Ayam Goreng Berempah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 





sumber Google



Petang ni kami agak lewat sikit untuk makan tengahari.Disebabkan dah bersarapan nasi lemak.
Jadi masih kekenyangan lagi.
selepas mencari sarapan pagi untuk suami dan anak-anak..Tetiba teringin nak makan ayam berempah.
Eh..try lah google resepinya. Ana bukan lah pandai sangat memasak masakkan semenanjung ni.
Itu pun belajar berdsarkan buku memasak ataupun sumber dari Google para blogger.
hehehehhe.

Nak dijadikan cerita selepas ana perap beberapa jam.Dalam pukul 3.00pm selepas solat  zohor tu.
Ana gorengla ayam yang dah di perap tadi.
Eh..eh..eh tak sampai lima minit pas gorengan pertama..
Tetiba ada tangan comel pulak amik ayam ni.satu demi satu di ambilnya.
siap cakap "Ummi sedaplah adik nak lagi".Wah punya bukan main pandai si kecik zara ni.
siap promot kat ayah dan kakak dia lagi.
Alih-alih ana tak sempat  nak snap gambar.Sudahnya ayam pun abis di makan macam tu je.
siap pesan lagi "Ummi nanti buat lagi ayam ni,adik suka makan".
Adeh anak ummi..suka sangat makan. Padahal resepi main campak-campak je..


Ana suka memasak bila ada orang tolong makan.
Macam zara suka makan suka komen. ^^.. 

Popular posts from this blog

cinta sejati

Baby hat!

Item yang bakal ke pantai cahaya.