Posts

Showing posts from January, 2015

minggu pertama di sekolah

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Kakak Dan adik first day ke tadika   Alhamdulillah.. Pagi jumaat Ini Allah masih memberiku ruang untuk bernafas lagi..Rasanya sudah terlalu lama Aku tak menghapdate blog kesayangan Ku Ini. Al-maklum kesibukkan dgn anak-anak Nak ke sekolah  Dan waktu yg mencemburui kita.sentiasa membataskan segalanya.    Rasanya masih belum terlambat bagi ana utk menghapdate cerita pertama anak-anak ana ke sekolah. Sizara baru berusia 4tahun ana dah masuk kan ke sekolah Tadika. Hari pertama di sekolah ana ingtkan dia akan menangis..sebab Kat rumah dialah tukang nangis..cengeng..manja sume Ada kt dia..tetapi sangkaan ana meleset dia lagi suka ke sekolah.Yang kelakar sekolah Tadika tu dinamakan sekolah Tadika mickey mouse.. Aduh..memang letih jugak lah melayan karenahnya.    Kakak OK lagi jadi tak berapa nak hairan ataupun excited sangat..sebab ni tahun kedua dia Kat Tadika.. Jadi dia dah biasa dengan keadaan Tadika tersebut..Tungguhlah..tahun

Homemade pizza's

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Atas permintaan Anak-anak ana.malam semalam selepas balik Dari keje terus je p beli bahan-bahan Nak buat pizza. Ni la..first time ana buat pizza..sebelum ni hanya beli je. Tawakkallah jadi ke takkan..tapi rupanya senang je..hehehe.. Ana Nak kongsi bahan-bahannya:- Bahan utk doh. Tepung gandum 2 cawan Air segelas Minyan zaitun 1 penutup Yis sepeket Utk topping pulak :- Nak instant Dan senang..ana beli sos prego,cheese,isi ketam,sausege Kalau nak lagi sedap blh letak mayo Dan pineapple dalam tin tu..haa..korang ratakan je Kat atas doh.. Lihat hasilnya.. Selepas men doh tutupkn doh ini Dan biarkan selamat 45minit. Ni basil selepas doh tadi kembang.. Tadaa..dah siap tinggal Nak bakar je.. Dengan rasa bangganya..cehh..pas ni Ana tak taula pulak anak-anak nak request apa. Kakak Ada request suh buat donut cm Kat big apple tu..aduss..betul-betul menguji kesabaran ummi tau.. Tapi xpela atas permintaan suami Dan anak-Ana

Nikab vs Malu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Renungkan:- Ada seorang lelaki tanyakan pendapat saya tentang calon isteri yang baik. Saya senaraikan apa yang patut. Kemudian dia berkata: "Saya kalau boleh nak yang pakai purdah." Ya, perkataan macam ni memang biasa saya dengar. Tapi ada satu benda yang mamat ni tak faham dan saya pun tanya. "Tuan nak isteri yang BERPURDAH ke atau isteri yang PEMALU?" "Maksud ustad macam mana?" Jawabnya. "Wanita yang pakai purdah, tak semestinya wanita tu PEMALU, tapi wanita yang pemalu, mesti dia pakai purdah." Saya jawab ringkas. "Erk.... macam mana saya nak tahu pemalu ke tak calon yang saya pilih?" Dia tanya lagi. "Zaman sekarang ni, ramaaaaiiiii wanita tutup badan dengan kain, tutup muka dengan kain pun dah semakin ramai, tapi yang sikit ni ialah wanita yang ada sifat MALU seperti Sayyidatina Fatimah Az-Zahra Radiyyallahu'anha yang TIDAK MAHU LANGSUNG DILIHAT LELAKI DA

kisah wanita alim Dan wanita neraka

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Kisah Wanita Alim dan Neraka Diceritakan pada zaman Rasulullah, terdapat seorang wanita yang taat beribadah, tidak pernah meninggalkan puasa dan sering bangun malam untuk berqiamullail. Sampai waktunya, wanita itu meninggal dan jenazahnya diuruskan oleh para sahabat. Sepanjang urusan tesebut, sahabat berkata-kata sesama mereka “Wanita ini bakal masuk syurga kerana amalan soleh yang telah dilakukannya di sepanjang riwayat hidupnya.” Kesimpulan daripada kisah tersebut amalan yang kecil dan kadang-kadang kita tak sedar pun kita sedang melakukan tersebut seperti mengata orang, mengumpat, mengeji, mengadu domba dan sebagainya boleh menghapuskan amalan-amalan soleh yang kita lakukan, contoh puasa dan solat malam. Selalu kita sering terlepas pandang dan kadangkala tak sedar bahayanya tidak menjaga lidah ini. Mengumpat bukan sekadar terzahir di mulut malah boleh juga dengan hati. Kekuasaan Allah membina neraka Dari Hadith Qudsi Bagaima

