Posts

Showing posts with the label Puisi

Satu Anugerah

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dia anugerah paling berharga .bayangan nurani dan pekerti kita usah resah bila rasa tercabar bimbingi anakmu dengan kasih dan sabar pabila lemahnya hatimu hubungkan dirimu dengan illahi moga kau punya kekuatan atau kasih sayang dengan maghfirahnya allah. ketika ankmu di uji ingatkanlah allah ada disisinya ketika mereka di puji ingatkan dirinya darimana asal usul kita Dia anugerah paling berharga bayangan nurani dan pekerti kita usah resah bila rasa tercabar bimbingi anakmu dengan kasih dan sabar. Ini sifat murabbi tampa rasa jemu dan ke ikhlasan diburu dekatkan dirimu dengan yang maha esa menjadi jaminan satu ketenangan. Petikan dari buku;- Dimana dia di Hatiku.

RAUDHAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  YA ALLAH berilah aku hati yang lebih yakin hati yang jitu yang dapat mencintaimu Ya Wahhab jadikanlah aku insan yang berilmu yang merasai makna hikmah dengannya aku mampu mendidik diri YaLatif.. lembutkanlah akhlakku ajarilah aku bagaimana untuk mengasihi manusia dengan ikhlas taampa mengharap balasan Ya Hannan Kurniakanlah aku hati yang dapat merasai keindahan iman yang dengannya aku mendapat ketenangan Ya Rahman jadikanlah aku anak yang solehah isteri yang baik ibu yang penyayang agar rumahtanggaku menjadi syurga didunia serta jambatan syurga di akhirat nanti. AMINN

BILA BERSENDIRI

Bila bersendirian Jangan rasa kesepian walaupun tampa teman kita tetap di perhatikan Dalam gelap atau terang ada mata yang sentiasa menjaga melihat perlakuan dan rasa mencatat dosa atau pahala Bila besendirian, jangan kata aku sunyi sebaliknya selalu bisikkan dalam hati pada diriku sentiasa ada pemerhati Bila bersendirian teruji keikhlasan tampa kejian atau pujian apakah terus ada kesetiaan berfikir dan berzikir dengan tulus kesunyian!.

Pagi yang indah

Image
Pabila subuh melabuhkan tirainya Melambung berlalu pergi.. Mentari diufuk bumi kembali menyinar Menerangi sang alam indah di waktu pagi Sungguh indah ciptaan mu ya rabb.. Tiada yang dapat menandingi waktu pagi Yang menarik.. Hilang subuh.. Di ganti dengan syuruk dan dhuha.. Berpergian mencari rezeki Untuk menampung kehidupan kala ini Mencari redha illahi dilupakan jangan.. Hana 27/9/2014

RINDU

Rindu.. Kini engkau bertandang lagi Tampa ku undang Kau menggamit rasa ini. Untuk merindui sang rembulan.. Rindu.. Hadirmu tampa ku undang Pergi saat ku perlukan Tatkala hati merayu sayang.. Kau pergi jua.. Rindu.. Hadirmu khabar xkan sirna Ibarat mentari yang muncul di pagi hari.. Senja nan merah melakar bumi.. Pergi berlabuh meninggalkan hati.. Muncul sang rembulan.. Menagih kasih.. Mengharapkan sirna esok kan ada lagi..

bicara hati

Hati semakin pedih.. Saat hati ajak berbicara dari hati ke hati.. Hatimu tak pernah mahu mengerti tentang hati ini... Kenapa hatimu begitu keras sekali.. Sanggup menyakiti hati yang selama ini cuba membahagiakan hatimu.. Cuba beri waktu dan peluang utk hati ini berbicara dari hati ke hati.. Jangan biar hati terseksa.. Kerana keegoan hatimu.. Kerana kesabaran hati ini ada tahap.ya.. Bila sudah hancur maka hati ini akan tinggalkan hatimu...

