Menjadikan suami sebagai tempat bergantung

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Selain suami ,munkin kita sendiri mempunyai masalah yang perlu di selesaikan.Oleh kerana itu
kita juga memerlukan seseorang yang bersedia mendengar dengan penuh perhatian keluhan kita pada semua masalah yang kita hadapi.
jika begitu maka jadikanlah suami kita sebagai orang pertama yang mendengar keluhan hati kita.

Pada masa ini munkin sudah menjadi trend,bahawa seorang isteri lebih merasa selesa jika mengadu pada kawan-kawan .kita seakan menemui tempat berlabuh yang tepat diluar sana semasa menghadapi badai kehidupan berumahtangga.
Mengapa perlu orang lain?
mengapa bukan suami kita yang dijadikan tempat bergantung yang pertama dalam masalah yang kita hadapi? Maka cuab kita renungkan sekali lagi.
Dengan menjadikan suami sbg orang pertama yang kita jadikan tempat mengadu maka dia akan berasa di hargai.
Kita perlu menyedari bahawa lelaki mana pun akan merasa bahagia jika wanita yang cintai memerlukannya.


RENUNG-RENUNGKAN BAHAGIA SEORANG ISTERI 
TERLETAK PADA RUMAHTANGGA YANG SAKINAH.

Popular posts from this blog

cinta sejati

Baby hat!

Item yang bakal ke pantai cahaya.