Penjagaan Gigi Si manja

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم sumber Google Disini ana nak bercerita tentang penjagaan gigi anak-anak ana. Soal kebersihan memang ana titik berat kan dalam kehidupan seharian.Walaupun sibuk berkerja.Penjagaan gigi anak  ana utamakan. Ana akan Pastikan gigi kedua puteri kesayangan  anak bersih dan diberus tiga kali sehari. Mesti korang tertanyakan.Macamana ana nak jaga gigi mereka. Macamni.sebelum ana pergi kerja ana akan kejutkan kedua-duanya untuk menggosok gigi. Mau dengan tidak ana paksa juga mereka.Heee. Untuk waktu tengahari pulak ana akan call mak mertua tanya . Kakak dan adik dah gosok gigi ke. Malam sebelum tido pun macam tu. Kadang adik membebel jugak siap cakap "ummi adik xde gigipun nak gosok ke?". "heheheh kena gosok juga,kalau tak gigi taknak tumbuh adik". Jawabku. Dalam keterpaksaan dia gosok juga. P/S ;- Ana akan pastikan berus gigi di ganti sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. Jagalah gigi anak-anak kita kerana gigi yang cantik lam

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan: Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Ayam Goreng Berempah

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  sumber Google Petang ni kami agak lewat sikit untuk makan tengahari.Disebabkan dah bersarapan nasi lemak. Jadi masih kekenyangan lagi. selepas mencari sarapan pagi untuk suami dan anak-anak..Tetiba teringin nak makan ayam berempah. Eh..try lah google resepinya. Ana bukan lah pandai sangat memasak masakkan semenanjung ni. Itu pun belajar berdsarkan buku memasak ataupun sumber dari Google para blogger. hehehehhe. Nak dijadikan cerita selepas ana perap beberapa jam.Dalam pukul 3.00pm selepas solat  zohor tu. Ana gorengla ayam yang dah di perap tadi. Eh..eh..eh tak sampai lima minit pas gorengan pertama.. Tetiba ada tangan comel pulak amik ayam ni.satu demi satu di ambilnya. siap cakap "Ummi sedaplah adik nak lagi".Wah punya bukan main pandai si kecik zara ni. siap promot kat ayah dan kakak dia lagi. Alih-alih ana tak sempat  nak snap gambar.Sudahnya ayam pun abis di makan macam tu je. siap pesan lagi &quo

Satu Anugerah

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dia anugerah paling berharga .bayangan nurani dan pekerti kita usah resah bila rasa tercabar bimbingi anakmu dengan kasih dan sabar pabila lemahnya hatimu hubungkan dirimu dengan illahi moga kau punya kekuatan atau kasih sayang dengan maghfirahnya allah. ketika ankmu di uji ingatkanlah allah ada disisinya ketika mereka di puji ingatkan dirinya darimana asal usul kita Dia anugerah paling berharga bayangan nurani dan pekerti kita usah resah bila rasa tercabar bimbingi anakmu dengan kasih dan sabar. Ini sifat murabbi tampa rasa jemu dan ke ikhlasan diburu dekatkan dirimu dengan yang maha esa menjadi jaminan satu ketenangan. Petikan dari buku;- Dimana dia di Hatiku.

Menjadikan suami sebagai tempat bergantung

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Selain suami ,munkin kita sendiri mempunyai masalah yang perlu di selesaikan.Oleh kerana itu kita juga memerlukan seseorang yang bersedia mendengar dengan penuh perhatian keluhan kita pada semua masalah yang kita hadapi. jika begitu maka jadikanlah suami kita sebagai orang pertama yang mendengar keluhan hati kita. Pada masa ini munkin sudah menjadi trend,bahawa seorang isteri lebih merasa selesa jika mengadu pada kawan-kawan .kita seakan menemui tempat berlabuh yang tepat diluar sana semasa menghadapi badai kehidupan berumahtangga. Mengapa perlu orang lain? mengapa bukan suami kita yang dijadikan tempat bergantung yang pertama dalam masalah yang kita hadapi? Maka cuab kita renungkan sekali lagi. Dengan menjadikan suami sbg orang pertama yang kita jadikan tempat mengadu maka dia akan berasa di hargai. Kita perlu menyedari bahawa lelaki mana pun akan merasa bahagia jika wanita yang cintai memerlukannya. RENUNG-RENUNGKAN BAHAGIA SEO

