Muhasabh diri dalam menuju cinta abadi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Sekiranya seorang perempuan tidak menemui lelaki yang sesuai dan baik untuk dijadikan teman hidup, adalah lebih baik dia menjaga diri dan tidak berkahwin dengan lelaki yang tidak berakhlak dan tidak beragama.

Hidup merupakan pinjaman daripada ALLAH S.W.T. 

Janganlah menyeksa diri hanya kerana lelaki yang tidak taat pada agama.

Dapatkah dia menyejukkan hati ini andai dia seorang yang tidak menunaikan solat dan tidak tahu tanggungjawabnya sebagai suami?

Dapatkah kita mendiamkan hati yang meronta-ronta untuk berubah menjadi hamba yang taat kepada ALLAH.

Sedangkan si suami tidak mengizinkan sedemikian kerana dia ingin kita bergaya, berhias sehingga menolak tepi batasan aurat yang digariskan.

Sanggupkah kita mengorbankan keinginan semata-mata kerana permintaanya itu.

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Jika masih tiada, bererti belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. 

Jodoh itu adalah ketetapan ALLAH . Tiada siapa tahu siapakah jodohnya atau bilakah jodohnya akan datang dalam hidupnya. Sepanjang penantian ini, isilah kehidupan dengan perkara yang bermanfaat.

Sindiran dan kutukan daripada orang sekeliling tidak akan menyebabkan kita berkudis dan patah kaki. 

Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita dalam doa- doa selepas solat dan dalam sujud. 

ALLAH itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji- NYA kerana kita adalah orang yang beriman.

Menurut Iman Ghazali, “Solat tahajud ataupun qiamullail adalah solat para nabi.

Bangunlah pada malam yang akhir dan gunakan waktu itu untuk meminta hajatmu nescaya akan segera ditunaikan ALLAH.

Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah.

Bukankah apabila kita gagal melaksanakannya, bererti kita membina dosa seterusnya jambatan ke neraka.

Berapa ramai pula yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata.

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika berasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu kerana kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah.

Mutiara ini adalah merujuk kepada sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan, persediaan perlu ada dalam diri individu. 

Persediaan yang dimaksudkan adalah ilmu pengetahuan tentang perkahwinan. 

Popular posts from this blog

cinta sejati

Item yang bakal ke pantai cahaya.

Baby hat!