Gila dunia
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamu'alaikum. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW keluarga kerabat dan sahabat-sahabat baginda.
Assalamu'alaikum. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW keluarga kerabat dan sahabat-sahabat baginda.
Saudara saudari para pembaca yang dirahmati Allah,
Gila dunia juga adalah penyakit hati atau satu maz- mumah yang menghalang kita untuk mendekatkan hati dengan Allah (yakni penghalang untuk mencapai darjat kerohanian yang tinggi). Seorang pencinta dunia ialah seorang yang hatinya dipenuhi keinginan untuk meluas dan membanyakkan ketinggian dan kekayaan di dunia maka fikirannya sentiasa bekerja untuk tujuan itu dan lahirnya ia bertungkus lumus untuk itu. (Dunia ialah segala sesuatu yang tiada manfaatnya untuk Akhirat.
Sebaliknya apa sahaja perkara yang boleh diuntukkan pada akhirat maka ia bukan lagi disebut dunia). Lawan kepada penyakit gila dunia ialah sifat zuhud iaitu hati yang tiada keinginan kepada sesua tu yang tiada manfaat untuk akhirat. Firman Allah: Itulah negara Akhirat (syurga) yang Aku jadikan (syurga itu) untuk orang-mang yang tidak menginginkanketinggian dan kerosakan di muka bumi ini. (AI Qashash: 83)
Hati yang tiada keinginan untuk jadi “tuan” dan tidak pula ingin untuk melakukan kejahatan (kero- sakan) di dunia, itulah hati yang selamat dan itulah bakal penghuni syurga. Firman Allah: Hari Qiamat (hari manusia meninggalkan dunia ini) ialah hari di mana harta dan anak-anak tiada memberi manfaat kecuali mereka yang datang mengadap Allah membawa hati yang selamat. (Asy Syuara’: 88-89)
Mungkin kita bertanya: Bagaimana boleh saya buang keinginan kepada dunia yang indah ini? Sebab kita hidup di kelilingi oleh tarikan-tarikan dunia yang amat menarik dan hati kita pula sangat cinta padanya?
Pertama, ketahuilah bahawa ada antara dunia ini yang diharamkan dan wajiblah kita jauhi. Tentang yang dihalalkan, tidak berdosa kalau diambil tetapi janganlah berlebih-lebihan iaitu lebih dari keperluan. Rasulullah SAW pernah menyatakan benci kepada dunia, kerana dua perkara. Sabda baginda: Halalnya akan dihisab dan haramnya diseksa (dalam Neraka).
Satu hari ketika baginda berjalan bersama saha- bat-sahabat, Rasulullah terjumpa seekor bangkai kambing. Baginda bertanya sahabat, ‘Mengapa bangkai ini dibuang oleh tuannya?”
Sahabat menjawab, “Kerana ia tidak berguna lagi maka ia dibuang dan tidak dihiraukan oleh tuannya.” Maka bersabda Rasulullah SAW: “Demi Allah yang menguasai diriku, bahawa dunia ini lebih rendah pada pandangan Allah daripada bangkai kambing pada pandangan tuannya. Seterusnya baginda bersabda: “Dunia ini terkutuk dan terkutuk pula apa-apa yang ada di dulamnya kecuali yang digunakan untuk mencari keredhaan Allah.”
Dari itu ketahuilah mengambil dunia ini lebih daripada keperluan atau bukan untuk mencari keredhaan Allah adalah tidak sunnah hukumnya. Kalau begitu ia akan jadi hijab antara kita dengan Allah yakni akan membutakan hati dan memisahkan kita daripada Allah. Bagi orang yang menyedari hakikat ini tentu mereka tidak cinta lagi kepada dunia. Dunia yang nampaknya indah ini rupanya buruk sifatnya.
Umpama bunga dedap, rupa dan warnanya sungguh menarik hati tetapi tiada baunya. Atau umpama perempuan cantik yang jahat perangainya tentu tia da gunanya. Kita orang awam yang tidak kenal sifat dunia ini, kecantikannya menawan hati. Tetapi bagi bijak pandai, iaitu orang-orang arif seperti Nabi dan Rasul, para muqarrobin dan solehin, mereka kenal sangat dunia ini tentang buruk dan hinanya. Sebab itu mereka zuhud terhadapnya. Mereka ambil bahagian dunia ini yang tidak boleh tidak sahaja. Lebihnya adalah umpama najis pada mereka sebab itu mereka buang sahaja.
Tugas kita sekarang mujahadah dengan nafsu gila dunia itu. Kita lawan keinginan rendah itu hingga ia tewas. Barulah keinginan kita kepada Allah dan hari Akhirat akan timbul dan bernyala-nyala dalam dada kita. Langkah-langkah yang perlu diambil antaranya: Harta, wang ringgit, pakaian, makanan, kenderaan, tempat tinggal dan lain-lain kekayaan kita yang halal yang kita “bank”kan selama ini hendaklah kita gunakan untuk mencari keredhaan Allah.
Kedudukan kita, jawatan, pangkat, nama yang masyhur, pengaruh dan apa sahaja ketinggian kita yang memungkinkan kita rasa “tuan” di dunia ini hendaklah dialatkan untuk mencari keredhaan Allah sama ada untuk menegakkan hukum Allah, mempergiatkan dakwah Islamiah, berlaku adil dan ikhlas dalam pentadbirannya dan membuka peluang-peluang yang banyak untuk Islam dan umatnya.
Hentikan dari usaha-usaha mencari kekayaan dan ketinggian dunia hanya kerana keserono kan duniawi tetapi arahkan usaha itu kepada agama Allah untuk negara Akhirat yang kekal abadi.
Bahagi-bahagikan isi dunia yang datang kepada hamba-hamba Allah yang lebih memerlukannya. Kosongkan hati kita daripada keinginan kepada kekayaan dan ketinggian duniawi.
Pintalah hidayah dan taufik Allah selalu agar kita menjadi seorang yang zahid yang berilmu yang menolak dunia kerana Allah sebagaimana yang disunnahkan oleh junjungan mulia Muhammad SAW.
Sabda baginda: Dua rakaat sembahyang dari seorang alim yang hatinya zuhud bbih baik dan lebih disukai Allah dari ibadah orang-orang abid yang dilakukan selama umur dunia kerana ibadah tanpa ilmu tiada bernilai.
Firman Allah SWT: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berbagai keinginanan yang terdiri daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (Syurga).
Katakanlah: Mahukah aku khabarkan kepada mu apa yang lebih baik dari yang demikian itu ? Untuk orang-orang yang bertaqwa terhadap Tuhan mereka ialah Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-isteri yang disucikan serta mendapat keredhaan Allah dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. Mereka itu selalu berdoa: “Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman maka ampuni- lah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa Neraka. ” (Ali Imran: 14-16)
Bersabda Rasulullah SAW maksudnya: Sesungguhnya Allah suka memberi keduniaan dengan sebab amalan Akhirat tetapi kalau amalnya khusus untuk dunia maka tidak akan diberi Akhirat.
Mari kita renungi, fikirkan serta muhasabah....in shaa Allah.
Wassalam
Comments