KISAH TIGA ORANG CACAT DI UJI MALAIKAT.

Bismillahirahmanirahim





Apabila dianugerahi nik'mat karunia-Nya, jangan sesekali menjadi hamba-Nya yang mudah lupa diri dan tidak mahu bersyukur. Mari kita menghayati kisah yang dikongsikan bersama ini dengan penuh hikmah dan kesedaran, InsyaAllah.

Abu Hurairah r.a. bekata, dia dengar Rasulullah S.A.W. bercerita tentang tiga orang yang cacat.

Ada tiga orang Bani Israil, seorang penderita kusta, seorang menderita kepala botak dan seorang lagi menderita buta. Allah S.W.T. bermaksud menguji mereka.

Maka mula-mula Allah menghantar malaikat berjumpa dengan penderita kusta. Malaikat bertanya, “ Apakah yang paling engkau sukai?” Jawabnya, “ Warna dan kulit yang bagus serta kesembuhan dari penyakit yang menyebabkan orang merasa jijik kepadaku.”

Malaikat pun mengusap orang itu, lalu sembuhlah dia daripada penyakit yang dihidapinya selama ini. Kemudian diberinya dia warna kulit yang bagus.

Kata malaikat selanjutnya,” Harta apa yang paling engkau sukai?” Jawab orang itu, “ Unta!” Lalu diberinya unta bunting yang hampir beranak. Malaikat mendoakannya,” Semoga Allah memberi berkat kepadamu dengan pemberian ini.”

Sesudah itu malaikat berjumpa dengan orang yang berkepala botak, katanya, “ Apa yang paling engkau sukai?” Jawab orang itu, Rambut yang indah dan hilangnya aib yang menyebabkan orang benci kepadaku.”

Maka malaikat pun mengusap orang itu, lalu hilanglah aib dirinya. Kemudian diberinya pula rambut yang indah .Tanya malaikat,” Harta apa yang paling engkau sukai?” Jawab orang itu, “Sapi.” Maka diberinya orang itu sapi bunting sera berkata, “ Semoga Allah memberkati kamu dengan pemberian ini.”

Kemudian malaikat bertemu dengan orang buta seraya katanya, “ Apakah yang paling engkau sukai?” Jawab orang itu : “Semoga Allah mengembalikan npenglihatan ku supaya aku dapat melihat orang ramai.”

Maka malaikat pun mengusap orang buta itu, lalu dia dapat melihat. Tanya malaikat lagi,” Harta apa yang paling engkau sukai?” Jawab orang buta itu, “Kambing!” lalu diberinya orang itu kambing serta anaknya.

Maka berkembang biaklah ternakan-ternakan tersebut. Unta menjadi satu lembah, sapi menjadi satu lembah dan kambing menjadi satu lembah. Beberapa waktu kemudian, malaikat datang lagi dengan rupa dan keadaan seperti dulu dan menemui si penderita kusta.

Kata malaikat, “ Aku seorang miskindan aku kehabisan bekalan dalam perjalanan ku yang masih jauh. Sekarang aku tidak dapat sampai ke tujuanku melainkan dengan pertolongan Allah melalui pertolongan anda. Oleh itu ku pohon kepada kamu dengan nama Allah yang telah memberi kamu warna kulit yang bagus serta ternak unta, sudilah kamu memberiku sekadar pembekalan untuk sampai ke tujuanku.”

Jawab orang itu, “ Aku banyak tanggungan.” Kata Malaikat, “Aku seolah-oleh masih ingat kepadamu . Bukankah engkau si penderita kustayang jijik dahulu? Dulunya engkau miskin,lalu diberikan rezeki!”

Jawab orang itu,” Harta ini kuwarisi dari nenek moyangku yang dari golongan orang terhormat.” Kata malaikat,” Jika engkau dusta, maka Allah akan mengembalikan kamu keadaan asalmu.”

Kemudian malaikat bertemu pula dengan si penderita botak dengan rupa seperti rupanya yang dahulu, seraya berkata kepadanya dengan perkataan yang sama yang ditanya kepada si penderita kusta. Si penderita botak itu menolak permintaan malaikat dengan alasan yang sama di beri oleh di penderita kusta. Maka berkata malaikat,” Jika engkau dusta, maka Allah akan mengembalikan kamu kepada bentul asal kamu.”

Kemudian malaikat bertemu pula dengan si penderita buta dengan rupa yang sama seperti dulu. Kata malaikat, “ Aku kehabisan bekalan dalam perjalanan. Tidak ada yang dapat menolong menyampaikan padaku tujuanku melainkan Allah, melalui kamu. Maka ku pohon padamu atas nama Allah yang telah mengembalikan penglihatan kamu, semoga kamu sudi memberi aku seekor kambing!”

Jawab orang buta itu, “ Dahulu aku buta, kemudian Allah mengembalikan penglihatanku dan memberi aku ternakan ini. Ambillah seberapa yang engkau mahu dan tinggalkan sisa-sisanya menurut kehendakmu.”

Kata si penderita buta lagi,” Demi Allah, aku tidak keberatan sedikit jua pun terhadap apa yang kamu ambil kerana Allah.” Jawab malaikat ,” Tidak!, Jagalah harta anda. Sesungguhnya aku hanya menguji kamu. Kamu sungguh diredhai Allah sedangkan kedua sahabat kamu dimurkai Allah.”
(Sumber: Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan)

SELAMAT MERENUNGI…DAN…SEMOGA BERMANFAAT.

Popular posts from this blog

cinta sejati

Siapakah roza roslan?

activities astro kasih rumah jagaan orangtua sejahtera