Posts

Showing posts with the label Resepi

Roti cheese bersalut telur

Image
Pagi-pagi ni tetiba teringin nak buat roti cheese.. Mama terhasillah roti cheese ni resepi Dr kawan-kawan group whatapp Aku yang suka memasak.. Jom layann sat.

Choc chip cookies !

Image
Alhamdulillah... Aktiviti hari ni bersama Anak Dara membuat cookies... Suka sangat bila Anak Dara gembira...

Karipap berinti beehoon

Image
Alhamdulillah.. Teringat zaman kanak-kanak dulu Suka makan Mak buat Karipap berinti meehon Kat Sabah orang gelar pastel....Kalau kt semenanjung ni mmg jarang kita temui... Dan kadangkala berapa jangkal.. What !Karipap berinti beehoon..ya jawabku..sedap apa... Korang rasa lah dulu...pas korang rasa sebijik confirm Nak lagi...yes..tekaanku sangat tepat..dorag suh buat lagi...hahahahaha..Ku bagi alasan lain kalilah..penat...hahahah Terimbas kembali memori hahahahaha.. Apapun inilah makanan traditional orang bugis Sabah... Jom selamat menjamu selera uolls..

Pes laksa sarawak

Homemade sardin

Image
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Alhamdulillah siap sudah homemade sardin dari saya .. Resipinya agak simpan saja tapi sedap..butter kita buat sendiri dari beli kat luar yang kita sedia tahu ada bahan pengawetnya... Ok di sini saya sertakan bersama resepi nya kredit by puan zam. Homemade sardin. Bahan-bahannya. Ikan tonkol keci/selayang yang gemuk2 Buah tomato Minyak masak Bawang putih n bawang merah Sedikit lada kering yang xpedas yang besar. *blend sehalusnya Garam dan gula secukup rasa. Cuka apple atau pun gantikan asam jawa. Cara membuatnya. Ikan di bersihkan,potong sederhana besar,buang kepalanya,perap dengan sedikit garam dan cuka apple/asam jawa selama sepuluh minit.cuci bersih dan toskan. Dalam periuk tekanan,panaskan minyak masak,masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum,masak hingga terbit minyak.tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa serta sedikit shj cuka apple. Bila medidih,masukkan ikan tad...

Teringin nak makan Roti jala

Image
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم sumber google Hurm..sejak akhir-akhir ni entah kenapa tetiba pulak aku teringin nak makan roti jala dengan kuah kari. aku try cuba guna encik google search nak cari resepi roti jala yang sedap ni.. hurm..kalau nampak sangatlah sedap.. Tapi apapun meh kita try cuba buat esok kan hari sabtu. hehehe kat sini aku nak share resepi Bahan2 Roti Jala 3 cawan tepung gandum 3 ½ cawan air 1 biji telur sedikit pewarna kuning 1 sudu besar marjerin ~ dicairkan 1 sudu kecil rata garam sedikit minyak (untuk lengser pada kuali) Cara2nya Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala . Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengiku...

Homemade pizza's

Image
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Atas permintaan Anak-anak ana.malam semalam selepas balik Dari keje terus je p beli bahan-bahan Nak buat pizza. Ni la..first time ana buat pizza..sebelum ni hanya beli je. Tawakkallah jadi ke takkan..tapi rupanya senang je..hehehe.. Ana Nak kongsi bahan-bahannya:- Bahan utk doh. Tepung gandum 2 cawan Air segelas Minyan zaitun 1 penutup Yis sepeket Utk topping pulak :- Nak instant Dan senang..ana beli sos prego,cheese,isi ketam,sausege Kalau nak lagi sedap blh letak mayo Dan pineapple dalam tin tu..haa..korang ratakan je Kat atas doh.. Lihat hasilnya.. Selepas men doh tutupkn doh ini Dan biarkan selamat 45minit. Ni basil selepas doh tadi kembang.. Tadaa..dah siap tinggal Nak bakar je.. Dengan rasa bangganya..cehh..pas ni Ana tak taula pulak anak-anak nak request apa. Kakak Ada request suh buat donut cm Kat big apple tu..aduss..betul-betul menguji kesabaran ummi tau.. Tapi xpela atas permintaan suami Dan anak-Ana...

Ayam Goreng Berempah

Image
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم  sumber Google Petang ni kami agak lewat sikit untuk makan tengahari.Disebabkan dah bersarapan nasi lemak. Jadi masih kekenyangan lagi. selepas mencari sarapan pagi untuk suami dan anak-anak..Tetiba teringin nak makan ayam berempah. Eh..try lah google resepinya. Ana bukan lah pandai sangat memasak masakkan semenanjung ni. Itu pun belajar berdsarkan buku memasak ataupun sumber dari Google para blogger. hehehehhe. Nak dijadikan cerita selepas ana perap beberapa jam.Dalam pukul 3.00pm selepas solat  zohor tu. Ana gorengla ayam yang dah di perap tadi. Eh..eh..eh tak sampai lima minit pas gorengan pertama.. Tetiba ada tangan comel pulak amik ayam ni.satu demi satu di ambilnya. siap cakap "Ummi sedaplah adik nak lagi".Wah punya bukan main pandai si kecik zara ni. siap promot kat ayah dan kakak dia lagi. Alih-alih ana tak sempat  nak snap gambar.Sudahnya ayam pun abis di makan macam tu je. siap pesan lagi ...

