Tuesday, April 07, 2015

Homemade sardin

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Alhamdulillah siap sudah homemade sardin dari saya ..
Resipinya agak simpan saja tapi sedap..butter kita buat sendiri dari beli kat luar yang kita sedia tahu
ada bahan pengawetnya...

Ok di sini saya sertakan bersama resepi nya kredit by puan zam.

Homemade sardin.

Bahan-bahannya.
Ikan tonkol keci/selayang yang gemuk2
Buah tomato
Minyak masak
Bawang putih n bawang merah
Sedikit lada kering yang xpedas yang besar.
*blend sehalusnya
Garam dan gula secukup rasa.
Cuka apple atau pun gantikan asam jawa.

Cara membuatnya.
Ikan di bersihkan,potong sederhana besar,buang kepalanya,perap dengan sedikit garam dan cuka apple/asam jawa selama sepuluh minit.cuci bersih dan toskan.
Dalam periuk tekanan,panaskan minyak masak,masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum,masak hingga terbit minyak.tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa serta sedikit shj cuka apple.

Bila medidih,masukkan ikan tadi,kacau rata dan tutup periuk tekanan.pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi berdesir kecilkan api dan biarkan mmasak perlahan selama 1 jam.

Cukup waktu bawa periuk tadi ke dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis.buka tudungnya san periksa keadaan ikan,selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal,tapi tulangnya menjadi lembut seperti sardin dalam tin.


Kalau xde periuk tekanan..rebus ikan ni agak lama....dalam 6jam..kemudian tumiskan bahan2 kisar tadi..

Selamat mencuba!