Posts

Showing posts with the label Bila Hati Berbicara

Katering kecil opah by hana 1

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Alhamdulillah tiba masa yang di janjikan dari semalam prepare dengan mak mertua makanan yang di order dari sahabat untuk jamuan makanan nak sambut anak yang kedua dah sebulan (adat chinese). Akhirnya setelah berhempas  pulas jadi jugak akhirnya.ni pertama kali aku amik order bab katering dengan mak mertua ku.menyediakan makanan untuk 20 orang. Pas ni aku kena belajar lagi dengan situ (mak mertua) serius memang terror gila bab masakan.al maklumlah orang lama memang tiada tandingannya. Serius gila wey..entahlah kali kedua aku buat seri muka jadi tu ye jadi..tapi agak nipis.. Hahahah sampai kat situ aka mak mertua aku.dia terus tukar masak yang lain.. Pergi serius xperlu nak masak sampai 2-3 kali seperti yang aku belajar dengan member aku. Sekali je xsampai sejam siap Seloyang.hahhahaa. Setelah petang menjelma kawan aku pun whatapp dan inform yang dia berpuas hati dengan hidangan itu.. Full aku  hanya ...

Ceramah Dhuha-Ibu Maafkan aku !

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Alhamdulillah ! pada pagi ini kita bertemu lagi kali ini ceramah waktu dhuha bersama dengan ustazah nurul hidayah yang di adakan di surau al-islah. pjs 1 bertempat di taman sri manja off jalan klang lama. Menariknya pada tajuk kali ini membicarakan tentang topik IBU,MAAFKAN AKU! Cara penyampaian yang bersahaja kadangkala menggugat emosi kita sebagai anak dan ibu. Antara tanggung jawab sebagai isteri anak dan ibu terhadap anal-anak kita.Yang mana lebih utama. Sudah tentulah ibu didahulukan.kerana ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan melahirkan kita,membelai kita dengan penuh kasih sayang. Jika tak ada ibu kita takkan merasa kasih sayang. Serius ibu adalah yang pertama di dalam hati kita.Kerana kita juga adalah seorang ibu. Tidak banyak yang ingin aku kupaskan tapi cukuplah kita tahu yang ibu adalah insan pertama yang bertahta di hati selepas allah dan rasul. Oleh itu hargailah ibu kita selagi masih ada.

Nak anak lagi!

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nak anak lagi ! dalam tanyalah ustazah mengupas tentang isu-isu merancang keluarga yang sangat menarik bagi kita kaum hawa yang bergelar isteri. Cara bagaimana hendak menggunakan perancangan kehamilan,sedia atau tidak menerima kehamilan. sangat bermanfaat bagi saya. Bukan kita menolak rezeki yang allah bagi tapi sekurangnya biarlah kita dalam keadaan bersedia menerima kehadiran orang baru dalam hidup kita. Bukan ke anak itu adalah amanh dari allah s w  t . Sekiranya kita tak bersedia menerima orang baru dan tak merancang ..tup..tup mengandung lagi Kasihan kat baby kita. Aku dengar doktor ni cakap merancang kehamilan bukanlah sesuatu yang haram.Bila suami juga bersetuju atas sebab-sebab tertentu. Tapi ada sesetengah orang kata haram. Menolak rezeki allah. Dah kalau tiap tahun beranak pastu anak pun tak terjaga macamana lagi bukan kah kita menyusahkan diri sendiri dengan kesihatan yang tak menentu Bukan kah itu mengabaikan am...

Apa yang aku buat ni!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Setiap hari rutin harianku camnilah bangun seawal lima pagi untuk menyiapkan sarapan dan bekal suami dan anak-anak hantar dan amik anak balik dari sekolah. Pastu sediakan makan tengahari. Kadang bukan nak merungut jadi suri rumah ni. Terfikir kenapa tak lama dulu aku berhenti kerja dan mengabdikan diri untuk menjadi suri rumah tangga. Kan ke banyak dapat pahala. Belipat ganda yang allah berikan pada kita. Yelah kadang-kala kehidupan kita tak pernah rasa cukup dengan ekonomi yang makin menjadi-jadi.Harga barang makin naik.tapi gaji tak naik-naik. sekarang ni kecoh pasal GST ! Hurm aku tak tahulah nak kabo camane??? Ada sesetengah alim ulama berpendapat gst haram hukumnya. Bab ni aku tak arif sangatlah.. Apa yang aku niat biarlah aku berkerja tampa gaji untuk suami dan anak-anak menguruskan mereka. Aku inginkan pahala menuju akhirat. Sekurang-kurangnya tak lah aku sama hanyut dengan arus kehidupan. Memanglah nak cakap tak cukup....

Majlis perkahwinan Nabil dan Farhana

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Pada tarikh 22.03.2015 Majlis perkahwinan anak kak ina di adakan di flat taman sri manja dengan gilang gemilangnya.Mana taknyeh siap berarak di bawah pedang giteww..Class sekali !Aku tak mau melepaskan peluang berlalu begitu saja. Bertuah badan dapat diarak di bawah pedang dengan penuh kesopanan. Alhamdulillah tahniah juga kami ucapkan kepada nabil dan isteri kerana telah sah menjadi suami isteri yang sah.semoga sentiasa dalam limpahan kurnianya dan mendapat anak-anak yang comel giteww. sebahagian gambar yang dapat aku rakam kan semasa majlis diadakan persatuan penanggah taman sri manja. Bestkan kalau selalu ada majlis cam ni kita dapat berkerjasama dan bergotong royong.. Menjayakan majlis di samping mampu mengeratkan sirahtul rahim yang terjalin.

Bila Mata Tak nak tidur !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Aku pelik dengan mata sendiri ni dahlah bangun awal tido pulak lambat. Taknak pulak tido siang ada saja keje nak di buat. Badan aku dah naik letih dah asyik buat kerja kat rumah ni. Super womanlah katakn aduh... Tidurlah wahai mata esok banyak lagi kerja yang menanti. Bagilah rehat kan badan dan otak ni. Jma dudah menghampri pukul 1 pagi tapi masih juga segar. Nasiblah cuti sekolah kalau tak..alamatnya..!!! Sendiri mahu ingatlah..