Posts

Showing posts with the label RUMAHKU SYURGAKU

minggu pertama di sekolah

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Kakak Dan adik first day ke tadika   Alhamdulillah.. Pagi jumaat Ini Allah masih memberiku ruang untuk bernafas lagi..Rasanya sudah terlalu lama Aku tak menghapdate blog kesayangan Ku Ini. Al-maklum kesibukkan dgn anak-anak Nak ke sekolah  Dan waktu yg mencemburui kita.sentiasa membataskan segalanya.    Rasanya masih belum terlambat bagi ana utk menghapdate cerita pertama anak-anak ana ke sekolah. Sizara baru berusia 4tahun ana dah masuk kan ke sekolah Tadika. Hari pertama di sekolah ana ingtkan dia akan menangis..sebab Kat rumah dialah tukang nangis..cengeng..manja sume Ada kt dia..tetapi sangkaan ana meleset dia lagi suka ke sekolah.Yang kelakar sekolah Tadika tu dinamakan sekolah Tadika mickey mouse.. Aduh..memang letih jugak lah melayan karenahnya.    Kakak OK lagi jadi tak berapa nak hairan ataupun excited sangat..sebab ni tahun kedua dia Kat Tadika.. Jadi dia dah biasa dengan keadaan ...

Menjadikan suami sebagai tempat bergantung

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Selain suami ,munkin kita sendiri mempunyai masalah yang perlu di selesaikan.Oleh kerana itu kita juga memerlukan seseorang yang bersedia mendengar dengan penuh perhatian keluhan kita pada semua masalah yang kita hadapi. jika begitu maka jadikanlah suami kita sebagai orang pertama yang mendengar keluhan hati kita. Pada masa ini munkin sudah menjadi trend,bahawa seorang isteri lebih merasa selesa jika mengadu pada kawan-kawan .kita seakan menemui tempat berlabuh yang tepat diluar sana semasa menghadapi badai kehidupan berumahtangga. Mengapa perlu orang lain? mengapa bukan suami kita yang dijadikan tempat bergantung yang pertama dalam masalah yang kita hadapi? Maka cuab kita renungkan sekali lagi. Dengan menjadikan suami sbg orang pertama yang kita jadikan tempat mengadu maka dia akan berasa di hargai. Kita perlu menyedari bahawa lelaki mana pun akan merasa bahagia jika wanita yang cintai memerlukannya. RENUNG-RENUNGKAN BAHAGIA...

Bersuci

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Bersuci boleh dilakukan dua cara. Cara pertama ialah membersihkan kotoran dengan menggunakan air bersih seperti air laut ,sungai,salji,dan air tasik. Manakala cara kedua pula ialah dengan menggunakan  sesuatu yang kering(istinjak) seperti batu,tanah,debu,kayu dan tisu.           Secara ringkasnya bersuci bererti membersihkan diri ,pakaian dan tempat dari hadas dan najis.Bersuci daripada hadas perlu kepada mengambil wudhuk,mandi junub atau bertayamum.Manakala bersuci daripada najis pula haruslah dengan menghilangkan kotoran yang melekat pada badan,pakaian dan tempat yang di cemari.