JALAN MENUJU CINTA ABADI


Assalaumalaikum.

Muhasabah diri jalan menuju cinta abadi..

Sekiranya seorang perempuan tidak menemui lelaki yang sesuai dan baik untuk di jadikan teman hidup.Adalah lebih baik dia menjaga diri dan tidak berkahwin dengan lelaki yang tidak berakhlak dan tidak beragama.

Hidup merupakan pinjaman dari allah s.w.t

Janganlah menyeksa diri hanya kerana lelaki yang tidak taat pada agama.
Dapatkah dia menyejukkan hati ini andai dia seorang yang tidak menunaikan solat dan tidak tahu tanggungjawabnya sebagai suami?

Dapatkah kita mendiamkan hati yang meronta-ronta untuk berubah menjaadi hamba yang taat pada ALLAH.
Sedangkan sisuami tidak mengizinkan sedemikian kerana dia ingin kita bergaya,berhias sehingga menolak tepi batasan aurat yang digariskan.
Sanggupkah kita mengorbankan keinginan semata-mata kerana permintaanya itu.

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.Jika masih tiada bererti belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.Kalau panjang jambatannya,jauhlah perjalanan kita.

Jodoh itu adalah ketetapan allah.Tiada siapa tahu siapakah jodohnya atau bilakah jodohnya akan datang dalam hidupnya.
Sepanjang penantian ini, isilah kehidupan dengan perkara yang bermanfaat.

Sindiran dan kutukan daripada orang sekeliling tidak akan menyebabkan kita berkudis dan patah kaki.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan kidat dalam doa-doa selepas solat dan dalam sujud.

ALLAH itu maha mendengar wanita baik untuk lelaki baik,sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janjinya kerana kita adalah golongan yang beriman.

Menurut IMAM GHAZALI,'solat tahajjud ataupun qiamulail adalah solat parah nabi.
Bangunlah pada malam yang akhir dan gunakan waktu itu untuk  meminta hajatmu nescaya akan segera di tunaikan ALLAH.

Bukankah denga ijab dan kabul akan menghalalkan hubungan kelamin,tanggungjawab yang terpaksa di pikul juga turut bertambah.
Bukankah apabila kita gagal melaksanakannya,bererti kita membina dosa seterusnya jambatan keneraka.

Berapa ramai pula yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji.
memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa saja asal impian menjadi nyata.

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dahulu.Jika berasa diri belum cukup ilmu bergelar ayah dan iu,belajarlah dahulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak ,carilah dulu kesabaran itu.
Janganlah berkahwin dahulu kerana kenyataannya ramai yang tiak besedia untuk melangkah.

Mutiara itu adalah merujuk kepada sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan ,persediaan perlu ada dalam diri individu.
Persediaan yang di maksudkan adalah ilmu pengetahuan tentang perkahwinan.

Belajarlah selok belok ilmurumah tangga sebagai pedoman pada msa hadapan.


with Love
Hana


Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Baby hat!

Item yang bakal ke pantai cahaya.