Friday, October 28, 2016

KARYA DR HUDA BT DATO HARON.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Bukan rezeki yang sempit,munk sedekah kita yang masih semput.
Bukan rezeki yang sedikit,munkin kita yang kuat mengungkit.
Bukan rezeki yang kelat,munkin maksiat kita makin mearat.

Bukan rezeki kita putus-putus
Munkin kita gemar bekeluh kesah dan merintih

Bukan nikmat yang kurang,munkin tera kasih kita dan syukur tersangat jarang.

Bukan hidup tidak tenang,munkin solat kita culas,cacat dan terbelakang.

Bukan rezeki kita yang tidak cukup.
munkin quran kita jarang buka dan baca.
kelas ngaji talaqqi pun tak pergi.
Nak hafaz pun jauh sekali,jauh panggang dari api.

bukan rezeki yang payah,munkin kita kedekut berdoa,
nak zikir pun asyik lupa,
makin sombong makin angku mendabik dada,

bukan rezeki ang menyimpang sesat.

kerana sesungguhnya rezeki..
tidak perah salah alamat..

hasil karya dr huda dato haron


Wednesday, June 15, 2016

Rindu ramadhan Al mubarak.



Salam,

   Rasanya hari ni genaplah 10 ramadhan..Begitu cepatkan masa berlalu meninggalkan kita.
Tatkala kita masih terkial-kial meraih pahala waktu terus berjalan seiring dengan masa yg terus berlalu.

   Ah,tipulah kalau aku anak rantau yang tak punya rasa rindu terhadap tanah air sendiri..
Dan bohonglah kalau tidak ada sekelumit rasa sedih dalam hati.
Jauh dilubuk hati. Aku rindu zaman kanak-kanak.
Dimana saat bulan puasa bila tiba waktu sahur..mak sudah siap menyediakan juadah untuk bersahur.
Walaupun ianya hanyalah ikan masin bersama sambal belacan tetap sedap di makan tatkala bersahur bersama emak dan bapa.
Dan bila time berbuka emak sibuk didapur menyediakan juadah berbuka pula. yang tentunya semua makanan kegemaran anak-anak.Jarang sekali emak membeli juadah berbuka di luar.semau di buat dengan tangan sendiri dengan penuh rasa kasih dan sayang.Ah aku rindu saaat itu.

  Tapi masa telah berlalu pergi dan takkan dapat berpusing kembali.semuanya hanya kenangan yang sangat indah dalam hidupku. Ya aku kena teruskan hidup sebagai anak rantauan sebagai isteri,ibu kepada anak2. kini aku pula mencontohi emak. Tapi aku tak sekuat emak.
Emak boleh lakukan semua kerja dalam masa yang sama mampu menjaga anak2.

    Tapi aku...aku.. Dizaman yang serba canggih ini tipulah kalau aku tak selalu membeli juadah diluar untuk santapan suami dan anak-anak.
kadangkala hati meraung sedih dalam hati aku ingin seperti emak memberi makanan kepada suami dan anak2 dengan airtangan sendiri..Tapi kekangan masa kerja,parttime bisnes ditambah lagi kerja2 rumah yang tak pernah sudah membuatkn aku lupa seketika..

   cuma satu yang aku harapkan..aku cuba untuk jadi yang terbaik buat suami dan anak-anak.
Tiada istilah kalah atau penat dalam kamus hidupku.
sedih memamg ada..tapi aku cuba untuk mengalahkan sedih itu agar aku tak terus hanyut.


   Aku bukanlah seorang blogger yg sangat bijak berkarya atau berkata-kata.masih banyak benda yang perlu aku perbaiki..



Item yang bakal ke pantai cahaya.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






salam..

Allah masih memberi ruang paadaku lagi untuk berkarya atau lebih mudah mengupdate cerita-cerita tentang aku dan dunia crochetku.

picture sudah lama tersimpan didalam draft hanya menunggu masa unutk dipublish.
sebahagian item yang sudah tersusun didalam bungkusan sedia untuk diberi kepada paktam dan bakal dijual di pantai cahaya murni negeri sembilan.

tetapi..sekiranya berminat untuk mendapatkn item terbaru bolehlah wssp saya ya ditalian 0122350610 untuk sebarang tempahan.