya pada sidang akhbar selepas penstriman secara langsung Fenomena Gerhana Matahari Penuh di Planetarium Negara hari ini.
Semasa fenomena Ekuinoks, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam. - Bernama


BERITA SEPENUHNYA DALAM KOSMO !

Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Item yang bakal ke pantai cahaya.

Baby hat!