Posts

Showing posts with the label MOTIVASI

KARYA DR HUDA BT DATO HARON.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Bukan rezeki yang sempit,munkin sedekah kita yang masih semput. Bukan rezeki yang sedikit,munkin kita yang kuat mengungkit. Bukan rezeki yang kelat,munkin maksiat kita makin mearat. Bukan rezeki kita putus-putus Munkin kita gemar bekeluh kesah dan merintih Bukan nikmat yang kurang,munkin tera kasih kita dan syukur tersangat jarang. Bukan hidup tidak tenang,munkin solat kita culas,cacat dan terbelakang. Bukan rezeki kita yang tidak cukup. munkin quran kita jarang buka dan baca. kelas ngaji talaqqi pun tak pergi. Nak hafaz pun jauh sekali,jauh panggang dari api. bukan rezeki yang payah,munkin kita kedekut berdoa, nak zikir pun asyik lupa, makin sombong makin angku mendabik dada, bukan rezeki ang menyimpang sesat. kerana sesungguhnya rezeki.. tidak perah salah alamat.. hasil karya dr huda dato haron

Nikab vs Malu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Renungkan:- Ada seorang lelaki tanyakan pendapat saya tentang calon isteri yang baik. Saya senaraikan apa yang patut. Kemudian dia berkata: "Saya kalau boleh nak yang pakai purdah." Ya, perkataan macam ni memang biasa saya dengar. Tapi ada satu benda yang mamat ni tak faham dan saya pun tanya. "Tuan nak isteri yang BERPURDAH ke atau isteri yang PEMALU?" "Maksud ustad macam mana?" Jawabnya. "Wanita yang pakai purdah, tak semestinya wanita tu PEMALU, tapi wanita yang pemalu, mesti dia pakai purdah." Saya jawab ringkas. "Erk.... macam mana saya nak tahu pemalu ke tak calon yang saya pilih?" Dia tanya lagi. "Zaman sekarang ni, ramaaaaiiiii wanita tutup badan dengan kain, tutup muka dengan kain pun dah semakin ramai, tapi yang sikit ni ialah wanita yang ada sifat MALU seperti Sayyidatina Fatimah Az-Zahra Radiyyallahu'anha yang TIDAK MAHU LANGSUNG DILIHAT LELAKI DA...

kisah wanita alim Dan wanita neraka

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Kisah Wanita Alim dan Neraka Diceritakan pada zaman Rasulullah, terdapat seorang wanita yang taat beribadah, tidak pernah meninggalkan puasa dan sering bangun malam untuk berqiamullail. Sampai waktunya, wanita itu meninggal dan jenazahnya diuruskan oleh para sahabat. Sepanjang urusan tesebut, sahabat berkata-kata sesama mereka “Wanita ini bakal masuk syurga kerana amalan soleh yang telah dilakukannya di sepanjang riwayat hidupnya.” Kesimpulan daripada kisah tersebut amalan yang kecil dan kadang-kadang kita tak sedar pun kita sedang melakukan tersebut seperti mengata orang, mengumpat, mengeji, mengadu domba dan sebagainya boleh menghapuskan amalan-amalan soleh yang kita lakukan, contoh puasa dan solat malam. Selalu kita sering terlepas pandang dan kadangkala tak sedar bahayanya tidak menjaga lidah ini. Mengumpat bukan sekadar terzahir di mulut malah boleh juga dengan hati. Kekuasaan Allah membina neraka Dari Hadith Qudsi Bagaima...

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan: Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.