Ringkasan fiqh ramadhan

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

65. Memakai pakaian terbaik pada hari `Id.

أخذ عمرُ جُبَّةً مِنْ إسْتَبْرَقٍ تُباعُ في السُّوقِ ، فأخَذَها فأتى رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم فقال : يا رسولَ اللهِ ، اِبْتَعْ هذه تَجَمَّلْ بها لِلْعيدِ والوُفودِ ، فقال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم : إنَّما هذه لِباسُ مَنْ لا خَلاقَ له . فَلَبِثَ عمرُ ما شاء اللهُ أنْ يَلْبَثَ ، ثم أرسل إليه رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم بِجُبَّةِ دِيباجٍ ، فأقبل بها عمرُ ، فأتى بها رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم ، فقال : يا رسولَ اللهِ ، إنَّك قلتَ : إنَّما هذه لِباسُ مَن لا خَلاقَ له . وأَرْسَلْتَ إلَيَّ بِهذِه الجُبَّةِ ، فقال له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم : تَبِيعُهَا ، أو تُصِيبُ بِهَا حاجَتَكَ .
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 948 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
`Umar mengambil jubah yang dibuat daripada sutera tebal di pasar, lalu membawakan kepada Rasulullah ﷺ, lalu `Umar berkata: "Ya Rasulullah! Belilah jubah ini, berhiaslah dengannya untuk hari `Id dan untuk menerima tetamu." Rasulullah ﷺ berkata: "Ini adalah pakaian bagi orang yang tidak akan mendapat bahagian (di Akhirat)." Lalu `Umar hilang untuk seketika menurut kehendak Allah. Kemudian Rasulullah ﷺ mengutuskan kepada `Umar jubah yang dibuat daripada sutera, lalu `Umar membawanya kepada Rasulullah ﷺ dan bertanya: "Ya Rasulullah! Bukankah engkau katakan bahawa ini adalah pakaian bagi orang yang tidak akan mendapat bahagian (di Akhirat), tetapi engkau mengutus jubah ini kepadaku." Jawab Rasulullah ﷺ: "Juallah", atau "penuhilah keperluanmu dengannya." - Shahih Al-Bukhari, no. 948.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Berdasarkan hadits ini, dapat difahami bahawa Rasulullah ﷺ bukanlah melarang `Umar daripada berhias dengan pakaian yang bagus pada hari `Id, tetapi baginda melarang kaum lelaki memakai pakaian yang dibuat daripada sutera.

2. Bahkan diriwayatkan juga bahawa Ibn `Umar memakai pakaian yang paling bagus pada kedua-dua hari `Id.

3. Berdasarkan hadits ini juga, dapat difahami bahawa larangan untuk memakai pakaian-pakaian yang dilarang tetap berlaku di hari `Id. Ini bererti walaupun kita menyambut hari raya, kita tetap dilarang:

(a) Memakai pakaian yang menimbulkan kesombongan.

(b) Memakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna (menampakkan rambut, lengan, sebahagian dada, betis, menampakkan bentuk badan), terutama bagi para wanita. Begitu juga dengan pakaian yang boleh menimbulkan fitnah terhadap kaum lelaki (termasuk menggunakan minyak wangi).

(c) Memakai pakaian yang kebiasaannya dipakai oleh kaum berlainan jantina.

(d) Memakai pakaian yang menyerupai pakaian khas agama lain.

(e) Memakai pakaian yang aneh untuk mencari-cari populariti (pakaian syuhrah, لباس الشهرة).

(f) Memakai emas bagi kaum lelaki.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa


Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Item yang bakal ke pantai cahaya.

Baby hat!