tumbu bugis

Image
Kalau di Semenanjung Malaysia, lemang adalah makan tradisi yang selalunya dihidangkan pada hari raya namun bagi suku kaum Bugis di sebelah Pantai Timur Sabah,  hari raya tidak akan lengkap tanpa Tumbu Bugis. Tumbu Bugis agak berbeza dengan lemang dari segi penyediaannya namun ia seakan sama bentuknya ketika dihidangkan dan bahan utamanya juga sama iaitu menggunakan beras pulut dan santan kelapa. Aku sendiri sebagai anak Bugis turut tidak ketinggalan untuk mewarisi resepi Tumbu Bugis kerana ini adalah makanan tradisi yang perlu  dikekalkan untuk generasi akan datang. Rasanya tidaklah sah menjadi Bugis kalau tidak tahu menyediakan Tumbu Bugis atau hidangan wajib Bugis yang lain seperti Buras Bugis dan Ayam Masak Lengkuas Bugis. Ok bagaimana mahu menyediakan Tumbu Bugis. Berikut adalah resepi Tumbu Bugis yang aku warisi daripada mak aku sendiri. Bahan-bahan:     2kg beras pulut,     1/2kg santan pekat,     garam. Bahan-baha...

coklat cheese ball

Image
Bahan2.. 2 biji telur 300 gm gula castor 200 gm susu cair IDEAL 200 gm tepung gandum* 1 sdk baking powder* 1 sdk baking soda* 50 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak 160 gm minyak jagung 180 gm air panas Cara2nya.. 1. Dalam mangkuk mixer, pukul telur dan gula sehingga sebati, tambah susu cair dan terus pukul sehingga kembang. 2. Tambahkan bahan2 kering yang di ayak, pukul guna mixer dalam kelajuan paling rendah selama beberapa saat. 3. Tuang minyak dan gaul sebati. 4. Akhir sekali tambahkan air panas dan gaul bagi adunan rata. 5. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 8 atau 9 inci yang telah digris dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 50 minit. 6. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. 7. Dalam mangkuk besar, gaul2kan kek sehingga hancur dan tambahkan bahan2 frosting (resepi dibawah), pukul dalam mixer sehingga sebati. 8. Kepal2kan adunan sebanyak 50 gram, spraykan sedikit air masak ke kek (supaya chocolate chip boleh melekat p...

makaroni bakar

Image
 Ihsan dari google. Assalamualaikum. Haa, aku ingat minggu ni aku nak buat makaroni bakar ni la. Mood tgh rajin. Cam sedap je. Heee aku google search dari blog sorang akak ni. Sebab cara dia buat cam sedap je. Apapun thanks ya. Bahan-bahan: 1.Makaroni-250gm 2.Bawang putih-2 ulas potong nipis 3.Bawang besar-1 biji potong dadu 4.Telur-5 biji (sedap letak banyak bagi aku) 5.Rempah kari daging-2 sudu besar 6.Daging kisar Abang Ramly 7.Sosej-3 batang Gula dan garam secukup rasa Minyak untuk menumis Keju-optional Daun bawang, bawang goreng-hiasan Lada hitam-1 sudu besar kalau nak pedas Cara-cara: 1. Mula-mula baca Bismillah. Rebus makaroni sampai lembut dan toskan. 2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar. 3. Masukkan daging kisar dan biar daging masak atau bertukar warna. 4. Masukkan rempah kari daging dan kacau sebati sesuka hati. Tambah gula dan garam secukup rasa. 5.Sekarang baru masukkan watak u...

ikan keli masak sambal

Image
Ikan keli sambal. Sebenarnya aku tak pernah makan ikan keli apatah lagi nak pegang (geli).  Bayangkan usia perkahwinan kami dah nak masuk 7 tahun baru aku nak try pegang ikan keli ni.  Sebelum ni suruh mak masak je or beli kat luar. Kalau cik hubby nak makan.  Nasib baiklah hubby ni jenis tak cerewet soal makanan. Kalau tak jenuhlah.  First aku try pegang jugak ikan ni nak buang lendir.  Memang gelilah jawabnya.  Nak selar pun payah.  Akhirnya aku berhasil juga memasak tampa perlu bantuan sesiapa.  Alhamdulillah..hubby pun puji. Dalam hati ni berkata (nak ambil hati aku kenalah masak ikan keli ni) Bahan-bahan: 4 ekor ikan keli 3 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 sudu besar cili giling 2 biji cili merah 1 biji bawang besar 1 sudu teh pes asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya Cara-cara: Ikan keli dibersihkan. Jika suka, boleh dipotong2. Selepas tu, direndam didlm air asam jawa atau asam limau utk menghilangkan h...