Hati ini

Image
Gelisah hati gelisah.. Hati kenapa ini yang berlaku padamu.. Ceritakanlah padaku.. Hati.. Apakah yang bisa aku lakukan.. Agar kau bahagia sama seperti dulu.. Tika ini..saat ini.. Aku tahu kau berduka.. Namun aku tidak pasti.. Di sebabkan apa.. Berbagai macam persoalan menerjah di minda tentang hati... Namun..aku takut untuk menyatakan dan jua meluahkan.. Apa yang ada di minda.. Hati.. Berterus-teranglah...agar aku bisa mengerti.. Agar aku bisa fahami.. Apa yang ada tersirat dihatimu. Kerana setiap saat aku butuh kamu.. Aku perlu kamu untuk melengkapi rasa cinta dan sayang.. Bila kamu berduka.. Aku sedih.. Katakanlah hati.. Sejujurnya hati xkan pernah bisa menipu minda...

jangan tanya

Image
Selepas beristirehat dan mengisi perut Sempat lagi siapkan satu puisi Jangan ditanya pada bulan Bulan hanya bisa menerangi Bulan takkan bilang Jadi saksi derita itu Jangan di tanya pada mata Mata takkan bisa mengungkapkan Hanya bisa jadi saksi Pada derita masa lalu Jangan di tanya pada hati Tentang cerita itu Biarkan ia berlalu pergi Bersama dengan angin lalu Puisi hana 13/06/2014.

-kisah hati ini-

Alunan rasa itu, sulit untuk kufahami, semakin ingin kumengerti, semakin bingung sendiri, kerana ia hadir dalam jiwa, mengisi lorong kalbu yang kosong, mengalir cair kala hadir, kenalilah gelisah angin di antara buluh-buluh bambu yang meliuk ke kanan dan kiri yang menggemersik di antara sunyi karena ada bisikan tentang gelisahku, aku bermimpi dan dalam mimpiku kulihat matamu yang mengisi hatiku dengan syurga, aku melayang dan di langit kulihat matamu yang menjawab semua kerinduanku padamu

rindu buatmu kekasih

Image
kulakarkan dengan kasih kulimpahkan dengan  sayang kutitipkan rindu buatmu yang tercinta bergerak lentik jari-jemari menari bersama sebatang pena berdendang lagu cinta dan irama asmara menari dengan penuh kelembutan di sini sebagai ruang tarian terukirlah kata demi kata berselimutkan nota-nota cinta kurangkai menjadi sebuah bait irama berlagu indah buatmu di sana tersenyumlah, sampai saatnya kau pasti bahagia..

madah sumayyah

Suamiku Bunga semalam telah layu Gugur daripada jambangannya Mujur.. Cinta kita bukan itu lambangnya Mulutku telah kaku merayu Hatiku malu untuk terus cemburu Tidak seperti dulu.. Kerana kini kau seorang mujahid Yang rindu memburu syahid Maaf kiranya tutur dan kata Senyum dan seri wajah Pudar dan hambar di matamu Padaku yang baru belajar Menjadi seorang mujahidah

Perubahan mujahadah.

Image
Hari ini saya memetik tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya ' Di Mana Dia Di Hatiku.' Untuk berjaya dan bahagia, kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu keluar  dari zon selesa menuju zon mencabar kerana di zon mencabar itulah letaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa depan. Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan. Kita mesti lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu bermujahadah dan berubah. Tetapi perubahan itu akward- yakni canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya. Penulisan yang sangat menarik. Berapa ramai di antara kita  yang sangat selesa dengan apa yang kita ada sekarang? Kerjaya, rumahtangga, anak dan isteri, harta….semuanya ada..alangkah bahagianya hidup kita… Ataupun yang tidak ada apa-apa…....

Aku bukan summayahmu!

Image
Suamiku,bunga semalam telah layu Gugur daripada jambangannya Mujur cinta dan perjuangan kita Bukan itu lambangnya Mulutku kaku untuk merayu Hatiku malu untuk terus memburu Tidak seperti dulu Kerana kini kau mujahid Yang ribdu memburu syahid Maaf kiranya tutur dan tingkah Senyuman dan seri wajah Pudar dan hambar di matamu Padaku yang baru belajar Menjadi seorang mujahidah Aku kini hanya mendoakan Agar kau menjadi yasir Walau kiranya..bukan aku summayahmu Dalam tangis ku cuba tersenyum Ketika kau bermusafir Sepertinya siti hajar Sewaktu di tinggal ibrahim Biar selalu kita berpisah Selalu derita kerap susah Kerana ayurga menagih ujian berat Sedangkan neraka di pagari nikmat!.

