Posts

Showing posts with the label semasa

Kampung Bangau-Bangau semporna terbakar !

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم sumber metro Semporna: Lebih 3,000 penduduk di kawasan setinggan Kampung Bangau-Bangau, di sini, tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Dianggarkan lebih 500 rumah terbakar dalam kejadian 2 pagi di perkampungan atas air itu, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.02 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian. "Anggaran awal lebih 500 buah rumah musnah terbakar dan kebakaran kini dapat dikawal. “Anggota bomba mengalami masalah bekalan air dan terpaksa menggunakan bot awam untuk mendapatkan air laut," katanya ketika dihubungi, pagi ini. Laporan dari harian metro. Teringat masa kecik-kecik dulu..masa tu duk rumah setinggan lagi..Rumah dahlah rapat-rapat. Habis sume di jilat api time tu nama kampung BDC terle...

Fenomena Ekuinoks -Kosmo

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Pagi ni terbaca Kosmo online mengenai fenomena Ekuinoks yang akan berlaku dalam beberapa jam lagi. 20/03/2015 9:45pm KUALA LUMPUR - Seluruh dunia akan mengalami fenomena Ekuinoks yang berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa bermula tengah hari esok. Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd. Zamri Shah Mansor berkata, fenomena itu berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa untuk mengubah kedudukannya dari hemisfera Selatan Bumi ke hemisfera Utara setelah enam bulan berada di hemisfera Selatan. "Ketika ia berlaku, mereka yang berada di atas atau berdekatan dengan garisan Khatulistiwa terutamanya di kawasan Pontianak, Indonesia akan mendapati matahari berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari, bergantung kepada waktu tempatan masing-masing. "Ketika matahari tegak di langit, orang ramai tidak dapat melihat bayang-bayang mereka seperti kebiasaan," katanya pada sidang ...