Wednesday, July 02, 2014

ACCIDENT JALAN OTHMAN

bismillahirahmanirahhim..

aku nak cerita pasal kes semalam aku balik keja.
macam biasa husband aku akan ambil kat lrt taman jaya naik moto.
biasanya kita orang ikut laluan moto.
ntah kenapa semalam laluan moto jem gilerr.
husband aku pulak nak cepat nak mengelak dari hujan.
tetiba dia pun ikut laluan highway jalan jauh lah..

tetiba sampai kat selekoh tu nak ke round about.
datang sebijik moto dengan laju dari arah belakang 
menhentam moto yang aku naiki bersama dengan suami..

ya allah..tiada apa yang aku rasakan saat itu.
dah  terseret kat tengah jalan..
aku cepat-cepat bangun nasib baik time tu kete xde..
aku tengok laki aku masih terbaring di atas jalan aku tarik suh dia bangun.
takut kete lain langgar pulak..

nak tahu apa jadi dengan orang yang langgar kami tu..
dia lagi teruk..helmet dia dah kedepan.
tau pulak dia salah..
bawa laju pas tu helmet tak ikat kuat.
motor pun xde brekk.
xtaulah suami aku settle kan apa kat orang india tu.

nasib baik aku dan husband  luka sikit je..
tapi sakit jugalah kan terseret..ish..ish..

membuatkan aku termenung seketika..
bulan 5.6.7 ni allah bagi aku ujian berturut-turut.
aku takkan mengeluh.
semoga apa yang berlaku  ada hikmah yang tersembunyi.
membuatkan hatiku makin dekat dengan sang pencipta.