DEALOVA - ONCE

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu Karena langkah merapuh tanpa dirimu Karena hati telah letih Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu Tanpamu sepinya waktu merantai hati Oh…….. Bayangmu seakan-akan ………… Reff : Kau seperti nyanyian dalam hatiku Yang memanggil rinduku padamu oh……….. Kau seperti udara yang kuhela kau selalu ada Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi

Ziarah ke kubur arwah Abah

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Gambar Hiasan     Baru sekejap tadi ana balik dari ziarah kubur arwah abah kat damansara. Hanya hari cuti je lah dapat pergi..Hari biasa memang ana tak berkesempatan.Di sebabkan kekangan waktu berkerja.     Dah tiga hari kakak asyik rindu dengan arwah atuknya sampai demam. Puas ana pujuk dia dan nasihatkan. "Kalau kakak rindu atuk,kena baca doa al-fatihah,biar atuk tenang disana". Ana tak tahulah dia faham ke tidak..     Tadi masa kat kubur,ana suh dia baca al-fatihah alhamdulillah..Ana kata kat kakak "atuk dengar doa kakak,mesti atuk senyum". Tampa sepatah ucapan dia memerhati ana dalam keadaan sayu. Aduh..anak sekecil nisa punya perasaan sedih dan dia mengerti yang atuk takkan hidup lagi.    sekembali dari kubur tadi.. Ana biarkan dia ikut maksu dia. Biarlah asal dia tak sunyi. Kalau duduk dengan umi kang sedih pulak.Ummi ni dahlah kuat nangis gak mengalahkan budak kecil.

Bersuci

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Bersuci boleh dilakukan dua cara. Cara pertama ialah membersihkan kotoran dengan menggunakan air bersih seperti air laut ,sungai,salji,dan air tasik. Manakala cara kedua pula ialah dengan menggunakan  sesuatu yang kering(istinjak) seperti batu,tanah,debu,kayu dan tisu.           Secara ringkasnya bersuci bererti membersihkan diri ,pakaian dan tempat dari hadas dan najis.Bersuci daripada hadas perlu kepada mengambil wudhuk,mandi junub atau bertayamum.Manakala bersuci daripada najis pula haruslah dengan menghilangkan kotoran yang melekat pada badan,pakaian dan tempat yang di cemari.

Pergi tak kembali

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Lirik Lagu Pergi Tak Kembali - Rabbani Setiap insan pasti merasa Saat perpisahan terakhir Dunia yang fana akan ditinggalkan Hanya amalan yang dibawa Terdengar sayup surah dibaca Sayunya alunan suara Cemas di dada...lemah tak bermaya Terbuka hijab di depan mata Selamat tinggal pada semua Berpisahlah kita selamanya Kita tak sama nasib di sana Baikkah atau sebaliknya Amalan dan takwa jadi bekalan Sejahtera bahagia pulang...ke sana Sekujur badan berselimut putih Rebah bersemadi sendiri Mengharap kasih anak dan isteri Apa mungkin pahala dikirim Terbaring sempit seluas pusara Soal-bicara terus bermula Sesal dan insaf tak berguna lagi Hancurlah jasad dimamah bumi Berpisah sudah segalanya Yang tinggal hanyalah kenangan Diiring doa dan air mata Yang pergi takkan kembali lagi

RAUDHAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  YA ALLAH berilah aku hati yang lebih yakin hati yang jitu yang dapat mencintaimu Ya Wahhab jadikanlah aku insan yang berilmu yang merasai makna hikmah dengannya aku mampu mendidik diri YaLatif.. lembutkanlah akhlakku ajarilah aku bagaimana untuk mengasihi manusia dengan ikhlas taampa mengharap balasan Ya Hannan Kurniakanlah aku hati yang dapat merasai keindahan iman yang dengannya aku mendapat ketenangan Ya Rahman jadikanlah aku anak yang solehah isteri yang baik ibu yang penyayang agar rumahtanggaku menjadi syurga didunia serta jambatan syurga di akhirat nanti. AMINN

LEMBARAN BARU TAHUN 2015

Image
Sebelum jari jemari ana ini terus menaip. Ana ingin memulakan dengan membaca surah al-fatihah..    Surah yang penuh berkah ini.. Hari pertama di tahun baru..semoga saja hari-hari yang mendatang bisa aku teruskan dan hadapi dengan hati yang tenang untuk meneruskan kehidupan dan melangkah mencari bekalan menuju akhirat..   Tak terasa masa begitu cepat berlalu..usia pun semakin menginjak berusia.. tahun yang berlalu mengajar kita untuk terus matang dalam menjalani kehidupan ini.. semoga tahun 2015 mampu mencekalkan,mentabahkan hati yang kerdil dan rapuh ini..