Posts

Selamat pengantin baru !

Image
Majlis perkawinan anak kak faezah berlangsung pada 30.5.2015 baru sempat nak update blog...al-maklumlah cuti sekolah ni balik kampung.. Sempat snap pic bersama dato tuan guru harun din saudara kepada kak faezah.. Papepun selamat pengantin baru..semoga bahagia hingga ke anak cucu..

Roti cheese bersalut telur

Image
Pagi-pagi ni tetiba teringin nak buat roti cheese.. Mama terhasillah roti cheese ni resepi Dr kawan-kawan group whatapp Aku yang suka memasak.. Jom layann sat.

Puisi rabiatul adawiyah !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم  Wahai diri ini.. Berapakah lamanya engkau perlukan bagi melelapkan dirimu. Sampai bila pula dirimu akan terbaring.... Hampir sahaja dirimu terlelap lena dalam pembaringanmu. Hampir sahaja engkau tidak mampu bangkit, Kecuali sangkakala di tiupkan, Ketika manusia di buai lensanya tidur, Maka bangkitlah diri ini dan wajib kan dirimu, Kerana diri ini akan mendatanginya. Puisi rabiatul adawiyah petikan dari buku zahiruddin zabidi.

Sambutan hari guru !

Image
Hati ni last sekolah then cutI semester.Kat sekolah anak-anak Ada sambutan hari guru..Kali ni Aku bertungkus lumus memasak carbonara+chip more biscuit Dan juga sandwich mickey permintaan Dari anakandaku yang Cantik Dan Comel.. Opsss. Aku terlupa nak snap pic mereka berdua pagi ni tapi yang pastinya mereka hari Ini adalah tuan puteri Elsa yg turun Dari kayangan...sungguh Cantik Dan indah amanah Allah ITU kepadaku hamba yang hina.. Oklah Chou dulu !

Kue teow bekal ke sekolah

Image
Assalamualaikum..pagi ni anak-anak be bekal ke sekolah.. Kakak request kue teow malam tadi.. alhàmdulillah..

Apa yang ku cari?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Sungguh pelik entri ku kali ini. Kerana aku masih mencari dan terus mencari tentang cinta hakiki. Selagi nyawa masih di kandung badan aku takkan pernah puas dengan mendalami cinta illahi. Sungguh hatiku tenang saat berhadapan dan berbicara dengan sang pencipta.sungguh hatiku bahagia dan tenang !tatkala bisa mengadu padanya berkongsi cerita padanya. Tanyalah pada hati tentang cinta sejati. Hanya cinta pada illahi itu lah yang hakiki. Percayalah! Cinta manusia akan mati..cinta Allah itu lah yang hakiki nan abadi.

Rumah kita !

RUMAH KITA Kita bukan penduduk bumi, kita adalah penduduk syurga. Kita tidak berasal dari bumi, kita berasal dari syurga. Ayuh cari bekal untuk kembali ke rumah. kembali ke kampung halaman . Dunia bukan rumah kita, maka usahlah cari kesenangan didunia ini. Kita hanya pejalan kaki, dalam perjalanan kembali ke rumah kita. Bukankah mereka yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya, dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya, yang menunggu di rumah? Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita, Rabb yang mulia? DIA hanya meminta amal soleh dan keimanan, serta rasa rindu pada-Nya yang menanti di rumah. Begitu beratkah memenuhi harapan-Nya? Kita tidak berasal dari bumi, kita adalah penduduk syurga. Rumah kita jauh lebih indah di sana. Kenikmatannya tiada terlukiskan, dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita. Ada isteri solehah serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati. Mereka rindu kehadiran kita, setiap saat menatap menanti ked...