antara bekal Bento sahabat-sahabatku yang rajin menyediakan makanan bekal untuk di bawa ke sekolah... Semangat Mesti Ada...kerajinan Mesti kuat...no more makanan luar ! Better sedia kan makanan sendiri untuk Anak-anak kemana saja.. Jimat,berkhasiat Dan menyelerakan..Lagi satu air tangan Ibu tiada tandingannya.. Saya Masih dalam proses membuat bento2 yang kreatif..tapi sy taklah seteror mas,Niza,Liana,Linda Dan seangkatan group Bento yang lain..tabik spring Kat uolls mommies gojesss
Bila member Aku dok sibuk post Bento box Kat group..menguatkan Lagi Hati untuk mengumpul semua Bento-Bento yang Comel Ini... Menambah Kan Lagi kerajinanku menyediakan bekal untuk Anak-anak ke sekolah.malah bukan ke sekolah sahaja ke Mana saja..akanku bekal Kan dgn makanan yg berkhasiat untuk mereka... Seronok sangatt..!
Beg Bento yang pastinya membuatku tertawan..Mana taknyah sejak akhir2 ni saya Suka sangat berbento untuk anak-anak..tapi sy Masih xberani bagi Anak Bawa beg Bento ke sekolah apatah Lagi yg mahal-mahal...takut hilang.. Kalau ke sekolah rendah ins sha Allah..hurm tgk Cmne... Pic diatas antara yang menarik minat saya..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Bekal bento anak-anak ke sekolah semalam tak berkesempatan nak update kat blog. Fried rice teddy and sotong terdampar (sausage). Sibuklah sangat kan ,...bukan apa sejak dari semalam sibuk dok mencari barang dapur untuk sebulan dua ni. Al- Maklum lah dah nak GST ni banyak benda nak kena restock balik. Makanan untuk freezer bagi anak-anak bawa ke sekolah.
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم hurm,,nak raya cina kita berbento dengan buah orange pulakkan. swissroll tu aku buat sendiri ..sebenarnya senang je nak buatnye guna roti gardenia dan nutella gulung-gulung cam swissroll pastu potong kecil-kecil. walaupun simple yang penting berkhasiat dan hasil air tangan sendiri. Anak kecil yang membesar hanya sekali je dalam hidup kita.Jadi apalah salahnya berkorban sedikit demi mereka dengan menyediakan bekal berkreatif kan.. Anak-anak nak kesekolah pun rasa senang dan bersemangat..sebab bila time rehat je buka bekal..nampak menarik dan kreatif gitu.. aku juga baru belajar berbento.
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Alhamdulillah..korang nak tahu buku ini sampai hari khamis lepas.. tapi aku tak sempat nak kongsi kat blog. Sibuk dengan tugasan seharian sebagai ibu dan isteri.Time hari cuti aku cuba mencuri waktu terluang untuk mengemas kini blog kesayanganku ni. Kasihan tak terjaga dek kerana kekangan masa.. Korang nak tau buku bekal bento ni tersangatlah baik bagi kita ibu-ibu yang asyik fikir nak bagi bekal apa untuk anak ke sekolah.Buku ini ada jawapannya,,tak yah fikir panjang-panjang cari je kat dalam buku ni nak masak apa..sume ada dalam setiap buku menyajikan 40 hidangan yang sangat sedap dan menarik. Anak-anak aku tiap hari tanya "ummi esok ummi bubuh bekal apa untuk kakak.". membuat kan aku bersemangat berbento.