Diantara bento-bento yang menarik Dr group Bento mommies gojess. Atas keizinan mereka..Aku sharelah bento-bento dorg yang sangat menarik ni... Satu hari Aku juga ingin Jadi seperti mereka..kreatif sangattt
antara bekal Bento sahabat-sahabatku yang rajin menyediakan makanan bekal untuk di bawa ke sekolah... Semangat Mesti Ada...kerajinan Mesti kuat...no more makanan luar ! Better sedia kan makanan sendiri untuk Anak-anak kemana saja.. Jimat,berkhasiat Dan menyelerakan..Lagi satu air tangan Ibu tiada tandingannya.. Saya Masih dalam proses membuat bento2 yang kreatif..tapi sy taklah seteror mas,Niza,Liana,Linda Dan seangkatan group Bento yang lain..tabik spring Kat uolls mommies gojesss
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Bekal bento anak-anak ke sekolah semalam tak berkesempatan nak update kat blog. Fried rice teddy and sotong terdampar (sausage). Sibuklah sangat kan ,...bukan apa sejak dari semalam sibuk dok mencari barang dapur untuk sebulan dua ni. Al- Maklum lah dah nak GST ni banyak benda nak kena restock balik. Makanan untuk freezer bagi anak-anak bawa ke sekolah.
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Petang ni baru dapat update kat blog pagi isnin ni anak-anak bawa bekal sausage cheese goreng. Bukan main suka lagi anak-anak siap suh buat lagi esok nak bawa g sekolah. hahahaha.. Esok kita tukar menu lain pula tak boleh bawa benda yang sama.. Ti ayah nak berfest pun boring asyik benda yang sama je buat. kita buat menu lain ye nak.. hehehehe
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Haa.alhamdulillah dpt juga Aku menyiapkan sarapan utk Kakak n adik pagi tadi. Simple saja roti teddy+kismis+kek lapis Sarawak.
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم pepagi tadi aku tak sempat nak update bento bekal anak-anak kat blog. yelah lepas pepagi sibuk kat dapur,siapkan mereka ke sekolah.Pastu nak basuh kain lagi nak kemas apa yang patut. Letih jugaklah..memasak untuk anak-anak balik sekolah nak makan tengahari. Ni pas amik balik dari sekolah..bagi anak-anak makan baru dapat buka laptop kejap.. BENTO HARI INI HANYA KUEY TEOW +NUGGET+PUDDING. ALHAMDULILLAH
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Alhamdulillah...pagi ni bento yang sempat aku buat meehon singapore nugget dan juga kismis coklat. anak-anak dara aku sekarang ni sume suka makan bila aku buat bento cam ni.. even,makan tengah hari pun siap request nasi mickey mouse.. heheehehhe.. Hati rasa puas bila mereka habiskan makanan yang aku siapkan untuk dorang..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم hurm,,nak raya cina kita berbento dengan buah orange pulakkan. swissroll tu aku buat sendiri ..sebenarnya senang je nak buatnye guna roti gardenia dan nutella gulung-gulung cam swissroll pastu potong kecil-kecil. walaupun simple yang penting berkhasiat dan hasil air tangan sendiri. Anak kecil yang membesar hanya sekali je dalam hidup kita.Jadi apalah salahnya berkorban sedikit demi mereka dengan menyediakan bekal berkreatif kan.. Anak-anak nak kesekolah pun rasa senang dan bersemangat..sebab bila time rehat je buka bekal..nampak menarik dan kreatif gitu.. aku juga baru belajar berbento.