Perpustakaan pekan sri manja


Alhamdulillah...buku-buku ini aku dptkan kan perpustakaan sri manja kat area rumah aku..kadang hari biasa aku x sempat nak pergi..sabtu je ada kelapangan...nilah masanya aku meluangkan masa dan anak-anak ke perpustakaan..

Seronok tengok anak-anak gembira..
Setelah lima hari bekerja..hanya sabtu dan ahad saja masa aku dan suami meluangkan masa bersama puteri-puteri kesayangan kami.jenjalan..
Al maklumlah masa terlalu terhad utk kami..kerana sibuk dgn tugas memasing..
Yeah kan..kalau x keja cm nak teruskan kehidupan...hehhe.

Haa terlupa pulakk..aku nak berkongsi sedikit tentang apa yang terkandung kat dlm setiap buku yang aku pinjam ni..

1-Allah is calling( tiada tuhan melainkan Allah&cinta rasul).
Sinopsis -kisah inspirasi para mualaf yang menghidupkan semangat kita..hidayah yang di terima telah mengubah cara hidup mereka dengan berlandaskan islam berbanding sebelumnya..haa nak tau selanjutnya..jom kita keperpustakaan awam yang berdekatan atau pun blh dapatkan di kedai buku berhampiran..

2.Agar solat tak sia-sia-solat adalah amalan yang paling penting dalam islam.jika solat seseorang baik maka baik pula seluruh amalannya.sebaliknya jika solat seseorang buruk.maka urusan yang lain akan menjadi  buruk.dengan kata lain solat mengukur keislaman seseorang.

3.anakku hidup sekali biar bererti-"hai anakku ketahuilah sesungguhnya lautan dunia ini bagaikan lautan yang dalam.banyak manusia yang karam dialaminya.bila engkau ingin selamat agar jangan karam.layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa.sauhnya ialah iman latarnya ialah tawakkal kepada Allah- haa kenapa aku x update sinopsis yang ada kt dalam buku ni..sebabnya aku sangat tertarik dengan kata-kata luqman al-hakim..walaupn ringkas punya maksud yang mendalam untuk kita renungkan bersama..



Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Baby hat!

Item yang bakal ke pantai cahaya.