maafkanku wahai suami

Image
Kadangkala aku rasa akulah Isteri yang terlalu banyak menerima Sedangkan engkau tak pernah meminta Kadang-kadang aku rasa Akulah isteri yang baru terjaga Sedangkan engkau tak pernah terlena Kadang-kadang aku bersuara Tampa berfikir Semua perkataanku menjadi salah Datanglah sini dan pegang tanganku Sementara aku cerota kehidupan isteri Harap di mengerti Kadang-kadang aku sakiti hatimu Apabila ku tolak sentuhanmu Bukan bermaksud aku kurang menyayangimu Namun cabaran terlalu Kadang-kadang aku berubah pandanganmu Tapi sayang,itu tidak benar Tiada apa yang paling ku hargai Daripada kehidupan manis bersamamu Kadang-kadangku fikir sejuta tahun Adalah terlalu singkat Hanya aku beritahumu Betapa sayangnya aku Betapa cintanya aku Betapa syukurnya aku Kau pelindungku Kadang-kadang berjauhan denganmu Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita Mencipta kerukunan keluarga Namun aku tetap aku yang ini Maafkanku wahai suami!

bingkisan rindu buat ayah

satu ketika dulu.. aku di sayang dan di belai.. oleh seorang lelaki bernama ayah.. tapi ..itu waktu dahulu.. ketika aku masih kecil.. ketika aku masih tak mengerti apa itu perasaan  kasih sayang seorang ayah terhadap anak yg di tatang bagai minyak yg penuh. setelah aku menginjak dewasa.. betapa aku tak pernah mahu masih mengerti apa itu kasih sayang seorang ayah.. sehingga aku melangkah ke alam perkahwinan. sehingga aku mempunyai anak.. aku masih tak mahu mengerti.. sampailah di suatu hari.. mama memberi tahuku.. yang ayah..dah semakin rindu padaku.. aku tak pernah becakap dgnnya barang sekejap pn.. baru aku tersedar.. kenapa sikapku begini.. yang terlalu lebihkan mama dari pada ayah.. walaupn kasih ibu sampai ke syurga.. tapi kasih ayah sampai ke mati.. ah..berdosanya aku..hingga aku melakukan  begini terhadap ayah.. apa salah ayah padaku..sehinggakan aku melakukan sedemikian rupa??? ya allah..ampunkan dosaku..terhadap ayah.. bukan niatku mahu m...

Cintaku Padamu Seharum Lavender

Image
Sayang,..percayalah padaku, Cinta dan sayangku hanya buatmu, Kasihku padamu tak pernah pudar, Dirimu bagiku umpama lavender Memberikan aku ketenangan dan kebahagiaan, Sayang,.. Dirimu begitu penting dan berharga, Tanpa dirimu aku kesunyian, Jiwaku kosong dan tak bermakna, Sayang,.. Cintaku padamu seharum lavender kegemaranku, Cantik,menarik dan mewangi, Tapi,..maafkan aku sayang, Aku tahu aku hanya insan biasa, Mungkin aku tak mampu bahagiakan dirimu sebagaimana yang kau inginkan, Tapi aku berjanji akan buat yang terbaik Untuk membahagiakanmu.. sehingga hujung nafasku yang terakhir

sudah lima tahun usiamu

Image
Anakku, Hadirmu sebagai penyeri, Senyum tangismu menghibur hati, Sakitmu keresahan kami, Laramu,..gundahnya hati kami, Anakku,.. Kau pengubat dikala sunyi, Kepetahanmu membuatkan dirimu semakin disayangi, Bicaramu mengundang sensasi, Lunaknya suaramu aku kagumi, Kerana dirimu penawar hati, penyejuk kalbu, Anakku,.. Kaulah insan Allah anugerahi, Pada kami hamba terpilih.

bahtera cinta

Butiran hujan mencecah daunan Siulan burung melatari layar petang Mentari sudah luntur sinarnya Senja semakin menggamit malam Disini segalanya harmoni Pintalan kasih harum mewangi Rumput menghampar permaidani sayang Atas kemesraan pun semerbak penciuman Duhai yang di rindui dalam doa Wahai yang di seru lewat solat Ketika hatiku ingin bermesra Rupanya semakin banyak ujian melanda Kemudi hati ini kian bergeta Layar jiwa ini swmakin kembang ditiup badai Ombak kian tinggi tak sudi membelai Apakah bahtera cintaku ini ...akan sampai?

doa kita berdua

Ya allah. Kadang-kadang terasa belaian cintamu. Bersama kurnia sekalung hidayah. Tapi terasa bahang murkamu. Seiring patahnya sebuah mujahadah. Kami berdua. Ya allah. Walau apapun kami masih terus disini. Mengemis di tepian janjimu yang pasti. Disini kami masih mendamba. cinta. Kerana yakin cintamu xkan pernah sirna. Selama-lamanya buat kami berdua. Kau dekat terlalu. Tampa senyum. Tampa suara. Namun cintamu ketara jua. Dalam doa kami berdua. Ustaz Pahrol Md Juoi..