Wednesday, March 25, 2015

Kampung Bangau-Bangau semporna terbakar !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber metro



Semporna: Lebih 3,000 penduduk di kawasan setinggan Kampung Bangau-Bangau, di sini, tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Dianggarkan lebih 500 rumah terbakar dalam kejadian 2 pagi di perkampungan atas air itu, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.02 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.
"Anggaran awal lebih 500 buah rumah musnah terbakar dan kebakaran kini dapat dikawal.
“Anggota bomba mengalami masalah bekalan air dan terpaksa menggunakan bot awam untuk mendapatkan air laut," katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Laporan dari harian metro.



Teringat masa kecik-kecik dulu..masa tu duk rumah setinggan lagi..Rumah dahlah rapat-rapat. Habis sume di jilat api time tu nama kampung BDC terletak di sandakan sabah.