Friday, July 24, 2015

Dress untuk si kakak

Malam ni aku bermood pulak nak menjahit dress utk si Kakak...tetiba kan padahal dah lama xmenjahit..,
Dress utk raya haji..


Hand bag utk girl !

Semalam sempat menyiapkan handbag untuk Anak Dara nak bergaya..colour Anak Dara yg request...dah bape Kali ckp kat girl..colour tak match lah yang bunga tu..tp dia nak juga..atas alasan..xpe Ummi tak match kita match kan..aduhai Anak Dara aku...what everlah sayang...janji bahagia...


Sunday, July 19, 2015

Selamta hari raya !

Selamat hari raya eid dr kami sekeluarga..
Hanya pic ni je yg ada raya pertama xsempta nak snap pic satu family..
Busy dgn anak2 Dan family yg ramai bertandang..
Hanya hari ni je ku berkesempatan sikit..
OK bai


Saturday, July 11, 2015

Baby hat !

Siap sudah tempahan Dr seorang kawan...
Untuk baby yg berumur 0-6 bulan..
Jika sesiapa berminat untuk order boleh pm sy ya


Thursday, July 09, 2015

Renungan ramadhan !

#Tadabbur juzuk 19: Manusia Yang Meninggalkan Al-Quran

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berkata: Wahai tuhan. Sesungguhnya kaum ku telah menjadikan al-Quran ini perkara yang ditinggalkan.
[al-Furqan : 30]

Siapakah manusia yang meninggalkan al-Quran?

Kata Al-Imam Ibn Kathir:

وكانوا إذا تلي عليهم القرآن أكثروا اللغط والكلام في غيره، حتى لا يسمعوه. فهذا من هجرانه،

Apabila dibacakan al-Quran, mereka itu membuat bising dan bercakap-cakap tentang perkara lain sehingga sehingga mereka tidak mendengarnya. Inilah satu bentuk meninggalkan al-Quran.

وترك علمه وحفظه أيضا من هجرانه،

Tidak mempelajari dan menghafaznya merupakan satu bentuk meninggalkan al-Quran.

وترك الإيمان به وتصديقه من هجرانه،

Tidak beriman dengannya merupakan satu bentuk meninggalkan al-Quran.

وترك تدبره وتفهمه من هجرانه،

Tidak menghayati dan memahaminya adalah satu bentuk meninggalkan al-Quran.

وترك العمل به وامتثال أوامره واجتناب زواجره من هجرانه،

Tidak beramal, tidak mengikuti arahannya, dan tidak menjauhi larangannya merupakan satu bentuk meninggalkan al-Quran.

والعدولُ عنه إلى غيره -من شعر أو قول أو غناء أو لهو أو كلام أو طريقة مأخوذة من غيره -من هجرانه،

Mengutamakan perkara lain seperti syair, kata-kata manusia, nyanyian, permainan atau perbualan, atau jalan-jalan lain melebihi al-Quran merupakan satu bentuk meninggalkannya.

فنسأل الله الكريمَ المنانَ القادرَ على ما يشاء، أن يخلّصنا مما يُسْخطه،

Kita memohon kepada Allah yang Maha Pemurah Maha Pemberi Maha Berkuasa di atas segala sesuatu, untuk menghilangkan daripada diri kami apa yang Dia murkai.

ويستعملنا فيما يرضيه، من حفظ كتابه وفهمه

Menjadikan kami orang yang melakukan apa yang Dia redhai dengan menghafaz dan memahami kitabnya.

والقيام بمقتضاه آناء الليل وأطرافَ النهار، على الوجه الذي يحبه ويرضاه، إنه كريم وهاب.

dan melaksanakan tuntutannya pada malam dan siang hari, pada jalan yang Dia cintai dan redhai. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah Dan Pemberi Kurnia.

[Tafsir al-Quran al-Azhim]

| www.alkahfi.com.my | www.fb.me/AlkahfiServices |


Wednesday, July 08, 2015

Ringkasan fiqh ramadhan

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

65. Memakai pakaian terbaik pada hari `Id.

أخذ عمرُ جُبَّةً مِنْ إسْتَبْرَقٍ تُباعُ في السُّوقِ ، فأخَذَها فأتى رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم فقال : يا رسولَ اللهِ ، اِبْتَعْ هذه تَجَمَّلْ بها لِلْعيدِ والوُفودِ ، فقال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم : إنَّما هذه لِباسُ مَنْ لا خَلاقَ له . فَلَبِثَ عمرُ ما شاء اللهُ أنْ يَلْبَثَ ، ثم أرسل إليه رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم بِجُبَّةِ دِيباجٍ ، فأقبل بها عمرُ ، فأتى بها رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم ، فقال : يا رسولَ اللهِ ، إنَّك قلتَ : إنَّما هذه لِباسُ مَن لا خَلاقَ له . وأَرْسَلْتَ إلَيَّ بِهذِه الجُبَّةِ ، فقال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم : تَبِيعُهَا ، أو تُصِيبُ بِهَا حاجَتَكَ .
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 948 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
`Umar mengambil jubah yang dibuat daripada sutera tebal di pasar, lalu membawakan kepada Rasulullah ﷺ, lalu `Umar berkata: "Ya Rasulullah! Belilah jubah ini, berhiaslah dengannya untuk hari `Id dan untuk menerima tetamu." Rasulullah ﷺ berkata: "Ini adalah pakaian bagi orang yang tidak akan mendapat bahagian (di Akhirat)." Lalu `Umar hilang untuk seketika menurut kehendak Allah. Kemudian Rasulullah ﷺ mengutuskan kepada `Umar jubah yang dibuat daripada sutera, lalu `Umar membawanya kepada Rasulullah ﷺ dan bertanya: "Ya Rasulullah! Bukankah engkau katakan bahawa ini adalah pakaian bagi orang yang tidak akan mendapat bahagian (di Akhirat), tetapi engkau mengutus jubah ini kepadaku." Jawab Rasulullah ﷺ: "Juallah", atau "penuhilah keperluanmu dengannya." - Shahih Al-Bukhari, no. 948.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Berdasarkan hadits ini, dapat difahami bahawa Rasulullah ﷺ bukanlah melarang `Umar daripada berhias dengan pakaian yang bagus pada hari `Id, tetapi baginda melarang kaum lelaki memakai pakaian yang dibuat daripada sutera.

