Sunday, December 28, 2014

Selamat tinggal 2014 !


Assalamualaikum dan selamat malam..

Lagi beberapa hari lagi tahun 2014 akan melabuhkan tirainya..tak terasa cepat masa berlalu..begitu pantas ia pergi..
365 hari banyak kenangan manis dan pahit tercoret dan terpahat pada 2014.
kenangan duka dan menyedihkan menggamit semua perasaan keluarga belah suami. Adalah saat perginya abah (bapa mertua) pada 15/12/2014 itu adalah tarikh keramat yang sukar untuk kami lupakan.

Hari ini adalah hari yang ke15 perginya arwah abah yang meninggalkan banyak memori terindah bersama dengan cucu sulungnya yang kini berusia 6 tahun.
Hari ini juga dia bersedih dan merindui atuknya. Hari yang ke 15 baru dia merasa sedih dan faham erti perginya atuk menghadap illahi.
"Ummi kakak rindu atuk..atuk sayang kakak.. dia sakit.. pergi hospital lepas tu masuk kubur..".
Ya allah sedih aku mendengar rintihan si kecil ini..Dalam memujuk keadaannya aku cuba menahan airmata sambil mencari kekuatan untuk menjawab dan memujuknya. "kakak atauk jumpa allah..kalau kakak rindu atuk,kena hadiahkan al-fatiha untuk atuk,moga atuk tenang kat sana..mesti banyak berdoa ya". Itulah jawapan yang aku berikan untuknya..
sesungguhnya aku tak kuat apatah lagi suami..berhadapan dengan situasi begini..
sebagai seorang pendorong aku kena mencari kekuatan untuk suami dan anak-anak agar mereka tak down.


Al-fatihah untuk arwah abah..