Ramli awang murshid-RAUDHAH





SINOPSIS RAUDHAH

   Joker dan white- gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali.Joker adalah kontrak killer dan white adalah kontraknya.kod rahsia mereka mawar putih.Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah berkolar putih. Hubungan mereka retak setelah joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal joker sudah  mati!.

Faris dan Hambali- dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup.Faris bergelumang dosa.Hambali pulak hamba yang taat. Setelah membilang tahun ,mereka bertemu semula di masjid negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu"taubat nasuha".

Cinta-muncul secara misteri .Junaidatul al-fatiah merupakan tunangan Hambali.Dalam diam faris turut mencintai gadis itu.Kedua-dua lelaki ini menggelarnya " raudhah".seorang gadis di cintai dua lelaki,pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan.Tapi siapa?

Raudhah- banyak teka-teki yang sukar di simpulkan.Hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik tabir waktu.Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan. Keterbalikan cinta,keliru -antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetus huru-hara.Sentuhan kali ini banyak bermain dengan ilusi,saspen,pembohongan dan kekejaman silih berganti sehingga debaran sukar di hentikan.


 Tak nak berceloteh panjang meh dapatkan buku ini yang sudah berada di pasaran.


Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Baby hat!

Item yang bakal ke pantai cahaya.