2. Bahkan diriwayatkan juga bahawa Ibn `Umar memakai pakaian yang paling bagus pada kedua-dua hari `Id.

3. Berdasarkan hadits ini juga, dapat difahami bahawa larangan untuk memakai pakaian-pakaian yang dilarang tetap berlaku di hari `Id. Ini bererti walaupun kita menyambut hari raya, kita tetap dilarang:

(a) Memakai pakaian yang menimbulkan kesombongan.

(b) Memakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna (menampakkan rambut, lengan, sebahagian dada, betis, menampakkan bentuk badan), terutama bagi para wanita. Begitu juga dengan pakaian yang boleh menimbulkan fitnah terhadap kaum lelaki (termasuk menggunakan minyak wangi).

(c) Memakai pakaian yang kebiasaannya dipakai oleh kaum berlainan jantina.

(d) Memakai pakaian yang menyerupai pakaian khas agama lain.

(e) Memakai pakaian yang aneh untuk mencari-cari populariti (pakaian syuhrah, لباس الشهرة).

(f) Memakai emas bagi kaum lelaki.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa


Sayyidul istighfar

SAYYIDUL ISTIGHFAR

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

Allåhumma anta råbbii, laa ilaaha illa anta, khålaqtanii wa ana ‘abduka, wa ana ‘ala ‘ahdika, wa wa’dika, mas tathå’tu, a’uudzubika min syarri maa shåna’tu, abuu-u laka bi ni’matika ‘alayya, wa abuu-u bidzanbii, faghfirlii, fa innahu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta.

Ya Allah! Engkau adalah Rabbku, tidak ada ilah (yang berhak diibadahi dengan benar) kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan apa yang aku perbuat. Aku mengakui nikmatMu (yang Engkau berikan) kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau.

Keterangan : "Barangsiapa membacanya dengan yakin di waktu pagi lalu ia meninggal sebelum masuk waktu petang, maka ia ter­masuk ahli Syurga. Dan barangsiapa membacanya dengan yakin di waktu petang lalu ia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk ahli Syurga."

(HR. Al-Bukhari no. 6306, 6323, Ahmad IV/122-125, an-Nasa-i VIII/279-280) dari Syaddad bin Aus R.A.


Ramadhan yg mulia!

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Bulan penyucian jiwa..penuh Rahmah dan janji Allah...

إذا جاء رمضانُ فُتِحَتْ أبوابُ الجنةِ ، وغُلِّقَتْ أبوابُ النارِ ، وصُفِّدَتْ الشياطينُ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 1079 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

"Apabila datangnya bulan Ramadhan,maka terbukalah pintu-pintu Syurga dan tertutuplah pintu-pintu Neraka dan syaitan-syaitan pula dirantai" (Muslim:1079)

Tiada bulan seindah dan sesuci Ramadhan...
Awalnya kenikmatan ..akhirnya kemenangan...
Andai dengan izinNya...
bertemu dengan malam penuh keberkatan..

ليلة القدر خير من الف شهر
"Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan"
(Al-Qadr:3)

"Ramadhan mulia , Allah lebih Mulia"....

Selamat berpuasa 🌙


Malam lailatulqadar



Malaikat turun pada malam tersebut membawa keberkahan dan rahmat
Allah Ta’ala berfirman,
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ
“Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. ”

Malaikat ketika malam penuh kemuliaan tersebut turun ke muka bumi. Itu menandakan bahwa malam tersebut banyak keberkahan. Malaikat setiap kali turun tentu membawa keberkahan dan rahmat. Sebagaimana malaikat membawa keberkahan ketika mendatangi halaqoh ilmu. Sampai-sampai mereka meletakkan sayapnya karena ridho pada penuntut ilmu.
Sedangkan yang dimaksud dengan “ar ruh” dalam surat Al Qadr adalah malaikat Jibril. Penyebutan Jibril di situ adalah penyebutan khusus setelah sebelumnya disebutkan mengenai malaikat secara umum.
Sedangkan maksud “min kulli amr” dalam ayat tersebut adalah bahwa ketika itu datang keselamatan atau kesejahteraan untuk setiap urusan (perkara).

Kita seharusnya tidak ketinggalan berpesta ibadah bersama malaikat pada malam lailatul qadar.


Puteri Mandi aka puteri bali berendam

alhamdulillah.. Iftar semalam ummi buat Puteri Mandi aka Puteri bali berendam request Dr dedara..