ikan keli masak sambal


Ikan keli sambal.

Sebenarnya aku tak pernah makan ikan keli apatah lagi nak pegang (geli). Bayangkan usia perkahwinan kami dah nak masuk 7 tahun baru aku nak try pegang ikan keli ni. Sebelum ni suruh mak masak je or beli kat luar. Kalau cik hubby nak makan. Nasib baiklah hubby ni jenis tak cerewet soal makanan. Kalau tak jenuhlah. First aku try pegang jugak ikan ni nak buang lendir. Memang gelilah jawabnya. Nak selar pun payah. Akhirnya aku berhasil juga memasak tampa perlu bantuan sesiapa. Alhamdulillah..hubby pun puji.
Dalam hati ni berkata (nak ambil hati aku kenalah masak ikan keli ni)

Bahan-bahan:

4 ekor ikan keli
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

Ikan keli dibersihkan. Jika suka, boleh dipotong2. Selepas tu, direndam didlm air asam jawa atau asam limau utk menghilangkan hanyir.Lepas tu, barulah dicuci bersih, gaul dengan garam dan kunyit dan digoreng garing.  Bawang merah, bawang putih dan cili merah ditumbuk lumat. Bawang besar dihiris.

Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya. Lepas tu masukkan cili giling. Tumis lagi sehingga garing. Lepas tu masukkan pes asam jawa dan sedikit air. Kacau lagi. Masukkan pula bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula.

Bila bahan dah sebati dan naik minyaknya, bolehlah diangkat dan dituang keatas ikan yg digoreng tadi. Sedia utk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA.

Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Siapakah roza roslan?

activities astro kasih rumah jagaan orangtua sejahtera